Harga sayur meningkat antara RM2 hingga RM4 sekilogram

 

KUALA LUMPUR: Harga sayur-sayuran di beberapa pasar meningkat antara RM2 hingga RM4 sekilogram dipercayai berpunca kekurangan bekalan disebabkan banjir yang melanda beberapa negeri.

Berdasarkan tinjauan di Pasar Chow kit, di sini, antara sayur yang mengalami kenaikan harga termasuk kacang buncis yang kini dijual RM16 sekilogram berbanding RM14 sebelum ini, selain cili merah kulai dan tomato.

Pekerja di sebuah gerai sayur yang hanya mahu dikenali Rizal, 40, mengakui harga sayur meningkat seminggu lalu.

Katanya, sebelum ini tomato sebagai contoh dijual RM7 sekilogram, namun meningkat kepada RM9 sekilogram minggu ini.

Sambung baca di:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1075886/harga-sayur-meningkat-antara-rm2-hingga-rm4-sekilogram

Post a Comment

0 Comments