[Salutasi]
1. Alhamdulillah Kita dapat bersama-sama pada malam ini dalam majlis yang dinamakan sebagai Malam Himpunan Palestin: Bahu Untuk Gaza, yang merupakan satu acara terpenting dalam Karnival Himpunan Belia Terengganu (HEBAT) 2.0.
2. Saya yakin dan percaya bahawa setiap yang hadir pada malam ini, termasuklah yang mengikuti secara virtual, secara maya semua berkongsi rasa sedih dan simpati terhadap apa yang berlaku kepada sahabat-sahabat kita seagama yang berada di bumi Gaza yang sama-sama kita menjadi saksi kepada sejarah yang sedang berlangsung. Satu tindakan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Habis perkataan untuk kita memberi gambaran. Habis cara untuk kita menyebut apa yang sedang berlaku di bumi Gaza yang bukan lagi di luar batas kemanusiaan, yang bukan sahaja satu bentuk etnik cleansing, pembersihan etnik secara terancang dilakukan oleh rejim zionis sejak sekian lama tetapi telah berlangsung suatu perkara yang merupakan suatu milestone, satu batu tanda dalam peradaban manusia dalam sejarah dunia. Kita yang hidup pada hari ini menyaksikan perkara itu sedang berlaku. Kita tidak berada di waktu berlaku perang pada tahun 1967, yang awal pada itu lagi. Kita tidak berada pada zaman kejatuhan kerajaan Uthmaniah Turki tetapi kita berada pada waktu ini sahabat-sahabat kita berdepan dengan keadaan yang sedemikian rupa dan kita tidak dapat berbuat apa-apa sebagaimana yang kita mahu. Ya hati masing-masing. Kita ada perasaan yang mampu sekarang ini kita tengok yang ada lebih-lebih bolehlah pergi sama dengan rombongan Global Sumud Flotilla dan lain-lain cara. Selebih daripada itu, kita berada di luar menyaksikan hari demi hari, detik demi detik, setiap hari dan ketika. Kita bangun pagi, kita tengok WhatsApp, kita tengok media sosial, kita tengok berita berapa ramai lagi di kalangan saudara-saudara kita sahabat-sahabat kita yang syahid bertemu Allah SWT setiap hari, setiap ketika dan kita tidak mampu berbuat apa-apa. Bila saya sebut kita tu bukan kita sebagai manusia individu tetapi kita sebagai sebuah negeri dan sebuah negara umat Islam yang ada dalam dunia ini. Semua yang kita lihat ini adalah menjadi sejarah hidup yang sama-sama kita saksikan bahawa kuasa besar yang ada di atas dunia pada hari ini turut bersekongkol dengan rejim zionis walaupun majoriti masyarakat di seluruh dunia tidak bersama dengan mereka. Kita tengok sendiri kezaliman yang dilakukan dibantah oleh masyarakat dunia, oleh negara-negara lain di seluruh dunia tetapi tidak ada yang berlaku.
3. Berdepan dengan suasana yang begini, setiap di antara kita yang menjadi manusia, kita ni manusia sudah tentu mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan saudara kita yang berdepan dengan kezaliman, pengusiran dan pembunuhan setiap waktu ini dapat dibantu semampu mungkin oleh kita semua tanpa mengira dari negara mana kita datang, tanpa mengira kaum dan agama kita. Simpati dan suara pertolongan Yang ditunjukkan oleh seluruh masyarakat dunia merupakan satu rekod yang sama-sama kta lihat pada hari ini. Tak pernah berlaku dalam konflik yang berlaku di Afrika, di Far East di negara sebelah Timur jauh ini, yang berlaku di lain-lain tempat di Timur, Asia Barat dan lain-lain yang menarik perhatian seluruh masyarakat dunia tanpa mengira sama ada mereka agama apa, atau negara mana atau blok mana. Semua begitu terkesan.
4. Malam ini, dengan doa yang berterusan, dengan kefahaman yang jitu, dengan semangat yang kukuh, marilah sama-sama kita bersolidariti dan kesatuan serta tindakan yang berkesan, marilah sama-sama kita realisasikan Bahu untuk Gaza!
5. Mengambil semangat ini juga, golongan belia yang ingin kita lahirkan bukan sahaja berperanan sebagai pelapis kepimpinan negara masa depan, bahkan juga adalah generasi penerus perjuangan ummah.
6. Saya mengharapkan penganjuran HEBAT 2.0 ini, akan menjadi salah satu platform dalam membina jati diri anak muda di negeri Terengganu khususnya dan anak muda di seluruh negara dan anak muda Islam di seluruh dunia agar terus menyumbang kepada masyarakat, agama dan negara.
7. Cabaran yang sama-sama kita hadapi menjangkau geografi. Cabaran yang semua generasi muda hadapi pada waktu ini dan di depan menjangkaui di mana mereka berada. Mereka berada di dalam rumah, berdepan dengan cabaran. Di luar rumah, di tempat kerja, di tepi pantai sorang-sorang, semua berdepan dengan cabaran.
8. Marilah kita jadikan malam ini sebagai manifestasi cinta kita kepada Palestin dan tanda kesyukuran kita sebagai rakyat yang masih lagi dapat bergerak dan mencari jalan untuk membantu saudara-saudara kita.
9. Kita berdoa kepada Allah SWT semoga Allah memelihara saudara kita di bumi Gaza, terus memberikan kekuatan kepada mereka, mengurniakan kemenangan yang bukan sahaja kemenangan kepada mereka tetapi kemenangan kepada seluruh umat Islam dan memberi kekuatan kepada Kita untuk terus menjadi bahu yang menyokong perjuangan mereka kerana perjuangan itu bukan mereka sahaja bahkan merupakan perjuangan kita juga yang wajib setiap di antara kita memainkan peranan dan terlibat untuk meneruskan perjuangan ini.
10. Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada penganjur, terima kasih kepada semua yang telah memberikan pengisian pada malam ini. Tak sempat saya dengar perabis. Sampai-sampai Ustazah Asma' berhenti, tekan break terus tapi sempat dengar Ustaz Nazmi Karim. Saya duk tunggu Ustaz Nazmi jadi incredible huge tapi tak sempat, 10 minit sekejap sangat mungkin kena lebih lagi tapi Alhamdulillah walaupun kehadiran kita agak terhad pada malam ini yang pentingnya setiap di antara kita, kita pulang malam ini dengan semangat bahawa perjuangan yang dihadapi oleh seluruh sahabat-sahabat kita, saudara-saudara kita di luar sana adalah juga perjuangan kita bersama.
Sekian.
Wabillahi Taufiq, Wal Hidayah.
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Takbir!

 
 
         
 
0 Comments