Teks Ucapan MB Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Pelancaran Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Pantai Timur di Marang, Terengganu


 1.         Alhamdulillah, kita hari ini berada di Marang untuk Pelancaran Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) yang pertama di Pantai Timur.

 2.         Tahniah saya ucapkan kepada team daripada TM yang saya percaya merupakan salah satu milestone yang penting kepada TM. Dan juga suatu milestone yang penting juga kepada Daerah Marang dan juga kepada Negeri Terengganu secara khususnya.

3.         Sudah tentu fasiliti seperti yang ada pada hari ini akan memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani keperluan pelbagai industri serta meningkatkan kecekapan dan daya saing syarikat.

4.         Pusat GBS ini akan berfungsi sebagai pusat kemudahan digital kepada rakyat dan perniagaan dan ianya mampu menjadi pemangkin kepada perubahan selaras dengan visi Kerajaan Negeri di bawah Pelan Penjanaan Pendapatan Baharu Negeri Terengganu. 

5.         Di bawah pelan ini, Kerajaan Negeri Terengganu membuat perancangan jangka panjang bagi menjana pendapatan baharu dari sumber yang lebih pelbagai dan pembukaan pusat ini akan menyokong perancangan pelan tersebut.

 6.         Selain daripada meningkatkan kecekapan, operasi syarikat-syarikat yang beroperasi di Negeri Terengganu khususnya dan saya percaya potensi yang dimiliki oleh Pusat GBS ini, tengok pada fasilitinya, kemudahan dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak yang ada dalam bangunan ini, saya percaya suatu masa nanti, ianya akan muncul sebagai satu center yang sangat penting dan dikenal bukan sahaja dalam negara kita bahkan di seluruh dunia, insya-Allah.

7.         Kepada semua pelabur dan peniaga sama ada syarikat kecil atau syarikat besar di luar sana dari Negeri Terengganu khususnya, ini menjadi suatu penyebab untuk menjasikan Negeri Terengganu sebagai salah satu destinasi perniagaan dan penubuhan pusat ini memastikan negeri kita mempunyai persekitaran kondusif untuk kejayaan mereka.

8.         Banyak perkara yang boleh dimanfaatkan melalui penubuhan GBS ini dan saya percaya syarikat-syarikat yang di bawah Kerajaan Negeri, di bawah GLC negeri akan berunding, berbincang dengan pihak TM One untuk sama-sama kita mewujudkan kerjasama PINTAR, mewujudkan kerjasama bagi meningkatkan kecekapan syarikat-syarikat kami dan juga membantu mengupayakan lagi TM One, insya-Allah.

 9.         Sekali lagi, tahniah kepada TM dan semua yang telah menjayakan projek ini, insya-Allah. Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Post a Comment

0 Comments