KUALA LUMPUR, 26 Februari – Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bakal memulakan langkah di Dewan Rakyat susulan Pembukaan Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Majlis Parlimen ke-15 hari ini.
Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, beliau berkata perasaan bersidang di Dewan Rakyat sangat berbeza berbanding ketika berucap di Dewan Undangan Negeri.
“Lain sikit perasaan untuk bersidang pada kali ini. Orang baru, hadir insya-Allah. Doakan,” kata Menteri Besar berkenaan.
Terdahulu, ketika ditanya mengenai isu yang akan dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat bermula 26 Februari hingga 27 Mac itu, beliau berkata hanya tunggu dan lihat.
Difahamkan beberapa isu 'panas' berkait kerajaan negeri membabitkan bayaran royalti, hutang kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dan konsep federalisme akan dibangkitkan.
Isu nasional menyentuh sistem pengajian tinggi, ekonomi dan sosial berkemungkinan besar turut akan disuarakan Naib Presiden PAS itu.
0 Comments