Alhamdulillah kita dapat bersama pada hari ini sempena dengan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Epic Berhad dan Malaysia Rail Link Sdn bhd (MRL).
Terima kasih dan tahniah kepada semua yang berusaha untuk menjayakan program kita pada petang ini dan tentunya tahniah dan terima kasih setingginya kepada rakan saya YB Tuan Lok, Menteri Pengakutan yang jelas menunjukkan komitmen kerajaan terutama Kementerian Pengakutan terhadap usaha-usaha untuk memaksimakan impak yang positif dalam projek insfrastruktur skala besar seperti ECRL ini yang merentasi beberapa negeri khususnya Negeri Terengganu yang kita bicarakan pada hari ini.
Dan tentunya kerjasama seperti ini adalah amat penting khususnya untuk projek ECRL ini dapat dimanafaatkan semaksimanya. Dan kita semua sedia maklum YB Menteri tadi pun dah sebut bahawa kemajuan projek ECRL di Terengganu adalah yang tertinggi iaitu 87% setakat September 2024 berbanding dengan lokasi-lokasi lain di negeri-negeri yang terlibat.
Ini adalah hasil kerjasama rapat pihak MRL, China Communications Construction Sdn Bhd (CCC) dan semua agensi Kerajaan Negeri yang telah berusaha memastikan kemajuan sedemikian rupa dapat dicapai.
Saya sendiri telah mengadakan lawatan ke dua stesen ECRL iaitu Chukai dan Kemasik pada September lalu bagi melihat perkembangan projek tersebut selain daripada melihat tentang pembangunan Transit Oriented Developement atau TOD yang perlu dirangkakan dan insya-Allah saya akan turun ke empat lagi kawasan cadangan Transit Oriented Developement di waktu yang terdekat ini.
Hadirin
dan hadirat sekalian,
Memorandum yang bakal ditandatangani hari ini adalah selari dengan usaha kerajaan negeri untuk memaksimakan potensi pelabuhan Kemaman sebagai hub maritim dan logistik serantau, bertepatan dengan kerancakkan semula industri perdagangan dan perkapalan global, bukan sekadar oil and gas semata-mata.
Ini dapat memastikan kelancaran integrasi operasi logistik EPIC Berhad dengan rangkaian ECRL, khususnya di laluan pemisah atau spurline di Pelabuhan Kemaman sekali gus meningkatkan kecekapan pengendalian kargo, selain merealisasikan sasaran menjadikan Pantai Timur sebagai hab logistik pilihan.
Sekali
lagi terima kasih kepada semua pihak. Moga-moga apa yang kita rangka ini
berjaya insya-Allah. Sekian.
0 Comments