Majlis Pelancaran Pusat Cari Kerja Terengganu Dan Perasmian Karnival Kesejahteraan Pekerjaan Dan Keusahawanan 2025


 Assalamu’alaikum warahmatullah,

(SALUTASI) 

Muqaddimah

1. Alhamdulillah, kita dapat bersama pada pagi ini dalam MAJLIS PELANCARAN PUSAT CARI KERJA TERENGGANU DAN PERASMIAN KARNIVAL KESEJAHTERAAN PEKERJAAN DAN KEUSAHAWANAN 2025.

2. Tahniah saya ucapkan kepada Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) atas penubuhan PUSAT CARI KERJA TERENGGANU (PCK). 

Pendekatan Kerajaan

3. Apa yang sama-sama kita usahakan ini adalah sebahagian pendekatan kerajaan negeri dalam membantu rakyat keluar daripada belengu kemiskinan, melalui pendidikan ilmu, latihan kemahiran dan seterusnya membantu mereka mendapatkan pekerjaan. Selain daripada setiap di antara kita mungkin ada yang lebih terkedepan dalam mencipta reka pekerjaan berdasarkan kemahira dan kreativiti masing-masing. 

4. Kerajaan juga telah menubuhkan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu atau Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC) bagi memberi fokus kepada agenda ini. 

5. Alhamdulillah, sehingga tamat penggal pertama pentadbiran iaitu pada tahun 2022, daripada tahun 2018 kita telah berjaya menunaikan janji ini dengan mencapai sebanyak 20,351 penempatan pekerjaan.

6. Kadar pengangguran siswazah negeri juga semakin baik, pada tahun 2018 lalu kadar penggangguran siswazah Terengganu sebanyak 7.3% menurun kepada 3.9% pada tahun 2023. 

7. Saya sebenarnya tidak begitu bimbang sangat dengan sama ada wujud atau tidak pekerjaan memang menjadi keperluan yang sangat besar bagi Kerajaan Negeri bersama dengan pemain industri untuk menjemput mereka untuk mengadakan job day atau apa jua program atau karnival kerjaya supaya dapat kita membuka ruang kepada anak-anak daripada Negeri Terengganu untuk bekerja. Itu memang merupakan suatu perkara yang semestinya.

8. Yang menimbulkan kebimbangan saya yang lebih besar adalah ketahanan anak-anak ini yang memasuki alam pekerjaan sebab apabila kita bertemu dengan pemain industri termasuk yang multinasional atau mega company pun, antara perkara yang disebut pada kita ialah bagaimana ketahanan anak-anak yang baru bekerja ini adalah seumpama kita menghantar anak-anak masuk asrama. 

9. Bulan pertama hari-hari telefon nak balik, tak tahan. Bulan kedua kurang sikit. Bulan ketiga setahun yang pertama mungkin ketahanan itu bergantung pada individu dan cara bagaimana mak ayah untuk mengurus anak masing-masing. Saya rasa ini cabaran yang sedang kita hadapi. Selepas setahun mungkin barulah anak-anak ini yang berada di alam asrama yang baru ini bole berdepan boleh berdepan dengan suasana melaksanakan adaptasi mereka dalam suasana yang baharu dan akhirnya mereka menyukai alam yang baharu di alam persekolahan di asrama. 

10. Sama juga dengan anak-anak kita atau generasi muda yang lebih dikenali Gen Z sekarang ini. Kita dapat rintihan daripada multinasional company bahawa ada di kalangan mereka ini yang tidak tahan bekerja. Selepas bekerja memulakan pekerjaan kalau kena marah sikit, kena tegur sikit yalah kita daham pelbagai cara teguran ataupun kritikan yang diutarakan oleh majikan, oleh bos di tempat masing-masing. 

11. Ada yang tahan, ada yang tak tahan dan suasana yang kita hadapi pada zaman sekarang ini ramai yang cepat koyak.  Generasi baharu ini. Saya rasa inilah realiti yang perlu sama-sama kita beri penekanan seawal di peringkat alam persekolahan lagi dan tentunya pabila mereka, kita interview mereka kerja, kita kena beri kefahaman kepada mereka bahawa alam pekerjaan terutama pada zaman baru ini adalah satu alam yang sangat mencabar.

12. Pekerjaan mungkin ada tetapi masing-masing yang akan membezakan antara orang yang mampu bergerak jauh ke depan ataupun mereka yang tertinggal di alam pekerjaan ialah ketahanan mereka. Inilah suatu perkara yang perlu kita tangani supaya generasi baharu yang ada pada waktu ini adalah generasi yang mampu untuk berhadapan dengan pelbagai cubaan dan ujian di pasaran terbuka. Umpama kita ajar anak kita berenanglah, kita berenang, kita ajar mereka mungkin di dalam swimming pool ataupun di sungai di belakang rumah, tetapi apabila mereka sudah pandai, bagaimana mereka nak mengharungi perjalanan sebagai seorang perenang, mungkin di lautan bergelora yang penuh dengan pelbagai hidupan ataupun di sungai yang mengganas. Ini adalah merupakan cabaran di hadapan yang mereka semua harus bersedia. 

THRDC

13. Saya dimaklumkan bahawa THRDC, melalui Urusetia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT), telah mengambil pendekatan yang menyeluruh dalam menangani aspek Demand and Supply (of Labour) dalam Pasaran Buruh. 

14. Dengan pendekatan pelbagai sudut ini, libat urus bersama dengan industri telah dilakukan untuk membawa peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu selain daripada membawa industri ke Negeri Terengganu. Pelbagai contoh yang disebut oleh YB Exco tadi yang saya rasa merupakan suatu peluang yang harus direbut oleh keseluruhan rakyat Negeri Terengganu secara keseluruhannya. 

15. Pelbagai perkara yang akan kita tengok pada hari ini dengan kehadiran pemain-pemain industri yang saya ucapkan terima kasih banyak-banyak yang menjadikan hari ini adalah destinasi ke Negeri Terengganu. Insya-Allah Kerjaan Negeri melalui pelbagai agensi THRDCC dan yang lain-lain, YB Exco pun tahu bahawa kita akan cuba accommodate dan facailitate apa jua keperluan daripada pihak industri untuk mendapatkan pekerja-pekerja daripada rakyat Negeri Terengganu dan kita berharap rakyat Negeri Terengganu juga jadilah pekerja yang tahan dengan ujian dan cabaran berbanding dengan apa yang berlaku pada waktu ini.

16. Jadi saya menyeru kepada semua rakyat Terengganu agar dapat memanfaatkan kemudahan PUSAT CARI KERJA yang telah disediakan ini sewajarnya.

17. Maka saya dengan ini , dengan lafaz mulia Bismillahi Rahmani Rahim , melancarkan PUSAT CARI KERJA TERENGGANU sebagai pusat sehenti perkhidmatan pekerjaan rakyat Terengganu, serta pada masa yang sama merasmikan KARNIVAL KESEJAHTERAAN PEKERJAAN DAN KEUSAHAWANAN NEGERI TERENGGANU 2025.

Sekian, terima kasih.


Post a Comment

0 Comments