Alhamdulillah, kita dapat berkumpul di Pasar Payang, tempat yang mempunyai susuk galur sejarah, budaya dan resam yang unik serta dekat kepada hati rakyat Negeri Terengganu.
Alhamdulillah, saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu mengucapkan penghargaan dan terima kasih setinggi-tingginya kepada YAB Perdana Menteri, YB Menteri-Menteri yang dapat bersama pada hari ini serta seluruh rombongan kerana sudi hadir ke Bumi Terengganu Darul Iman. Ada pantun.
Membeli barangan setiap waktu,
Perdana Menteri hadir bertemu,
Rakyat mengiringi restu.
Pengajuran program seperti ini memberikan peluang yang terbaik kepada pemimpin Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk bersemuka dengan rakyat, mendengar permasalahan sebenar di lapangan dan merencanakan penyelesaian yang lebih realistik dan sesuai dengan semua pemegang taruh yang ada dalam masyarakat kita.
Sekali lagi, akhir kata, saya ingin merakamkan peenghargaan kepada YAB Perdana Menteri dan seluruh rombongan rakan-rakan YB Menteri-Menteri kerana sudi datang berkunjung ke Negeri Terengganu untuk beramah mesra dengan rakyat Negeri Terengganu sepanjang beberapa hari ini.
Marilah kita terus berganding bahu, mendukung semangat persekutuan dan berusaha membina negeri yang lebih sejahtera, makmur dan bersatu padu.
Saya akhiri ucapan saya ini dengan pantun, sekali lagi.
Membelai tebing pasar payang,
Berpisah kita bersulam mesra,
Berdoa sejahtera, aman dan tenang.
Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
0 Comments