Kenyataan Media mengenai nama Pasar Kedai Payang


Cadangan Penukaran Nama Pasar Kedai Payang

Ramai yang mengajukan pertanyaan berkaitan cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan membabitkan penukaran nama Pasar Kedai Payang kepada Central Market @ Pasar Payang.
Kerajaan Negeri Terengganu tidak berhasrat untuk menukar nama Pasar Kedai Payang kepada suatu nama yang lain. Hal ini kerana nama Pasar Kedai Payang itu sendiri mempunyai susur galur sejarah, budaya dan resam yang unik serta dekat di hati rakyat Terengganu.
Apa yang mahu dicapai oleh pihak Kerajaan Negeri ialah menjadikan Pasar Kedai Payang sebagai "pasar utama" bagi Terengganu yang menjadi tumpuan, pusat aktiviti pelancongan dan sebagainya sesuai dengan sifat serta sejarahnya di kedudukan tengah negeri Terengganu dan pesisir pantai timur.
Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
29 Februari 2024

Post a Comment

0 Comments