Assalamualaikum wbt.
[ Salutasi ]
1. Alhamdulillah, marilah kita sama sama menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berhimpun pada pagi yang penuh makna ini untuk menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Perlombongan antara Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) bersama dengan Gemilang Mining Sdn. Bhd.
2. Lebih penting, projek ini dijangka menyediakan peluang pekerjaan kepada sehingga 200 orang pekerja, dengan sasaran menggaji sekurang kurangnya 80% tenaga kerja tempatan dari Terengganu, terutamanya bagi sektor mahir.
3. Projek ini juga dijangka menjana manfaat ekonomi menyeluruh kepada penduduk setempat. Vendor makanan dan minuman, pembekal hasil segar serta penjual perkakasan dan bahan binaan tempatan akan mendapat limpahan peluang perniagaan.
4. Selain itu, cadangan pembinaan kuarters kediaman dan kantin untuk kakitangan dan pekerja seterusnya akan menyumbang kepada pembangunan infrastruktur setempat.
5. Apa yang lebih penting, Negeri Terengganu tidak akan berkompromi dalam memastikan pematuhan penuh terhadap undang undang, khususnya Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), pemuliharaan ekosistem dan pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
6. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah, pasukan pengurusan dan warga LTAWNT atas dedikasi yang tidak berbelah bagi.
7. Akhir sekali, saya mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan syabas kepada LTAWNT dan Gemilang Mining Sdn. Bhd. Semoga kolaborasi ini menjadi mendatangkan hasil dan menjana pendapatan demi manfaat rakyat Negeri Terengganu.
8. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Perlombongan ini.
Sekian,
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
0 Comments