2. Majlis Peluncuran Pembangunan Solar Terapung Hybrid Dan Hub Hidrogen Hijau yang berlangsung di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud ini melambangkan satu paradigma baru dalam pendekatan kita terhadap pembangunan tenaga yang lestari, inovatif dan futuristik di peringkat nasional terutamanya apabila melibatkan kerjasama erat di antara syarikat berkaitan kerajaan, GLC atau State Enterprise samaada di peringkat persekutuan mahupun negeri.
3. Projek ini bahkan menyaksikan pembangunan ladang solar terapung dengan potensi kapasiti sehingga 2,500 MW secara keseluruhannya di atas air tasik kenyir. Dan ini adalah merupakan antara cadangan pembangunan tenaga boleh baharu atau renewable energy berskala besar di Asia Tenggara. Projek ini turut menggabungkan teknologi hidrohybrid dan seterusnya menjadi pemacu utama kepada pembinaan hub hidrogen hijau yang pertama di negeri ini.
4. Langkah ini adalah merupakan antara partisipasi Negeri Terengganu dalam meneroka sumber tenaga bersih generasi baharu selari dengan agenda nasional dan global untuk mencapai pelepasan karbon sifar, bersih menjelang 2050.
5. Majlis pada hari ini juga menandakan satu peristiwa penting dalam kerjasama strategik antara TNB, Petronas dan Terengganu Incorporated, yang bukan sahaja menyokong aspirasi kerajaan dalam pembangunan tenaga boleh baharu dan hidrogen hijau seperti yang digariskan dalam National Energy Transition Roadmap dan Hydrogen Economy and Technology Roadmap.
6. Semua pihak akan terus bekerjasama dalam membangunkan keseluruhan rantaian hidrogen hijau, bermula daripada pembangunan kemudahan Kenyir Hydrogen Hub and Floating Solar, pengeluaran hidrogen hijau hinggalah kepada pemprosesan derivatif hidrogen hijau yang akan menjadi asas kepada ekonomi rendah karbon negara.
7. Projek solar terapung hydrohybrid yang diluncurkan hari ini juga merupakan teknologi yang menggabungkan sistem solar photovoltaics dengan sistem hydroelectric sedia ada dalam satu operasi yang terintegrasi atau integrated system.
Hadirin dan hadirat sekalian,
8. Reka bentuk hybrid ini juga memberikan fleksibiliti operasi dan kestabilan bekalan tenaga hidro bagi menampung kekurangan ketika cahaya suria yang terhad, manakala solar mengurangkan beban terbaik semasa kemarau serta menjamin janaan bersih yang konsisten dan mampan. Peralihan tenaga ini adalah merupakan suatu perjalanan transformasi yang memerlukan visi yang jauh, perancangan yang teliti dan kerjasama yang berterusan. Keseimbangan antara keselamatan bekalan, keterjangkauan kos dan kelestarian alam adalah menjadi teras setiap inisiatif yang sama-sama kita terokai ini.
9. Terengganu secara umumnya menawarkan kelebihan yang unik dan menarik. Pertama, lokasi geo yang strategic geostrategic. Kedua, integrasi lokasi logistik ECRL yang bakal beroperasi nanti. Ketiga, tanah yang luas dan berpatutan. Keempat, sumber asli yang kaya. Kelima, tadbir urus yang kuat dan sokongan institusi.
10. Dengan kerjasama padu antara kerajaan persatuan dan kerajaan negeri, para pelabur, penyelidik dan tentunya yang paling penting juga adalah komuniti yang wujud di sini, kita sedang membina legasi, mengangkat Malaysia menjadi contoh hub tenaga lestari serantau dan memastikan usaha ini bakal dinikmati generasi akan datang.
Sekian, Assalamualaikum wrt brkt.
0 Comments