Terengganu, Korea, China Bekerjasama Dalam Sektor 'Renewable Energy'


KUALA TERENGGANU, 11 November – Terengganu menjalin kerjasama pelaburan melalui pertemuan kerajaan negeri bersama duta dan pelabur dari China dan Korea.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau telah bertemu dengan Duta Korea Selatan ke Malaysia H.E. Yeo Seung-bae pada Rabu.

“Ia adalah perberbincangan lanjut mengenai potensi Terengganu membawa masuk pelabur Korea dalam bidang 'hydrogen energy', 'floating solar', pendidikan dan bahasa.

“Ini juga adalah perbincangan kali kedua antara saya dan HE Duta Korea mengenai tajuk yang sama,” katanya dalam hantaran di laman facebook rasmi miliknya semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman telah mengadakan perbincangan bersama pelabur dari China pada Jumaat.

Dalam perbincangan tersebut, beberapa potensi bidang yang mungkin dapat kita bekerjasama dengan pelabur ini.

“Sepertimana yang telah disebut oleh Menteri Besar bahawa Terengganu akan memfokuskan dan memperkasakan dalam beberapa bidang.

"Antaranya, pengeluaran Hydrogen Hijau, industri hiliran Silica dan pemerkasaan Infrastruktur Ekonomi Digital.

“Ketiga-tiga bidang tersebut dipersetujui untuk diterokai dengan lebih mendalam.

“Insya-Allah dalam masa terdekat ini kita akan mewujudkan persefahaman dan perancangan agar ianya berlaku pada awal tahun 2024 nanti,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments