'Saya datang untuk beritahu apa yang saya tahu, bukan bela Bainun'


KUALA LUMPUR: Saksi menafikan keterangannya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, adalah untuk menyelamatkan Siti Bainun Ahd Razali, daripada tuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali Bella.

Saksi pembelaan ketiga yang juga rakan tertuduh, Noor Marliana Ramlee, 28, menafikan terhutang budi kepada pengasas Rumah Bonda itu dan mereka-reka cerita dalam keterangannya.

"Saya hadir hari ini untuk beritahu apa yang saya tahu sahaja, bukan untuk selamatkan Siti Bainun.

"Saya tidak pernah nampak kejadian itu (Bella diberi cili dan disimbah air panas) berlaku sepanjang berada di Kondominium Irama Wangsa," katanya ketika pemeriksaan semula oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf.

Sambung baca di: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1074027/saya-datang-untuk-beritahu-apa-yang-saya-tahu-bukan-bela-bainun

Post a Comment

0 Comments