Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera.
Vannakam.
Salutasi.
Yang dihormati, rakan-rakan daripada Pimpinan Tempatan. UMNO dan Barisan Nasional yang turut hadir pada malam ini, terutama tuan rumah daripada UMNO PDN pada malam ini.
Dan yang diraikan, yang kita tonjolkan pada malam ini ialah calon kita, calon nombor dua Perikatan Nasional iaitu Sathes Kumar.
Mula-mula saya berhajat juga nak berpantun tapi bila dengar Saudara Sathes Kumar berpantun, tak jadi saya. Saja bergurau.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua kerana dapat hadir dalam majlis kita pada malam ini yang merupakan satu majlis yang sangat penting. Sama-sama kita dengar calon yang akan membawa suara kita untuk Dewan Undangan Negeri Lukut iaitu calon nombor dua Perikatan Nasional bersama dengan Barisan Nasional iaitu Saudara Sathes Kumar.
Semua kita sedia maklum bahawa pilihanraya adalah suatu proses demokrasi.
Apa yang berlaku sekarang ini di Negeri Sembilan, selepas pilihan raya di Johor Bahru adalah seumpama pernah berlaku dalam negara kita ini pada tahun 1959, selepas kita merdeka. Kerana pilihan raya yang pertama selepas kita mencapai kemerdekaan, ada satu pilihan raya sebelum kemerdekaan 1955, kita merdeka tahun 1957, pilihan raya yang pertama selepas merdeka pada tahun 1959 telah diadakan tidak serentak, diadakan satu negeri dari satu negeri sehingga habis semua negeri.
Dan ini sebenarnya tidak pernah berlaku sebelum ini. Satu negeri dimulakan di Johor Bahru yang pada awalnya kita menyangka pilihan raya pertama, kalau ikut tempoh masa adalah Melaka, Johor dahulu dibubarkan. Selepas itu Negeri Sembilan dan kita percaya bahawa next adalah Melaka.
Sama ada Melaka ini akan dibubarkan bersama dengan pembubaran di peringkat Persekutuan, kita tak tahu. Semua boleh berlaku dalam politik dan saya percaya dengan apa yang berlaku di Johor di mana Kerajaan, kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan makin mengecil dan mesej inilah yang nak kita bawa dalam pilihan raya di Negeri Sembilan supaya bilangan kursi yang dimiliki sebelum ini dimenangi oleh Pakatan Harapan juga berkurang dalam pilihan raya yang akan berlaku pada satu hari bulan ini. Bagaimana nak buat? Inilah yang kita rangkakan di mana telah menjadi suatu sejarah yang sangat besar dalam gerak kerja pilihan raya apabila Perikatan Nasional mengadakan kerjasama dengan Barisan Nasional.
Biru sama biru walaupun tak sama biru. Kita mengenepikan pelbagai perkara yang berada dalam kepala kerana kita melihat di manakah kepentingan yang menjadi prioriti kita untuk melakukan perubahan. Di Johor tidak berlaku sedemikian kerana masa yang sangat singkat.
Alhamdulillah di Negeri Sembilan ini berlaku suatu bentuk kerjasama yang baru yang tidak pernah digambarkan yang menjadi suatu paranoid kepada kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini. Tidak pernah terfikir dalam kepala mereka. Sekiranya kita menghantar satu mesej yang jelas dengan bukan sahaja menang di DUN Lukut tetapi juga kita mampu untuk mencapai 2 per 3 dan saya percaya dalam dalam analisa kita 2 per 3 itu mampu dicapai apabila Lukut boleh menyumbangkan kerusi dalam kerjasama pakatan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional ini.
Sekiranya ini boleh dicapai. Saya percaya ia akan menghantar suatu signal yang jelas kepada semua rakyat dalam negara kita ini. Kita menunggu untuk dibubarkan di Melaka.
Kita juga menunggu untuk berlaku pembubaran di peringkat persekutuan untuk kita lakukan perubahan secara besar-besaran dalam struktur organisasi politik dalam negara kita ini. Memang tugas untuk menentukan siapa yang menang adalah tugas rakyat. 5 tahun sekali kecuali pada kali ini di Negeri Sembilan tak sampai 3 tahun.
Apapun kita kena ingat bahawa sama ada Perikatan Nasional ataupun Barisan Nasional kita menyedari bahawa kedudukan struktur masyarakat kita dalam negara Malaysia ini setelah hampir 70 tahun kita telah merdeka selama 69 tahun dan dalam negara kita ini ada pelbagai kelompok masyarakat. Ada orang Melayu, ada orang Cina, ada orang India. Kalau pergi ke Sabah dan Sarawak ada pelbagai lagi etnik di Sabah dan Sarawak.
Semua adalah rakyat kita. Tidak timbul orang India, orang Cina, second class citizen tidak timbul. Semua adalah rakyat.
Semua mereka yang bertanggungjawab untuk membangunkan negara ini dan negeri ini. Semua menyumbang, semua membayar adalah sebagai tax payer ataupun bayar cukai. Mungkin ada orang kata saya kerja kampung je tak bayar cukai pun, tak bayar income tax.
Mana mungkin saya ini pembayar cukai? Tidak. Barang yang kita beli di kedai semua kena cukai. Tuan-tuan tak bayar income tax pun, bayar juga cukai dalam bentuk yang berbeza.
Beli barang di kedai, beli kereta, beli motosikal, beli basikal pun, masih lagi membayar tax. Jadi setiap antara kita ini menyumbang kepada ekonomi dalam negara kita ini. Apatah lagi di Negeri Sembilan ini.
Sebab itu kemenangan kita di Negeri Sembilan ini sangat penting. Untuk kita menghantar satu mesej, signal yang jelas kepada kerajaan yang ada dan memberikan keyakinan kepada seluruh rakyat yang ada di Negeri Sembilan dan juga rakyat yang ada dalam negara kita ini. Bahawa kita serius untuk melakukan perubahan dalam pelbagai perkara bukan sahaja di Negeri Sembilan, bahkan di peringkat nasional insha-Allah. Sekiranya kita diberikan amanah secara bersama antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.
Sebab itulah kerjasama secara permulaan di Negeri Sembilan ini adalah sangat penting. Untuk kita betul-betul tunjukkan dan saya percaya setelah saya dengar taklimat daripada Saudara P.Punithan, Presiden MIPP dan saya juga mendengar taklimat daripada rakan-rakan di Bilik Gerakan petang tadi saya berkunjung ke Bagan Pinang. Saya bersama dengan calon Perikatan Nasional di Bagan Pinang.
Kebetulan pula berada di pasar malam yang menjadi bersebelahan antara Bagan Pinang dan Linggi. Saya bertemu dengan calon Linggi iaitu Ketua Bahagian UMNO, Datuk Faizal dan respon yang saya dapat daripada kedua-dua calon dan rakan-rakan yang bersama dengan mereka. Bahkan dengan rakyat yang bertemu di pasar malam tadi mereka ingin melihat perubahan sebenar dilakukan di Negeri Sembilan ini.
Sebab itulah tempoh masa yang tinggal dalam beberapa hari lagi dan mungkin dalam beberapa hari lagi akan ada pengundian awal. Marilah sama-sama kita terus bekerja dengan cara masing-masing. Dengan di PDN ini Springhill dengan cara PDN Springhill.
Siapa yang boleh berceramah, bersyarah boleh bersyarah. Siapa yang boleh turun dari rumah ke rumah, turun ke rumah ke rumah. Siapa yang boleh whatsapp rakan-rakan, whatsapp rakan.
Siapa yang ada rakan-rakan yang berada di luar daripada DUN Lukut, bagitahu supaya pulang untuk mengundi pada kali ini menyebabkan setiap di antara kita ini ada peranan untuk melakukan dalam proses untuk kita melakukan paradigm shift atau perubahan di DUN Lukut setelah selama 20 tahun diwakili oleh mereka daripada parti yang lain yang tidak bersama dengan kita. Ini kali insha-Allah kita lakukan perubahan di DUN Lukut dan saya yakin dengan kehadiran Saudara Sathes Kumar yang tidak kurang handsomenya mengalahkan hero filem Tamil saya percaya dia akan menjalankan tugas dengan penuh amanah. Kalau dia tidak tak nampak rajin semua kepimpinan yang ada di sini akan memberi nasihat, memberi pandangan kepada beliau supaya menjadi rajin.
Turun ke DUN Lukut bertemu dengan rakyat dan menyelesaikan apa jual masalah di kalangan rakyat ini. Sekiranya kita jadi kerajaan lagilah lebih senang Saudara Sathes Kumar sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Lukut untuk sama-sama membantu semua rakyat di DUN Lukut tak kira sama ada orang Melayu, orang Cina, orang India atau apa jual yang berada di sini untuk mendapat pembelaan dan dari segi kebajikan dan pelbagai perkara. Saya rasa itu sajalah apa yang saya nak sampaikan.
Moga-moga ianya akan memberi kata semangat kepada kita bersama bahawa masa yang tinggal ini tak berapa lama lagi dah hampir separuh perjalanan kita untuk hari pengundian pada satu hari bulan. Jangan sia-siakan ruang peluang yang ada setelah DUN-DUN di dewan undangan negeri dibubarkan tanpa permintaan daripada rakyat di Negeri Sembilan tetapi oleh kuasa politik yang ada di Negeri Sembilan. Sekianlah sahaja.
Moga-moga kita terus bekerja sehingga saat-saat yang terakhir. Dalam mana-mana perlawanan kita tengok main bola, dia bukan kira siapa yang skor dulu. Dia bukan kira sama ada kita buat salah atau tidak dalam perlawanan bola.
Dia kira bila wisel ditiupkan siapa yang skor paling banyak. Mungkin first half kita tak skor lagi. Parti, orang lawan, skor.
Tapi kalau second half walaupun kita ada ketinggalan 2-0, kalau second half kita dapat 3 gol, di waktu satu gol di waktu kecederaan, kita akan jadi pemenang. Betul atau tidak? Kita baru je lepas World Cup dan masing-masing boleh faham perkara ini. Walaupun lawan kita mempunyai pelbagai kekuatan dengan jenteranya, dengan kewangannya dan sebagai perkara, sebagai kerajaan di peringkat Persekutuan.
Tapi kena ingat selagi kita tak sampai pada satu hari bulan, mereka juga, mereka bukan pemenang di DUN Lukut atau di Negeri Sembilan. Sama-samalah kita berusaha insha-Allah pada satu hari bulan, dua hari bulan kita akan mendapat kerajaan yang baru di Negeri Sembilan insha-Allah.
Sekian. Wabillah wataufik walhidayah wassalamualaikum wabarakatuh.

0 Comments