[SALUTASI]
PENDAHULUAN
1. Alhamdulillah, pada malam ini kita dapat bersama-sama dalam Majlis Welcoming & Appreciation Dinner bersempena dengan Corporate Directors’ Programme 2025 anjuran Terengganu Inc Group.
2. CDP ini merupakan program tahunan yang wajib disertai oleh semua Directors dan saya terpaksa bagi tahu awal at the end of this program bila berakhir CDP ni, saya akan minta laporan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc siapa di antara directors yang tidak hadir tanpa sebarang sebab. Jadi kena ingat tu, ada role call. Jadi siapa yang tak hadir tanpa sebarang sebab, sebab mestilah bertulis.
3. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir pada malam ini untuk program CDP 2025 dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Mohamad Idham Nawawi dan team daripada Celcom DG yang dapat bersama-sama memeriahkan our CDP program pada tahun ini.
4. Tahniah dan terima kasih tak terhingga juga kepada semua Lembaga Pengarah syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Terengganu Inc khususnya di atas komitmen berterusan dalam memainkan peranan sebagai pemegang amanah kepada rakyat Negeri Terengganu.
5. Semua di antara kita ini adalah memegang tanggungjawab dan amanah. Bukan untuk personal kita tetapi untuk meneruskan agenda Negeri Terengganu bersama dengan rakyat yang ada di Negeri Terengganu.
6. Semua kita faham bahawa mereka yang menjadi ahli lembaga pengarah, semua GLC yang ada di bawah Terengganu in datang daripada pelbagai latar belakang yang pelbagai dan inilah realiti dalam kehidupan kita.
7. This is the reality of life. Bahawa untuk kita hidup dalam satu komuniti, kita mestilah hidup dalam suasana persekitaran. Ada semua kelompok, ada petani, ada nelayan. Ini komuniti kita. Ada orang cerdik pandai, ada orang kerja universiti, ada orang kerja kakitangan kerajaan, ada orang kerja swasta. Itulah rencam kehidupan.
8. Dalam GLC kita ini yang menjadi Board Of Director seperti tuan-tuan ini pun kita ada kerencaman itu. We have that variety in our GLC. Tak semua dalam satu GLC tu orang yang tahu tentang akaun. Not all our board of directors is the person who knows in and out of account or business or international relations or national integrity or whatever. Tak semua.
9. Semua datang daripada latar belakang pelbagai. Ada orang politik yang memang kita minta untuk mengetahui tentang kedudukan syarikat dan sama-sama menyumbang, memberikan idea, memberikan cadangan menjadi elemen check and balance sebagai GLC. This is our reality of life. Dalam kehidupan kita ini, kita tidak perfect.
10. Tak ada orang yang sempurna kecuali Nabi SAW. Tinggi macam mana kita belajar sekalipun, hebat macam mana kita sekalipun, organisasi yang besar yang the big multinational corporation that we are involved with sekalipun tidak bermakna kita tahu semua perkara kerana we are still a human being.
11. Manusia yang lagi kita belajar banyak lagi banyak kita tak tahu. Oleh kerana itu menjadi satu tanggung jawab yang sangat penting kepada kita semua from top to bottom dari Menteri Besar sampai kepada tuan-tuan yang berada di GLC untuk belajar semua perkara dalam organisasi tuan-tuan. Siapa yang terlibat dalam GLC yang mengenai plantation tidak dapat tidak you have to take time to learn about plantation bukan melihat yearly performance or financial report semata-mata tiap kali mesyuarat but you have to know about the business itself.
12. Those involve dengan health yang duduk dalam GLC healthcare tu bukan semua orang tahu tentang perubatan. But we have to force ourself. Setiap di antara kita mesti memaksa diri untuk belajar. Keep on learning. Improve ourself. Dan kita belajar dalam tempoh yang singkat to have a shorter learning curve.
13. Belajar dalam waktu yang singkat mengenai GLC masing-masing supaya keberadaan kita semua dalam GLC ini memberi makna bukan hanya duduk memanaskan kerusi, at the end of the month dapat elaun masuk dalam akaun. It's not just that of course that's the reward seb yang paling penting setiap di antara kita ini ada peranan. Sebelum kita pergi lebih jauh, ada beberapa perkara yang saya nak sebut.
FUNGSI GLCs
14. So malam ini agak panjang sikit daripada biasa ucapan saya di mana-mana. I want to refresh ourself. Apakah role, apakah fungsi GLC? Kenapa kita wujud? Kenapa sesebuah negeri seperti Terengganu kita dan kita percaya negeri-negeri lain atau negara lain mempunyai GLC?
15. Dalam banyak penerbitan, pelbagai istilah nama diberikan. Ada disebut sebagai government link companies, ada disebut sebagai State Own Enterprise. Kalau tuan-tuan rajin baca publication, journal publications yang mengkaji tentang GLC di peringkat antarabangsa, mereka menggunakan istilah State Own Enterprise, SOE. Kenapa kita ada SOE ataupun GLC di Negeri Terengganu? Secara umumnya semua negeri di negeri di dalam Malaysia ini ada GLC masing-masing.
16. Tinggal lagi sama ada banyak atau sikit. Sama ada the revenue, the total revenue of the GLC banyak atau sedikit. Dan semua GLC yang ada dalam Malaysia ini specifically Terengganu kita ini covers wide range of economic activities. Ada yang heavy industries, utilities, financial, plantation, services, macam-macam.
17. Kalau kita tengok di peringkat yang lebih besar, I just want to open up our mind. Kita melihat di luar, dari senarai 10 company yang terbesar di Shanghai Stock Exchange, Shanghai China, kalau China punya stock stock exchange and economic activities ini dia bukan kecil-kecil, dia world level. 10 yang terbesar di China, lapan adalah State Own Enterprise ataupun GLC.
18. That's the di China. Dan negara-negara maju pun ada GLC dia di Germany, di Ital Russia. Sweden, Ukraine semua ada. Dan di setengah tempat di France, Italy and Norway, GLC adalah merupakan antara a corporation even in that advanced economies like France, Italy and Norway and comprised of wanted more of the largest firm in several emerging markets seperti di Indonesia, di Malaysia, Russia, Saudi Arabia, Emirate dan sebagainya.
19. Saya sebut ini sebab dalam pelbagai dialog yang saya pergi di luar negara, ada di kalangan yang hadir dalam dialog itu bertanya, “Why we have GLC which competing with the local companies?”. GLC ni berlawan dengan syarikat yang bukan GLC. Plantation TDM berlawan dengan syarikat lain. Saya tak nak sebut namalah. Syarikat yang bukan GLC.
20. Even yang syarikat bukan GLC so call bukan GLC pun macam Guthrie, Sime Darby, some percentage of their equity own by Khazanah pun ada, own by EPF pun ada, so we are interlink walaupun syarikat tu syarikat di luar. Dan tentunya antara perkara yang orang di luar persoalkan ialah dia kata kita meniaga lawan dengan GLC maka sudah tentu GLC akan menjadi anak emas, a favorite kids due to the our preferential treatment yang mungkin GLC ini akan mendapat subsidi ataupun sokongan-sokongan tertentu daripada kerajaan.
21. Dia kata mana kami nak compete sebab they imagine in the free market economy like US even US pun dan ada yang GLC kita ini monopoli itu hakikat. Contoh SATU, syarikat air Terengganu, they are the only one operate di Negeri Terengganu. So kita kata monopolilah tidak ada tidak ada apa tu competition daripada mana-mana pihak.
22. Walaupun begitu, walaupun GLC ini adalah anak emas bagi sesebuah negeri kerana ada sebab-sebab dia yang akan saya explain in the minute. Tetapi kewujudan GLC ini masih lagi tertakluk kepada treatment yang sama dari segi regulatory treatment as a private enterprise and segala bentuk laporan-laporan yang kita hantar ke audit in terms of our integrity in terms of our account semua sama masih sama dengan apa yang perlu dibuat oleh syarikat-syarikat di luar.
23. Meaning what? Maksudnya walaupun kita adalah GLC yang menjadi anak emas tetapi kita mesti bekerja sebagai sebuah syarikat yang bukan anak emas yang duduk saja. Complecent. We cannot be that complecent. Kita mesti bekerja sebagaimana entiti di luar yang tidak mendapat sokongan atau bukan anak emas. Kita mesti menyiapkan laporan sebagaimana yang sepatutnya.
24. Kita mesti menghantar audit sebagaimana yang sepatutnya. Kita mesti menilai tahap pencapaian syarikat kita sebagaimana yang sepatutnya. Bukan kerana “Oh we look at our profit our quarter one quarter two, quarter three- and then-year end report financial report rugi. Tapi kita rasa tak apalah rugi sebab kita GLC. No. Kalau kita masih lagi berpendirian begitu kita tidak akan merubah apa-apa.
25. Hasrat kita untuk melihat GLC kita ini dapat berdiri sama tinggi dengan the business entiti yang berada di luar tidak akan tercapai.
26. Dalam bahasa yang mudah, in the GLC sector must be: Number one (1) transparent and competitive to survive. Kita mesti transparent and competitive to survive. Number two (2), a very important criterion. We need to stick to our objective and the reasons of our very existence. Kita mesti berpegang dengan objektif kenapa GLC setiap GLC masing-masing itu diwujudkan dan sebab sebenar kewujudan masing-masing. Number three (3) and this is equally important adalah there must be element of oversight, check and balance dalam memastikan semua GLC kita ini beroperasi dalam keadaan memenuhi syarat-syarat tadi, yang pertama dan yang kedua tadi, ikut objektif dan ada unsur check and balance tu.
27. Di sinilah timbulnya Terengganu Inc yang menjadi guru disiplin, pengawas. Tentulah Terengganu Inc especially the President and Chief Executive Officer ni tak popular. Dia kena tengok sokmo prestasi syarikat anak. Bila tengok kalau tak capai maka terpaksalah dia bunyi.
28. Bila bunyi tak sedap duduk rasa ataupun fikir you do understand us. Datuk Bob tak faham kita ni ada masalah ni. And this is the very reason of our Terengganu Incorporated. We want to make sure semua GLC yang ada di bawah Terengganu Corporated ini dapat sama-sama kita bantu. Jangan fikir oh syarikat masing-masing saya ni syarikat kecil je.
29. Kalau tengok our financial report rugi sokmo. Jangan berfikir tak apalah rugi. No-no. We try to find ways. And saya pun paksa a President and Chief Executive Officer of Terengganu Inc you have to try find ways. Macam mana nak memastikan yang rugi-rugi tadi tu supaya tidak lagi rugi. We work the bottom line, we work as a family.
30. We might compete each other in certain ways. Sebab tu kita ada award-award dan sebagainya. But in short to conclude that we work as a family. Barulah setiap di antara kita ini dapat bantu membantu di antara satu sama lain.
OBJECTIVES OF GLCs
31. Objektif GLC. Kita kena faham dan saya saya percaya tuan-tuan yang berada di dalam board of directors ini faham the very objective why we have GLC in our state.
32. Mungkin ada yang kata, "Okeylah, kita masuk in one company. Company tu tak cakak nak buat. Only cross 100,000 PAT dia, profit after the tax. Year in year out 100,000 tak boleh pergi dah. Tak degih. Orang Terengganu kata tak degih. Datuk Idham tahulah. And then we start to compare ourself. Kita pun mulalah banding. Banding apa dia? Oh, last month saya pergi pergi satu cafe di KL.
33. I was looking for tiramisu cake. Saya tak tahu because of the tiramisu cake ni. Saya pun rasa nak try that tiramisu cake. Ada couple of shops that serve tiramisu cake and you have to be careful with tiramisu cake. Some of them they have alcohol in it but you have to be careful to make sure they are not having having any alkohol.
34. So saya pergi pada ke yang orang Melayu buat ni tiramisu kek. Saya makan sedap. Saya tanya dia, dia buat kat rumah je. Dia buat kat rumah letak kat kedai. Dia jual satu tiramisu kek itu RM29.90, besar ni. Okey. Kecil je. RM29.90 sen, RM30 lah. Saya tanya dia satu hari berapa dia boleh jual that Tiramisu cake? Saya selepas saya tanya tu saya agak-agak dalam kepalalah barangkali ni.
35. Dia kata 5000. 5000 unit pieces whatever you want to call it 5000 you times that with jangan kali 30 sebab saya tanya sendiri dia the owner tu berapa your profit margin tapi sebab mungkin MB tanya dia, dia jawab dulu kut 50% dia kata lebih kurang RM15 untung. Okeylah tak apa, for the sake of our argument and for clarity of calculation, ambil RM10.
36. 5,000 unit kali RM10, 50,000 ringgit sehari. Dia keluar sehari. Itu lepas tolak rugi tu dia tak bayar harga apa tu electricity kat kilang dia. Pekerja dia ada 12 orang. Can you imagine that berapa sebulan dia boleh dapat? And then mungkin GLC kita pun start compare. Ish orang meniaga macam tu pun boleh berdapat juta-juta. Kita 100,000 we only barely made ourself crossing that 100,000 Pat aje. Number one.
37. Number two, Halia Bentung. Contoh tahu Halia Bentong. Saya tak pernah try tapi saya baca yang buat Halia Bentong itu kalau tak silap saya mualaf pada tahun 2023. Ini cerita tahun 2023 dia bayar zakat. Zakat ni dikira 2.5% daripada bergantung pada dialah.
38. Kalau dia nak kira harga jualan dia, harga jualan. Kalau untung, untunglah patutnya mungkin saya tak pasti untung tapi 2.5% dia keluarkan 2.5% untuk bayar zakat. 2023 Mr. Halia Bentong ni zakat dia 4 juta. Kira cara mudah-mudah dia ada berapa produk, bukan nak jual halia bentong ni. Enzim halia, madu jantan sehari dia boleh jual 30,000 botol.
39. Kita kira-kira jualan dia 160 juta. Macam tak munasabah. Tapi tak apalah, bottom line dia bayar 4 juta zakat which is only 2.5%. Oh kalau gitu kita meniaga Halia Bentong pula ah ataupun meniaga tiramisu kek jugalah ataupun jadi Datuk Vida jual tu boleh ataupun Alif Syukri ataupun Khairul Amin KA, last year dia punya sales 42 million 42 million kita sampai tak? Tak sampai.
40. Kita bukan syarikat personal kita tetapi we have our commitment kepada rakyat Negeri Terengganu. Kita menyediakan pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu. Khairul Amin ataupun Mr. Bentong tadi dia nak buat CSR dia tak nak buat. Itu hak dia. Tetapi the very reason why we have our GLC we have our objectif yang berbeza dengan orang meniaga di luar.
41. APA OBJEKTIF KITA GLCs?
i. Number one fulfilling specific social business mandate. To address specific social business mandate to generate the profits of achieving achieving sustainability for the benefit of rakyat. Kita nak memastikan rakyat negeri Terengganu kita ini yang secara personal tak boleh nak masuk plantation. Sekadar sekadar boleh tanam lima ekar bolehlah personal basis nak besar lagi nak lawan siapa sampai ribu-ribu ekar siapa mamad mana boleh nak buat tak boleh? So state GLC lah yang memainkan peranan untuk get a big number of aces so that we work with rakyat.
ii. Wealth creation and asset maximization. GLC ni keuntungannya bukan untuk seorang sebagaimana yang owner syarikat-syarikat tadi yang buat tiramisu dan sebagainya. Tapi keuntungan kita nak share dengan seluruh rakyat negeri Terengganu dengan pelbagai cara. Sebab itu jangan rasa sedih kalau kita tak capai apa yang aa kita tak boleh nak sebut. Oh, tahun ni kita dapat 100 juta PAT. Clear clean money 100 million. Jangan sedih. We contribute ourselves to the community dengan pelbagai cara menyediakan pekerjaan.
Saya difahamkan rakyat negeri Terengganu yang bekerja dalam GLC di Negeri Terengganu di bawah Terengganu incorporated ini I think we have the numbers like 8000 eh 9,000 rakyat Negeri Terengganu yang bekerja dalam GLC di bawah Terengganu Incorporated. Meaning what? Meaning kita membantu rakyat negeri Terengganu.
Kita menghidupkan ekonomi di negeri Terengganu which is the very reason why GLC as compared to the to the personal business entiti macam yang yang nama-nama yang saya sebutkan tadi.
iii. Job creation and talent development. Tugas kita selain daripada menyediakan pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu memastikan penerusan kerja job creation and talent development to our people rakyat Negeri Terengganu, so that they can swim high the sorry they can fly high and they can swim, boleh berenang di open waters, itu yang penting untuk kita capai
iv. Number four our CSR syarikat. Syarikat tadi dia nak buat CSR dia tak nak buat itu hak sendiri. Tapi the very reason we have our GLC one of the objective to make sure we have we distribute our profit to our community through CSR and this is what we call our society contribution.
v. And number five reason why we have GLC state strategic agendas yang ini yang contohnya kita ada why we want to explore in exploration and production for oil and gas. In individual basis tak boleh nak buat statewise. Petros sudah buat with their ways, kita dengan cara kita yang tersendiri. We want to get involved with exploration and production at least kita start somewhere and this is part of the strategic agenda, sebahagian daripada agenda strategik bagi negeri Terengganu for the national agenda, Khazanah play their role throughout through their entities of companies.
CDP 2025
Hadirin dan hadirat sekalian, bermula esok program CDP ini sebagaimana yang Datuk Bob sebut adalah AI. Tadi saya terlintas juga Datuk Bob sebut mengenai gajah di ladang sawit AI macam mana nak buat. Yang mari terlintas dalam kepala saya ada satu cara, a very novel way it's a bit sarkastic lah. Easy. Letak gambar Donald Trump dekat ladang tu selesai masalah lari habis gajah-gajah tu. Hopefully apa yang saya sebut ni tak sampai ke Donald Trump.
PRESTASI KUMPULAN TERENGGANU INC
42. Hadirin dan hadirat sekalian, alhamdulillah sejak 2018 prestasi sejak 2018 prestasi kumpulan Terengganu inc menunjukkan peningkatan yang ketara. Memang kita tak puas hati because that's the nature of human being. Selalu tak puas hati. Bukan kita tak puas hati.
43. Waren Buffet yang dah billionaire tu pun Elon Musk, Jeff Bezos dah bilionir tak cukup-cukup duit dia. Kita tak puas hati tapi we can proud of ourself our achievement. Pendapatan kumpulan TI meningkat daripada 964 juta di revenue pada tahun 2018. Ingat tu 2018 kita ambil alih kerajaan the revenue before that the pada tahun berkenaan adalah 964 milion.
44. Pada tahun 2024 6 tahun kemudian berlaku peningkatan 81% ataupun kepada RM1.7 bilion revenue. Kita tak capai semua ni overnight. Kita membuat pelbagai cara. Ada pushback here and there, ada resistance here and there. Tak apa. But we have we need to start somewhere and get a good momentum for the years to come.
45. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh anak-anak syarikat di bawah kumpulan Terengganu Inc atas usaha gigih dalam meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi. Remember again what I said apa yang kita buat ni is not for ourself bukan untuk MB bukan untuk siapa-siapa but for the state of Terengganu and for the people of Terengganu insya-Allah dengan keuntungan itu kita membantu komuniti dan di situlah akan lahir keberkatan.
46. Banyak untung tak menyumbang terlibat dalam aktiviti yang tak sihat tidak ada integriti, tidak ada keberkatan. Kita nak keberkatan. RM10 yang berkat lebih jauh lebih baik daripada RM1000 yang tidak berkat. Keberkatan itulah yang akan digandakan pelbagai momentumnya yang kita tidak nampak daripada sumber-sumber yang kita tidak nampak dan sebagainya akan dibantu oleh Allah SWT
47. This is one of the thing yang tidak ada dalam kamus. Mereka ada macam-macam. How to ni kita ada orang daripada PWC one of the figure yang namanya keluar dalam Forbes. Western society mereka ada pelbagai cara dan tak ada dalam mereka ialah keberkatan. Buatlah apa yang orang nak fikir. Yang paling penting bagi kita ialah keberkatan.
48. Insya-Allah whatever we do jika berkat kita akan mendapat pahala di sisi Allah SWT. Dapat elaun. Dapat pahala lagi. Kalau dapat elaun masing-masing dapat elaun mesyuarat elaun board tapi tak dapat pahala buat apa? So, at the end of the day we answer to Allah SWT. It's not just the people of Terengganu but we answer to Allah SWT. Alhamdulillah, sejak tahun 2018, prestasi kewangan Kumpulan Terengganu Inc menunjukkan peningkatan ketara dengan pertumbuhan hasil yang berterusan.
MOVING FORWARD
49. Hadirin dan hadirat sekalian, pelbagai perkara yang saya sebut tadi, kita nak masuk exploration and production of petroleum, the green technology, a healthcare insya-Allah kita akan increase the capacity of our beds, the Chicken Cottage di UK kita sekarang ini kita ada 70 cawangan Chicken Cottage di UK. Chicken Cottage ni bukan tempat ayam tu duduk tetapi dia become the competitor of walaupun tak sampai level lagilah of KFC, MacD dan oleh kerana berlaku boikot yang juga kuat di negara barat di United Kingdom, outlet kita bercambah.
50. Sekarang ini ada hampir 70 outlet di United Kingdom dan kita ada 10 outlet di Kenya out of nowhere tapi ada di Kenya dan dia … yang akan up and running di Pakistan, Emirate, Iraq dan Saudi Arabia dan insya-Allah with that, kita we show ourself at the at the international and global stage.
51. Hadirin sekalian, akhir kata saya menceloteh banyak sangat malam ni.
52. Kita berharap usaha dan perancangan kita ini diberkati oleh Allah SWT dan kita mendapat redha Allah SWT because that's the biggest achievement in a in a human life. Berkat dan mendapat keredaan Allah SWT. Sama-sama kita tunaikan amanah ini as a family dengan penuh keikhlasan, integriti dan profesional. Sekian.

 
 
         
 
0 Comments