Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1448H 2026M


 Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahir Rahmaanir Rahim.

[SALUTASI]

1. Alhamdulillah, kita sekali lagi menyambut kedatangan Tahun Baharu Hijrah bagi tahun 1448.

2. Secara istiqamahnya, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mengajak kita untuk menghayati makna hijrah sebagai sebuah proses perubahan yang membentuk tamadun, memperkukuhkan masyarakat dan membina masa depan yang lebih baik.

3. Hijrah Rasulullah SAW merupakan satu titik perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Daripada sebuah masyarakat yang berpecah-belah, lahirlah sebuah ummah yang bersatu-padu. Daripada tekanan dan penindasan, tertegaknya sebuah negara yang berdaulah. Daripada kelemahan, lahirlah kekuatan yang akhirnya menerangi dunia dengan cahaya ilmu, keadilan dan akhlak.

4. Melalui Piagam Madinah, Nabi SAW telah meletakkan asas sebuah pemerintahan yang adil, menghormati kepelbagaian dan memelihara keharmonian masyarakat. 

5. Mengambil kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah pelbagai kategori sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1448 Hijrah.

6. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada jawatankuasa penganjur, urusetia, agensi-agensi yang terlibat serta seluruh hadirin yang hadir bagi memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini.

7. Akhir kata, dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, saya merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 1448 Hijrah bersamaan 2026 Masihi.

Sekian, 

Wabillahi Taufiq, Wal Hidayah.

Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Post a Comment

0 Comments