Assalamualaikum Wrh Brh
(Salutasi)
Muqaddimah
1. Alhamdulillah, kita dapat berkumpul pada hari ini sempena dengan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024-2030.
2. Ini adalah langkah kedua setelah kejayaan pelaksanaan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023. Tahniah saya ucapkan kepada semua yang menjayakannya menerusi pelaksanaan dan perancangan yang serius di bawah kepimpinan YB Dr Azman bin Ibrahim bersama dengan seluruh kakitangan berbagai peringkat. Komitmen inilah yang kita perlukan untuk memastikan hala tuju pertanian negeri Terengganu terus berkembang maju selaras dengan aspirasi pembangunan negara.
Fokus Utama Pelan
4. Pelan Strategik
Pertanian Terengganu 2024-2030 adalah memberi tumpuan kepada beberapa teras
utama yang menjadi asas kepada kejayaan sektor pertanian negeri ini dalam
tempoh tujuh tahun yang akan datang, insya-Allah. Antara fokus utama yang telah
digariskan dalam pelan ini termasuklah:
a) Pemodenan dan Pendigitalan Pertanian
b)
Pembangunan Rantaian Nilai dan
Pemasaran
c)
Kelestarian dan Pemuliharaan Sumber
Asli
d)
Peningkatan Kesejahteraan Petani dan
Agropreneur
e)
Pentadbiran dan Tadbir Urus
Berintegriti
5. Fokus yang dibangunkan dalam pelan strategik ini secara asasnya mengambil kira perkembangan teknologi dalam sektor pertanian seperti pertanian presisi, automasi, dan penggunaan data raya. Inovasi teknologi ini akan meningkatkan lagi kecekapan pengeluaran hasil pertanian.
6. Selain itu, perlu juga untuk diambil perhatian untuk memperluaskan pasaran hasil pertanian tempatan ke peringkat nasional dan antarabangsa. Teruskan membina dan mengukuhkan jaringan pemasaran dan logistik bagi memastikan hasil pertanian lebih kompetitif.
7. Perancangan secara menyeluruh juga perlu ditingkatkan dalam memastikan para petani dapat mengamalkan pertanian lestari dengan penggunaan baja organik, kawalan biologi dan kaedah mesra alam.
Kejayaan Memerlukan Komitmen Bersama
9. Semua fokus utama dan perancangan pelan starategik ini mestilah diuruskan berasaskan ketelusan, akauntabiliti, dan keberkesanan dalam pengurusan sumber pertanian negeri agar hasil yang kita inginkan dapat diperolehi secara maksima.
10. Sebenarnya, Kejayaan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024-2030 ini tidak hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata, tetapi memerlukan penglibatan dan kerjasama semua pihak termasuk sektor swasta, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta masyarakat petani secara keseluruhannya.
12. Saya menyeru semua pihak untuk mengambil peluang ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab bersama dalam menjayakan matlamat pelan strategik ini.
Penutup
Semoga Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024-2030 ini mampu menjadi satu dokumen yang bukan sahaja memberi panduan, tetapi juga mampu mengubah landskap sektor pertanian negeri ke arah yang lebih progresif dan lestari.
14. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,
saya dengan sukacitanya merasmikan Pelan Strategik Pertanian Terengganu
2024-2030.
Sekian, terima kasih.
0 Comments