Assalamualaikum wrh brh dan selamat pagi,
(SALUTASI)
Muqaddimah
1. Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat meraikan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Paip Agihan Air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng, Pahang.
2. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato'
Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, rakan-rakan
dari Kerajaan Negeri Pahang, serta agensi-agensi yang menjayakan projek ini,
khususnya Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Syarikat
Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).
Projek
Agihan Air
3. Seperti yang kita sedia maklum, projek Paip
Agihan Air Kemaman ke Gebeng adalah satu
initiatif strategik untuk Negeri Terengganu berkongsi sumber dengan Negeri
Pahang demi pembangunan bersama.
4. Dengan saluran paip air bersih ini, ianya akan menyokong pertumbuhan dan keterjaminan bekalan air untuk kawasan industri di Gebeng dan Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP).
5. Projek ini bukan sahaja memberi manfaat
kepada Negeri Terengganu bahkan juga kepada
Negeri Pahang. Secara khususnya, Daerah Kemaman dijangka menyaksikan
pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan aktiviti industri dan pembukaan peluang
pekerjaan kepada penduduk setempat. Inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada
pertumbuhan ekonomi yang lebih dinamik di antara kedua-dua negeri,
memperkukuhkan kedudukan Wilayah Pantai Timur sebagai destinasi pelaburan yang strategik.
6. Kejayaan projek ini hanya mampu dicapai melalui kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang, dan semua pihak yang berkepentingan terutamanya ECERDC, SATU dan PAIP.
Penutup
7.
Semoga usaha kita ini diberkati oleh Allah SWT dan dapat menyumbang kepada kemajuan
yang lebih signifikan di kedua-dua buah negeri seterusnya mampu merealisasikan
visi untuk menjadikan Wilayah Pantai Timur sebagai pusat ekonomi yang dinamik,
makmur dan mampan.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
0 Comments