Yang saya hormati sahabat saya YB Tuan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia. YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar. YB Datuk Haji Ahmad Amzad bin Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Yang berusaha Dr. Nor Fuad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia. Yang Berbahagia Datuk Azlan Shah Al-Bakri, Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat. Yang berusaha Encik Yahya bin Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kementerian, kerajaan persekutuan dan negeri, seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.
1. Alhamdulillah kita dapat berada dalam majlis yang sangat penting pada hari ini iaitu Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) atau BAS.MY Kuala Terengganu.
2. Bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Tuan Anthony Loke atas sokong padu dalam menambah baik sistem pengangkutan awam darat di Negeri Terengganu.
3. Fokus utama program Bas Berhenti-henti ini adalah keboleh harapan, ketersediaan dan ketepatan masa adalah selari dengan aspirasi kita untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama bagi penduduk bandar dan luar bandar.
4. Dengan penambahan empat laluan baharu, jumlah lapan laluan merangkumi empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi akan memperkukuhkan lagi jaringan hubungan antara kawasan dan membuka ruang ekonomi baru.
5. Pelbagai inisiatif disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi yang merupakan inline dengan apa yang kita terapkan di Negeri Terengganu. Dan saya dengar yang di barisan hadapan ni ada dua orang saja yang umur 60 tahun ke atas. Jadi mungkin Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat Exco termasuk dalam warga emas untuk naik bas. Jadi dipersilakanlah.
6. Saya yakin bahawa pendekatan bersepadu dan berfokus ini akan memberi pulangan sosial dan ekonomi yang lebih baik kepada negeri Terengganu dan rakyatnya.
7. Besar harapan saya agar perkhidmatan BAS.MY Kuala Terengganu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh penduduk Kuala Terengganu, para mahasiswa mahasiswi, para pelajar di alam persekolahan dan rakyat Terengganu secara amnya seterusnya menyumbang kepada peningkatan taraf hidup. dan kemakmuran di negeri Terengganu ini. Insya-Allah.
8. Akhir kata, sekali lagi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan seluruh pasukan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia dan agensi-agensi yang terlibat atas inisiatif kita pada hari ini.
Sekian. Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
0 Comments