Teks Ucapan MB Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Terengganu International Summit 2024


 Assalamualaikum wrh brh. (Salutasi)

Mukaddimah

1. Alhamdulillah, pada pagi ini kita dapat berada dalam program Terengganu International Summit bagi tahun 2024, yang bertemakan “Kesatuan Ummah : Ke Arah Kemampanan Daya Tahan dan Kemakmuran Bersama” .

2. Terima kasih saya ucapkan kepada negarawan yang dapat bersama kita pada hari ini, para tokoh ilmuan, pendakwah dan para alim ulama, pembentang, dan para peserta bengkel dari berbagai negara yang hadir bagi menjayakan majlis pada hari ini. Kehadiran semua individu yang hebat dalam Terengganu International Summit 2024 ini sangat memberi makna kepada kita semua.  

3. Ahlan wasahlan wamarbahan bikum.

4. Very warm welcome to our Statesmen, Distinguished speakers, panelists, respected participants in the Terengganu International Summit 2024.

5. First and foremost, I would extend my deepest gratitude to our esteemed speakers and panelists, who have travelled from near and far, to share their wisdom, insights, and experiences.

6. Your contributions to this summit are priceless, and I am deeply grateful for your commitment, to the cause of unity within the Ummah.
 
7. To our participants, you are the soul of this summit. Your active engagement and diverse perspectives, are what make this event truly meaningful.

Hadirin dan hadirat sekelian,

8. Secara hipotetikal, jika kita mengandaikan, dan membayangkan bahawa dunia ini adalah dalam keadaan aman tenteram tanpa sebarang konflik, maka tentunya topik biasa yang kita akan lontar dan bincangkan dalam persidangan seperti hari ini, adalah berkait dengan usaha bagi memperkukuhkan perpaduan merentas jurang geografi, kerjasama ekonomi dan perdagangan, kerjasama pendidikan pelbagai peringkat dan pertukaran budaya (cultural exchange) di kalangan negara umat Islam yang  ada  dalam  dunia ini,  dengan  matlamat memperkuatkan usaha dakwah sebagaimana yang dilaksanakan oleh mereka selepas zaman Nabi Muhammad SAW.

9. Tetapi semua itu tidak berlaku dalam dunia yang kita hidup secara realitinya pada hari ini kerana itulah fitrah Allah SWT di dunia ini dan adanya tugas para Nabi dan Rasul a.s.

10. Kita semua (sama ada secara individu, komuniti, negara, ummah) berdepan dengan dunia yang sangat ganas terhadap kita pada waktu ini, dengan isu kekejaman dan kezaliman di Palestin [yang disebut oleh Negara Barat sebagai penghapusan etnik (ethnic cleansing)], kita berdepan dengan cabaran Islamophobia, kita berdepan dengan cabaran kecelaruan dan serangan pemikiran terhadap Umat Islam dan sebagainya.
 
11. Selain dari itu, kita juga melihat di kalangan Negara Umat Islam, yang ratanya berada dalam keadaan ketidaktentuan politik dan ketidakstabilan, konflik dalaman antara puak atau tribal conflicts, rasuah dan salah guna kuasa, cabaran sosio-ekonomi, krisis kemanusian yang tidak berkesudahan di kalangan Umat Islam di benua yang tertentu, campur tangan asing yang berterusan dari berbagai blok yang ada terhadap negara umat Islam dan kecelaruan negara umat Islam yang mempunyai kepentingan dan fokus yang berbeza-beza dan dilihat tidak mempunyai kesatuan, yang akhirnya semua ini diambil kesempatan oleh musuh umat Islam.

12. Saya percaya, bahawa usaha kita untuk mengangkat masalah Ummah tidak akan berlaku, sekiranya kita asyik bernostalgia dengan kisah silam kegemilangan umat Islam, yang mempunyai empayarnya sejak sekian lama.

13. Di masa yang sama, jika kita ingin mengharapkan usaha besar, di kalangan negara Umat Islam yang ada di waktu ini, juga mungkin akan hanya menyebabkan kita sendiri akan merasa kecewa.

14. Usaha yang begitu berat dan penting untuk mencapai kesatuan-kesatuan di kalangan negara-negara umat Islam dan ummah ini boleh dimulai oleh satu atau dua negara umat Islam dahulu, di mana kita yang mungkin menjadi opinion leader and policy makers kepada Negara masing-masing, sehingga agenda besar ini mampu diangkat sebagai salah satu national strategic agenda.
 
15. Lihatlah bagaimana usaha yang pada mulanya dilaksanakan oleh negara luar, yang pada mulanya kita rasakan sebagai semata-mata usaha pihak bukan kerajaan, tetapi sebenarnya adalah merupakan agenda kerajaan mereka yang diangkat sebagai national agenda oleh negara berkenaan, sehingga ianya berjaya di arena antarabangsa.

16. Contoh yang paling mudah dilihat, itulah yang terjadi di industri perfileman Hollywood, yang berjaya menjadi agen propaganda Amerika yang masuk ke setiap buah rumah. Contoh yang lain adalah bagaimana timbulnya dan menularnya elemen K-Pop Korea ke serata dunia, yang juga diangkat sebagai national agenda atas sebab strategik, di mana pada akhir tahun 1990-an dan awal tahun 2000, Kerajaan Korea telah mengenal pasti bahawa pengeksportan secara halus budaya termasuk K-Pop adalah kunci terhadap menaikkan imej negara mereka di peringkat global, sehingga program ini dibiayai oleh kerajaan.

17. The easiest thing to see, is what happened to the Hollywood film industry, that succeeded in becoming such an American propaganda agent, that entered every home, and how the emergence and spread of Korean K-Pop elements to the whole world, was also raised as a national agenda by the Korean Government for strategic reasons. As in the late 1990s and early 2000s the Korean Government has identified that the soft export of culture including K-Pop, is the key to raising their country's image at the global level, with the support of government funding.
 
18. Di peringkat lain pula, kita sama -sama lihat kawalan politik Amerika oleh American Isreal Public Affairs Committee (atau lebih dikenali popular disebut sebagai AIPAC), yang diwujudkan secara khusus untuk menjadi langkah strategik Zionis bagi mengawal politik Amerika dan antarabangsa untuk kepentingan mereka (dengan perbelanjaan tahunan sekurang-kurangnya USD100 juta sahaja. Saya sebut sahaja ini kerana ada di luar sana negara Umat Islam membelanjakan lebih dari itu untuk perkara yang tidak impak besar kepada ummah)

19. On another level, we both see the control of American politics, by the American Isreal Public Affairs Committee (or more popularly known as AIPAC), which was created specifically to be a Zionist strategic move, to control American and international politics for their benefit (at the annual budget of at least USD 100 million only - because there are out there, other Muslim countries which spending more than that, for things that do not have any big impact on the ummah)

20. Suatu masa dahulu pada tahun 1996, apabila dilihat OIC kurang berdaya maju, maka telah diwujudkan di kalangan negara umat Islam yang tertentu (salah seorangnya adalah Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu), telah membentuk D-8 Organization for Economic Cooperation (D8) sebagai pilihan yang lebih efektif berbanding negara beberapa OIC yang lebih besar tetapi tidak berdaya.   
Hadirin dan hadirat sekelian,

21. Segala usaha menggerakkan agenda strategik negara oleh negara-negara yang saya sebutkan tadi, adalah sesuai dengan kepentingan dan objektif negara mereka dan kita biarkan mereka dengan kerja mereka.

22. Persoalannya, bagaimana pula kita di kalangan negara Umat Islam? Sudah tentu, kepentingan agenda ummah ini adalah lebih besar dari segala kepentingan yang lain, dan kepimpinan negara kita wajar memulakan langkah seterusnya, untuk menggerakkan kempen dan lobi yang lebih spesifik untuk mencapai matlamat ummah ini dengan dimulai di kalangan negara umat Islam yang mempunyai kefahaman yang hampir sama terlebih dahulu.

23. Ya benar bahawa pada hari ini kita tidak ada kuasa seperti mereka yang bernegara dan kita tidak ada dana yang besar sebagaimana kumpulan pelobi dari negara Barat.

24. Tetapi kita mempunyai kesedaran, mempunyai kefahaman, mempunyai semangat dan daya juang untuk terus berusaha membawa perkara ini sebagai sumber penyatuan ummah.

25. Segala unsur-unsur yang membawa kepada pertembungan dan persengketaan sesama umat Islam, wajar dikendurkan dan dineutralkan terutamanya pertembungan yang merugikan diri kita sendiri.

26. Walaupun kita merasakan diri kita kerdil pada hari ini, tetapi kita boleh menjadikan Terengganu International Summit, sebagai asas dan medan awal perbincangan dan perbahasan bagi membangunkan solusi-solusi buat ummah, introduce the solutions for ummah dalam berbagai isu yang sedang dihadapi oleh ummah, yang akhirnya boleh diangkat sebagai salah satu agenda strategik negara, dan boleh dilaksanakan oleh negara kita nanti, di waktu yang semakin hampir ini, insya-Allah.

27. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita semua untuk memikul tugas dan amanah yag begitu berat ini. May Allah SWT give us all the strength and courage, to carry this heavy task and trust.
 
Hadirin dan hadirat sekelian,

28. Semoga perjalanan Terengganu International Submit ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

29. Akhir kata, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Terengganu International Summit tahun 2024. Semoga mendapat rahmat dan berkat daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Post a Comment

0 Comments