1. Alhamdulillah. Kita dapat berhimpun dalam majlis pada hari ini, Pelancaran Dasar Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) secara penswastaan bagi Negeri Terengganu.
2. Tahniah saya ucapkan kepada seluruh mereka yang terlibat dalam memastikan dasar ini dapat kita bangunkan, kita dapat tambah baik dan proses penambahbaikan mana-mana dasar dalam Kerajaan Negeri adalah dilakukan dari semasa ke semasa melihat kepada perkembangan, melihat kepada permasalahan yang kita hadapai dan inilah cara kita dapat menyelesaikan masalah dengan lebih segera berbanding dengan kita tunggu dasar itu tamat tempoh dia.
3. Setelah kita menilai cabaran kos semasa dan keberkesanan dasar sedia ada pada waktu ini sebagaimana yang dimaklumkan oleh Dato’ YB Wan Sukairi sebentar tadi, maka Kerajaan Negeri memperkenalkan beberapa pindaan penting kepada Dasar Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) secara penswastaan Negeri Terengganu.
4. Dalam dasar baharu, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan realistik terhadap kenaikan kos bahan binaan dan keperluan pasaran semasa.
5. Walaupun sebenarnya perkara yang lebih besar yang perlu diurus ialah root cause of the problem. Kalau kos bahan binaan itu suatu halangan yang besar, harga barang-barang binaan raw material itu besar maka tentunya pihak yang berkuasa terutama di peringkat persekutuan mempunyai peranan yang lebih, mempunyai strategi jangka pendek dan jangka panjang bagaimana untuk mengatasi atau pun to address the problem we are having.
Hadirin dan hadirat sekalian,
6. Langkah-langkah yang kita perkenalkan di peringkat Negeri Terengganu ini bukan sahaja untuk mengurangkan kos pembangunan, malah akan turut menstabilkan harga jualan dan menjadikan rumah sebagai tempat yang lebih mampu untuk dimiliki terutama kepada golongan berpendapatan rendah.
7. Secara keseluruhannya, pindaan ini dirangka untuk mewujudkan penyelesaian menang-menang bagi semua pemegang taruh. Dasar ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Terengganu untuk mengimbangi kepentingan rakyat, pemaju dan institusi kewangan di samping mengekalkan kelestarian pasaran perumahan.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Pelancaran Dasar Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) secara penswastaan negeri Terengganu.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
0 Comments