Teks Ucapan MB Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Perasmian Penutup Terengganu Marathon 2025


 Assalamualaikum wrh brh dan Salam Sejahtera.

SALUTASI

Muqaddimah

1. Alhamdulillah, dan saya mengambil kesempatan pada pagi dengan cuaca yang sangat baik pada hari ini mengucapkan tahniah kepada semua peserta Terengganu Marathon 2025 sama ada yang berjaya menamatkan larian mengikut kategori masing-masing ataupun yang tidak menamatkan, tidak mampu lagi, insya-Allah, datang lagi untuk Terengganu Marathon 2026 dan cuba tamatkan larian, insya-Allah. Boleh atau tidak? Saya pun belum tamat lagi, takpe kita sama-sama tamatkan larian. 

Walau apapun, anda semua adalah hebat dan luar biasa kerana memberikan komitmen untuk berlari sejauh 42KM, 21KM, 10KM hatta 100M sekali pun kerana nak berlari, kurang-kurang nak kena pakai baju, kena ada semangat. Semangat dan keazaman inilah yang kita perlukan dalam diri kita semua, Insya-Allah. 

Hadirin hadirat sekalian, 

Setinggi tahniah kepada pihak penganjur, rakan strategik, para penaja dan semua yang terlibat dalam menjayakan acara Terengganu Marathon 2025 pada kali ini. 

Terima kasih khususnya kepada:

1. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),

2. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,

3. Terengganu Running Community,

4. Persatuan Olahraga Negeri Terengganu,

5. Polis Diraja Malaysia,

6. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,

7. Majlis Sukan Negeri Terengganu

Dan semua jabatan-jabatan yang terlibat serta orang perseorangan yang membantu menjayakan Terengganu Marathon 2025 dan juga kepada semua para penaja utama; HIM & HER Coffee, Kedai Emas Kaharo, Boom Plus dan lain-lain penaja yang turut menjayakan Terengganu Marathon 2025. 

Para hadirin hadirat sekalian, 

Dengan ini, saya mengumumkan secara rasmi penutupan Terengganu Marathon 2025. Semoga kita berjumpa lagi dalam siri Terengganu Marathon 2026 dan Sultan Mahmud International Larian nanti. Insya-Allah. Sekian. 

Wabillahi taufik wal hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Post a Comment

0 Comments