‘Kita bantu kurangkan sedikit bebanan mereka lalui ujian ini’


 KUALA TERENGGANU: Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul, kata Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Kita mungkin boleh membantu mana-mana yang boleh tetapi ia hanya dapat mengurangkan sedikit sahaja bebanan buat mereka yang melalui ujian ini.

“Sama-sama kita doakan mereka dapat melalui ujian ini dengan penuh reda,” ujarnya dalam satu hantaran menerusi laman sosial miliknya, malam tadi.

Beliau menyatakan demikian susulan dapat bersama-sama dengan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Padang Kemunting, Kijal, Kemaman, petang semalam.

Ahmad Samsuri yang juga Ahli Parlimen Kemaman melawat PPS berkenaan setelah selesai urusan di Kuala Lumpur.

Turut serta pada lawatan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat dan ADUN Kijal, Datuk Razali Idris.

“Sedikit sumbangan turut disampaikan buat mereka,” kata Hanafiah menerusi laman Facebooknya.

Menurutnya, sedikit sebanyak sumbangan itu dapat meringankan bebanan dalam menghadapi musibah bencana kali ini. – HARAKAHDAILY 12/12/2024

Post a Comment

0 Comments