Salutasi
1. Alhamdulillah kita dapat meraikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman untuk tahun 2025 pada hari ini. Pastinya majlis APC pada hari ini memberi makna yang cukup istimewa kepada semua penerima anugerah di atas pengiktirafan prestasi luar biasa yang telah ditunjukkan oleh mereka serta dedikasi dan sikap kerja yang sungguh cemerlang yang semua kita saksikan wajah-wajah mereka di skrin sebentar tadi.
2. Tahniah kepada semua 60 orang penerima yang terdiri daripada berbagai kategori perkhidmatan, pengurusan dan profesional, para pelaksana dari jabatan, dari agensi dan dari semua kategori yang telah dipilih untuk menerima anugerah APC pada tahun ini.
3. Kita semua sedia maklum bahawa penjawat awam adalah merupakan tunjang yang sangat penting untuk memastikan kelancaran pentadbiran dan pelaksanaan dasar kerajaan. Dasar kerajaan pula walaupun dalam keadaan yang umum ianya adalah tetap tetapi hendaklah kita ingat di sana akan berlaku perubahan yang bersifat dinamik ini, mengambil kira tentang cabaran semasa, keadaan semasa yang senantiasa berubah pada zaman yang serba canggih ini.
4. Oleh yang demikian, para pelaksana yang terlibat dalam urusan pentadbiran sesebuah negeri ini juga memerlukan suatu adaptasi di atas segala perubahan yang mungkin boleh berlaku. Kita dah rancang daripada awal, mungkin nak pergi Kuala Lumpur, lalu kot Batu 6 masuk highway pada petang ini, masuk highway straight sampai Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan mungkin sampai Batu 6 tiba-tiba tak boleh lalui situ, kita kena corner masuk kot lain sampai highway pun tiba-tiba ada truck melintang di atas highway, kena corner, kena keluar daripada highway masuk jalan biasa, lepas itu cari jalan highway pula. Itulah perumpamaannya - dalam perjalanan untuk mencapai dua dasar yang dirangkakan oleh kerajaan, para pelaksana sekalian, para pegawai pelbagai peringkat ini. Setiap masa perlu melakukan adaptasi juga bersifat dinamik supaya apa yang kita nak capai itu, akhirnya kita sampai ke sasaran. Akhirnya, kita sampai ke Kuala Lumpur jika dalam bentuk perjalanan tadi.
5. Kecemerlangan bukan sahaja diukur dari aspek pencapaian kerja tapi sudah tentu dari pelbagai aspek seperti sahsiah, etika, integriti dan sebagainya. Di masa yang sama, penjawat awam haruslah menjadi contoh kepada masyarakat saya selalu sebut dalam program-program yang lain sebelum ini zaman 20 tahun dahulu, 30 tahun dahulu sangat berbeza dengan zaman yang ada sekarang ini dan zaman ke depan. 20, 30 tahun dahulu sebarang masalah kita dengan masyarakat atau rakyat, mereka akan tulis surat dari pembaca. Mungkin masih ingat lagi surat pembaca, masuk dalam surat khabar ataupun masuk dalam apa-apa bahan penerbitan surat pembaca. Orang baca, baca lah. Tak ada baca, tak baca. Sekarang ini, tak ada dah surat pembaca ini. Kalau ada pun, tak ada orang baca. Yang ada ialah hari-hari setiap masa 24 jam dalam medsos atau media sosial.
6. Sebab itulah kita perlu responsif. Responsif bukan bermakna kita mesti jawab semua, segala apa yang di hadapan kita yang dibangkitkan dalam medsos ini. Tapi, kita kena tangani kerana di sana sudah tentu ianya bercampur-baur dengan perkara yang benar dan perkara yang salah, perkara yang fake, perkara yang palsu dan perkara yang benar ataupun teguran-teguran atau kritikan-kritikan daripada masyarakat. Suasana ini suatu suasana yang sangat baru - yang tak ada pada zaman kepimpinan perkhidmatan awam yang hebat-hebat suatu masa dahulu.
7. Dan inilah adaptasi yang perlu kita lakukan supaya kita dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menjadi contoh dalam masyarakat. Dan saya percaya bahawa penglibatan kerja buat tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, secara langsung akan memberikan hasil kepada Negeri Terengganu. Ada kesan kepada negeri, bukan kepada individu-individu penjawat awam semata-mata tapi kepada negeri kita di mata luar - bila luar itu rakyat, masyarakat, negara kita dan luar daripada Malaysia.
8. Jika kita imbas buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang - yang cogan kata pada waktu itu, berkhidmat untuk negara pada tahun 1979. Saya baca, saya korek-korek, saya dapat jumpa balik apa yang ditulis pada tahun 1979, buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang. Saya tengok gambar-gambar para penerima tadi ada yang lahir tahun 74, ada lahir tahun 77, ada lahir tahun 69, orang lain semua 70an ke atas, adalah yang 68 pun ada.
9. Kita tak mengerti apa-apa pada tahun 1979, that's my point. Tapi itulah ditulis pada waktu itu yang dirasmikan oleh Tan Sri Ahmad Syarji Almarhum yang telah menggariskan tujuh teras perkhidmatan.
Yang pertama (1) Saya baca secara ringkas; Berazam meninggikan mutu perkhidmatan dan membaiki mutu perkhidmatan melalui latihan-latihan, kajian, perbincangan dan sebagainya.
Yang kedua (2); Bekerja dengan penuh tanggungjawab terhadap tugasan yang diserahkan kepada mereka.
Yang ketiga (3); Berusaha mengikis sikap mementingkan diri atau kelompok tertentu dengan menggunakan kedudukan yang diperolehi tetapi menjadi pendorong kepada kemajuan negara.
Yang keempat (4); Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan khasnya Malaysia yang mempunyai rakyat dari pelbagai anutan agama, budaya, bangsa dan keturunan. Mungkin kita di Terengganu ini tidak sebegitu kompleks kerana kita 97.5% adalah sama seperti kita semua negara-negara tertentu ada yang 30 peratus saja.
Yang kelima (5); Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat terutama dalam memberi kefahaman kepada rakyat tentang dasar-dasar dan hasrat kerajaan dalam kemajuan negara yang ingin dicapai.
Yang keenam (6); Bekerjasama dalam membanteras kelemahan-kelemahan pentadbiran dan menghapuskan musuh-musuh negara.
Yang ketujuh (7); Berpegang teguh kepada ajaran agama ini adalah untuk membentuk peribadi pekerja yang taat, amanah, bertanggungjawab dan sebagainya.
Hadirin, hadirin sekalian,
10. Tujuh (7) perkara yang menjadi perkara paling asas teras perkhidmatan yang sudah ditulis pada tahun 1979 ini sehingga sekarang masih relevan maksudnya. Nothing has changed throughout time. Zaman telah berubah, tak ada internet lagi pada tahun 1979, tak ada website, tak ada macam-macam sebenarnya yang ada pada sekarang ini. Tapi kenapa apa yang diperlukan pada tahun 1979 dahulu masih lagi relevan pada waktu sekarang ini. Dan saya percaya ia akan tetap kekal relevan. Itu untuk sama-sama kita fikirkan. Pada saya yang penting ialah nothing has changed and it won't change walaupun kita berdepan dengan perubahan teknologi, perubahan sikap manusia yang berbagai dalam masyarakat kita, kepekaan masyarakat yang luar biasa yang ada di hadapan kita yang mungkin generasi yang akan datang, generasi anak-anak kita itu lagilah kompleks sebagaimana yang kita saksikan anak-anak kita yang ada pada zaman ini. Tetapi urusan perkhidmatan yang wajar kita berikan kepada masyarakat, kepada negeri kita ini tidak berubah, kekal begitu. Tetapi soalan penting yang perlu kita tanya juga ialah okay dasar, fine! Fair enough - dasar perkhidmatan awam itu tidak berubah tetapi adakah kita berubah sebagai anggota pentadbiran dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. How far we improve ourselves - berapa banyak, berapa jauh kita improve dalam melaksanakan tugas pentadbiran yang diamanahkan.
11. Kalau dahulu, mungkin kita kata untuk mudah faham - tahun 80-an, kecekapan kita adalah 7/10. Sepatutnya dengan ada pelbagai medium pada waktu zaman modern ini, berbanding dengan tahun 1979 atau 80 sekarang ini, kecekapan kita sudah jadi 9/10 secara teorinya. Tetapi adakah kita begitu? Itu persoalan yang kita kena tanya diri kita - whether our productivity in our work improve significantly, sesuai dengan perubahan zaman. Ini saya tak tahu, mungkin tuan-tuan boleh sama-sama menilai muhasabah untuk memastikan perkhidmatan yang kita berikan kepada masyarakat di luar dalam keadaan yang terbaik.
12. Dan apa yang saya cita-citakan ialah supaya di kalangan penjawat-penjawat awam seluruh negara, mereka akan menyebut, ‘kalau nak tengok contoh pentadbiran yang efisien yang terbaik (all rounded), kena gi Terengganu tengok. That's the bottom line, yang kita nak. Macam mana nak capai? Sama-sama tuan-tuan semua cerdik pandai, sama-sama fikirkan.
Hadirin dan hadirat sekalian,
13. Ini sedikit flashback. Ketika saya membentangkan Belanjawan 2024 pada akhir tahun 2023 yang lalu, terdapat beberapa sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan. Alhamdulillah, kita secara umumnya telah mencapai apa yang kita sasarkan. Kita nak naik anak tangga, nak naik ke atas rumah tingkat 1, ada 15 anak tangga. Kita ada choice, kita lompat 2 sekaligus sampai juga ke atas kita ada choice, kita naik satu-satu sampai juga ke atas. Kita ada choice nak jadi macam orang belajar parkour, dia terus lompat 2 kali je sampai ke atas, ada juga. Which one is more practical and realistic kepada kita. Memang kita nak negeri kita ini, negeri yang maju berkat dan sejahtera - dalam pemahaman yang betul. Tapi adakah bermakna kita nak kejar semua itu, negeri kita supaya maju ini dengan kita terus melompat macam orang melompat parkour. Tahu kan parkour yang melompat bangunan tu, it's a sport itself. Kita nak satu-satu - supaya kita tidak terpijak kaki kita, tak tersepak kaki kita, tak jatuh tangga. Tak apa biar perlahan, ambil masa tetapi kita bergerak di direction yang betul, di arah yang betul.
14. Kita lihat apa yang telah kita capai pada waktu ini. Sasaran KDNK Negeri mengembang antara 3.5 hingga 4.1 peratus. Laporan DOSM terkini menyatakan bahawa KDNK Terengganu berkembang 4.5 peratus kepada 39.9 bilion pada tahun 2024 berbanding 2.3 peratus pada tahun 2023 didorong oleh pemulihan ekonomi global dan kejayaan pengstrukturan ekonomi negeri yang lebih berdaya tahan. On the data, yes! Tapi on the good feeling factor, whether it's right or not, itu perkara yang perlu kita nilai. Sasaran pengangguran di bawah paras 36 peratus. kita sasar begitu. Alhamdulillah pada suku keempat 2024 pengangguran negeri ini pada kadar 3.4 peratus berbanding 4.6 peratus bagi suku yang sama pada tahun 2023.
15. Sasaran pelancongan, kita sasarkan seramai 13.2 juta pelawat domestik termasuk 4.5 juta pelancong. Alhamdulillah tahun 2024 mencatatkan seramai 14.5 juta pelawat domestic daripada 13.2 kepada 14.5 increase termasuk 4.9 juta pelancong yang datang ke negeri ini berbanding dengan sasaran kita. Alhamdulillah kita berjaya capai apa yang kita sasarkan.
16. Perdagangan, kita mensasarkan peningkatan sehingga 5% bagi jumlah dan imbangan perdagangan. Kita lihat sektor import dan ekspor meningkat dengan signifikan apabila jumlah perdagangan meningkat sehingga 26.5%. Manakala imbangan dagangan pula meningkat 60.1% pada tahun 2024. Jauh tinggi daripada apa yang kita sasarkan.
17. Saya sebut kepada tuan-tuan apa yang kita sasar dan kita capai dan it shows that we have done a greater job daripada sasaran awal kita. Okay, fine, fair enough, thanks a lot, you have done your job. Semua angka-angka ini adalah peranan tuan-tuan. Kita hanya rangkakan, cari jalan tuan-tuan bagaimana untuk melaksanakannya. A very important salient point here adalah, adakah kita sedar semua apa yang kita capai lebih daripada sasaran. Kadang-kadang kita tak sedar pun, betul tak? Kita tak sedar pun kerana seolah-olah everything bergerak secara autonomous. Automatic, sedar-sedar eh, rupanya kita dah capai. Sedangkan yang buat kerja adalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang buat kerja.
18. Menunjukkan kepada kita, sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan bekerja dengan begitu keras sekali sehingga kita boleh capai sasaran, that's number one. Number two, yang perlu kita tanya kepada diri kita adalah, adakah the feeling good factor yang tuan-tuan dapat yang berdasarkan nombor-nombor tadi itu reflected really on the ground kepada semua penjawat awam dan juga kepada rakyat kita. Rakyat kita faham ke tidak tentang GDP? Bukan kata rakyat kita faham ke tidak, kita sendiri pun tak faham apa itu GDP. I'm not gonna involve in debate of the GDP sebab ada satu mazhab di luar dia tak setuju dengan GDP. All the figures of GDP, dia kata GDP is not really reflected well, really apa yang berlaku. Yalah dia kata contoh lah, contoh katalah kita rakyat Terengganu ni, tiba-tiba ada seorang, orang semacam Tan Sri Wan Mokhtar atau Elon Musk duduk di Terengganu ni menjalankan aktiviti perniagaan syarikat dia. So, bila kita calculate GDP, tinggi lah. Because we calculate, we factor in their numbers, their trading activities. Tapi rakyat kita sama saja, tak berubah. So that's one of the issues dengan GDP. But fine, fair enough. We need a way to calculate and to measure ourselves. Itu saja. So far, yang ada adalah GDP – contoh. Tapi adakah kita betul-betul rasa that feeling good factor termasuk rakyat kita? Kerana bagi rakyat yang ada di luar sana pada mereka, it's not just numbers, yang kita duduk uar-uarkan kepada mereka tetapi whether ada nasi tak atas meja dia. Ada sayur atau tidak atas meja dia. Ada ikan, ada ayam, ada daging tak atas meja dia. Inilah perkara-perkara yang saya lontarkan.
19. We are not going to solve the problem today. And saya percaya, saya just lontarkan kepada kita semua untuk sama-sama kita fikirkan. Bahawa any goods that we are doing now in the state of Terengganu, it's not just to bring good numbers whether down or up tapi memberikan kebaikan yang dapat dinikmati kepada rakyat. That's the bottom line.
Hadirin, hadirat sekalian,
20. Pencapaian yang sama-sama kita gagaskan ini adalah untuk kita bersama. Bukan untuk MB, bukan untuk EXCO, bukan untuk siapa-siapa tapi untuk kita semua. Kerana yang menjadi rakyat dalam negeri kita ini adalah semua anak cucu kita. Di masa yang sama, kita tidak perlu bersikap terlalu rendah diri atau kecewa apabila kita bandingkan dengan pihak lain. At times, kita tengok rakan-rakan kita di negeri-negeri lain. Macam-macam lah figures yang kita tengok. But they have a different demography and different and beyond, the setting of the society is different - Penang lain, Sarawak, Melaka, semua lain. We take it as a basic measurement. Kita compare dengan kawan-kawan di negeri lain.
21. But finally, we are the one who are going to decide on ourselves and our people in Terengganu. Take it as a baseline. Sama ada dalam isu-isu nak meningkatkan kadar sewa ataupun tax yang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri atau apa jual perkhidmatan yang kita lontarkan kepada rakyat kita. We have to compare with other states tapi their demography is different than us. Tak sama. Tak ada yang one-to-one dengan negeri-negeri lain. But finally, we have to decide our own. Untuk memastikan supaya apa yang kita buat, the increase in taxation within the state jurisdiction ini, bukan sahaja merupakan keperluan kita di state kerana we are denying ourselves of that increase for the past 20 or 30 years, contohnya tarif air dan lain-lain inilah. But at the same time, we need to come to terms that setengah-setengah perkara ini perlu dibuat. Dan dalam masa yang sama, it's not just having the table of tax rate yang kita minta rakyat kita bayar tapi how to cushion up apa yang dihadapi oleh rakyat.
22. Kita dalam masa yang sama kena juga tengok, oh kalau tak boleh, laksanakan segera, kita bagi tempoh dan sebagainya. Meaning what? Meaning, we need to have a kind of dynamism, kena dynamic. Bukan kepada pembuat dasar sahaja tetapi juga kepada pelaksanaan iaitu kakitangan, pentadbiran, perkhidmatan awam.
23. In short, apa yang saya nak conclude kan dalam ucapan saya yang agak panjang sikit daripada biasa daripada sebelum-sebelum ini, saya minta maaf kalau ada yang sedang merancang. Mungkin MP cakap 5 minit, lepas ini boleh lah, nak pergi situ, nak pergi sini. I take a little bit of your time today.
24. Apa yang saya boleh simpulkan ialah the path is clear. We are in the correct direction, we are gaining momentum. Apa yang kita perlu buat ialah kita gandakan usaha kita. InsyaAllah, di kalangan pembuat dasar, dalam undang-undang negeri kita juga berfikir ke arah yang sama. We work together for the benefit of our state of Terengganu and our people of Terengganu, insyaAllah.
Hadirin dan hadirat sekalian,
25. Saya berdoa agar momentum kecemerlangan yang telah kita laksanakan sama-sama ini dapat diteruskan untuk menyumbang kepada kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu kita ini. Dan semoga apa yang kita laksanakan itu, it's not just about ringgit and cents. At the end of the day, the final Friday of each month, kita akan dapat duit.
26. Pergi cocok pitih, tu ada pitih, masuk dah gaji, it's not just about that. It's also part and parcel of our responsibility as a Muslim and at the same time, kita dapat pahala sebenarnya. Buat kerja pengkhidmatan awam ni, it's not just about, oh bayar gaji dah tak ada pahala, tak ada. It's not about that. And apa je yang kita buat, jikanya perkara itu baik, ianya pahala akan berterusan kepada kita. And at the end of the day, that's the most important thing in our life, bila kita nak bertemu Allah SWT nanti.
27. Saya rasa itu sajalah apa yang saya nak sampaikan. Apa yang baik itu, kita sama-sama dapat ambil, yang tidak baik itu merupakan kelemahan saya sendiri dan kita mohon kepada Allah SWT, Allah SWT beri kekuatan kepada kita, for Allah SWT to give us strength. We are going to work together, insyaAllah, untuk mencapai apa yang kita cita-citakan di Negeri Tengganu ini.
Sekian, Assalamualaikum wrt brkt.
0 Comments