Tan Sri Yang DiPertua,
بسم الله الرحمن الرحیم
الحمد0 رب العالمین وبھ نستعین ولا حول ولا قوة إلا با0 العلى العظیم
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terima kasih kepada Tan Sri Yang Di-Pertua, kerana memberikan ruang kepada saya, untuk turut berbahasmenjunjung kasih Titah DYMM Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong, bagi Sidang Dewan Rakyatkali ini.
Saya menzahirkan ucapan Menjunjung Kasih, ataskepimpinan KDYMM YDP Agong ke 16, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah ibni almarhum Sultan Ahmad Shah al-Musta’in Billah dan KDYMM Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Seterusnya saya merakamkan ucapan setinggi – tinggi tahniah, atas pelantikan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agongke 17, dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Tan Sri Yang Dipertua,
1. Pilihanraya Kecil P040 Kemaman pada 2 Disember 2023, telah membawa saya sebagai ahli terbaharu ke Dewan yang mulia ini, dan saya dapat bersama dengan semua Ahli Dewan Rakyat, menekuni nasib negara Malaysia tercinta, dan kepada saya selepas 442 hari Sidang bermula pasca Pilihanraya Umum ke 15 pada Nov 2022.
2. Terima kasih saya ucapkan pada semua pengundi Kemaman, samada yang memilih, atau yang tidak memilih saya, dalam Pilihanraya Kecil berkenaan.
3. Terima kasih kepada yang memberikan harapan pada saya, dan terima kasih pada yang tidak mengundi saya, kerana mereka menjadi elemen semak-imbang (check & balance) dan sumber kritikan terhadap apa jua kelemahan saya – tidak kiralah, samada benar atau tidak pandangan mereka, semuanya saya hadapi dengan berlapang dada.
4. Apa yang lebih penting ialah, kita semua di sini adalah harapan rakyat, sebagaimana kata orang tua ; “Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar” – bahawa pemimpin adalah tempat rakyat mengadukan nasib, dan memimpin mereka.
Tan Sri Yang Di Pertua,
5. Bersandarkan pada denyut nadi inilah, kita melihat kesenangan dan kesusahan rakyat seluruh kelompok usia : dari pelajar, petani, nelayan, peniaga, pekerja kilang, doktor, dan sebagainya; yang berdepan dengan perit getir suasana ekonomi yang mencabar di ketika ini.
6. Benarlah bahawa sesebuah kerajaan mempunyai tanggungjawab terhadap semua peringkat, dan kelompok rakyat. Kerajaan memang perlu menambah sumber kewangan negara, kerana ianya adalah asas untuk membangunkan ekonomi, keperluan dan sosial rakyat.
7. Tetapi biarlah penambahan hasil negara ini, tidak dengan memberi tekanan kepada rakyat awam yang perit kehidupan mereka, menerusi pelaksanaan cukai luar jangka dengan kadar yang membebankan seperti SST dan lain - lainnya, di masa yang tidak sesuai ini.
8. Kerajaan juga mestilah lebih cermat dalam pemberian insentif subsidi - daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar, termasuk petrol dan diesel supaya hanya golongan yang memerlukan dapat menikmati harga subsidi tersebut.
9. Kerajaan juga hendaklah mempunyai mekanisme khusus, agar syarikat-syarikat yang mendapat keuntungan besar dan bank-bank, perlu memainkan peranan yang lebih lagi untuk membantu rakyat Malaysia. Bukan sahaja bercakap berkenaan keuntungan mereka di setiap akhir tahun kewangan.
10. Di masa yang sama, kerajaan bukan sahaja perlu mendengar denyut nadi rakyat di bawah, bahkan suara semua kelompok rakyat, termasuklah dari kakitangan awam dan swasta, pesara, pengusaha dan peniaga, samada kecil atau besar, dan sebagainya. Semua mereka ini adalah golongan yang menyumbang, kepada pembangunan ekonomi Negara, menerusi penglibatan mereka dalam semua bentuk sektor ekonomi.
11. Kita tidak dapat menafikan realiti semasa, bahawa permasalahan ekonomi ini sedang berlaku, selain dari isu polisi ekonomi, struktur ekonomi fiskal, sistem percukaian; dan terdapat puluhan perkara lagi yang sepatutnya menjadi pertimbangan Kerajaan, untuk ditangani dengan penuh keterbukaan, termasuklah isu kehidupan beragama, isu sosial dan pendidikan, keharmonian kaum, hala tuju sains dan teknologi dalam menentukan teknologi strategik (strategic technology ) yang mesti dibangunkan, keterjaminan makanan, kemajuan sukan, dan sebagainya.
12. Kerajaan mungkin merasakan, bahawa mereka tahu dan boleh menyelesaikan semua perkara, tetapi ketika berdepan saat kritikal seperti ini, maka pendekatan dan inisiatif non-partisan dan bi-partisan (non-partisan and bi-partisan initiatives) wajar diterokai, sebagaimana dalam keadaan tertentu diamalkan di negara maju, ketika mereka berdepan dengan suasana yang getir.
Tan Sri Yang Di Pertua,
13. Perlembagaan Persekutuan semasa ianya digubal, telah menetapkan konsep muafakat kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, dengan adanya Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan yang paling penting telah dengan jelas menyatakan, bahawa suatu kerjasama mesti berlaku, dengan wujudnya “Senarai Bersama”.
14. “Senarai bersama” inilah, yang memerlukan libat urus dan perbincangan, perkongsian maklumat, semuanya atas saling percaya-mempercayai, tanpa kecurigaan perbezaan politik.
15. Pengukuhan konsep Federalisme ini, adalah merupakan perkara asas terpenting, yang memerlukan satu reformasi struktur dan reformasi institusi yang menyeluruh, untuk memastikan Negeri - Negeri yang membentuk Malaysia berada di landasan kompetetif, yang akhirnya membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik.
16. Banyak perkara yang memerlukan kajian semula dan reformasi struktur ini. Sebagai contoh yang mudah, cukai yang dikenakan kepada rakyat semakin bertambah dalam banyak bentuk, dan kadarnya semakin bertambah, tetapi kadar pemberian ikut kepala kepada Negeri, mengikut Jadual 10 Perlembagaan Persekutuan ataupun Akta 622, masih pada kadar yang lama sejak tahun 2002.
17. Oleh yang demikian, kajian semula wajar dilakukan. Saya sedar bahawa isu ini telah dibangkitkan sebelum ini oleh Pasir Mas dan Pendang, serta di Dewan Negara, tetapi jawapan tetap sama - iaitu belum mahu dikaji semula.
18. Walaupun tidak kita nafikan pemberian yang lain bertambah, seperti pemberian berdasarkan Tahap Pembanguan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup ataupun pemberian TAHAP, pemberian peruntukan MARRIS dan pemberian ecological fiscal transfer (EFT), tetapi ianya tidak menjawab persoalan pokok terhadap kadar yang sudah terlalu lama dalam Jadual 10, contohnya 100,000 pertama RM72.00 satu kepala, 500,000 yang berikutnya RM10.20 seorang dan seterusnya.
19. Di masa yang sama, suatu reformasi yang menyeluruh perlu dilaksanakan, yang mungkin melibatkan pindaan terhadap Jadual 9 dan Jadual 10 Perlembagaan Persekutuan untuk memberi lebih peranan dan autonomi terhad (limited autonomy) kepada Kerajaan Negeri yang lebih dekat dengan Rakyat di bawah, bagi menangani masalah rakyat; manakala Kerajaan Pusat memfokuskan kepada perkara - perkara besar seperti Keselamatan, Pertahanan, Luar Negara, Kesihatan, dan lain-lain.
20. Saya tidak akan memperincikan maksud autonomi yang lebih luas bagi negeri di sini ,kerana mempunyai masa hanya 12 minit, tetapi keseluruhan perkara ini memerlukan libat urus, dan perundingan yang serius, ke arah reformasi institusi (institutional reform) dan reformasi struktur (structural reform) yang sebenar.
Tan Sri Yang Di Pertua,
21. Sudah tiba masanya, kita meninggalkan budaya politik diskriminasi akibat warna parti politik dan pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam sesuatu proses demokrasi Pilihanraya – dan ini adalah satu rupa bentuk tajdid (reform) yang semestinya berlaku dalam Negeri dan Negara kita, jika kita ingin menjadi sebuah negara yang diyakini.
22. Diskriminasi terpilih (selected discrimination) seperti ini, adalah budaya lama kolot politik balas dendam, yang membawa negara kita ke belakang, dan jauh dari keharmonian. Yang menjadi mangsa akhirnya adalah rakyat yang tidak berdosa. Akibatnya berlakukah sifat dendam mendendam, dan melahirkan reaksi tindak balas yang hanya boleh memuaskan hati tetapi tidak ada menguntungkan sesiapa.
23. Di masa yang sama, harus juga diingat, bahawa negara Malaysia dibentuk menerusi gabungan Negeri - Negeri yang ada di dalamnya. Negeri ada maruah dan peranannya, dalam membina Malaysia, dan bukannya wujud sebagai warga kelas dua dalam pembentukan Malaysia. Tindakan menyusahkan negeri atas apa jua sebab, adalah langkah ke belakang yang meninggalkan kesan yang tidak baik.
24. Jika tidak dibendung, kitaran ganas (vicious cycle) ini akan terus berulang dan berulang. Saya menyeru, dan mengajak semua pemimpin politik, untuk menghentikan kitaran ganas ini - samada dari sebelah sini atau sana.
25. Sebagai pemimpin, kita mesti mempunyai iltizam dan tekad yang kuat, untuk menghentikannya, sebagai pra-syarat untuk Malaysia lebih dihormati, dan masyarakatnya yang lebih harmoni.
26. Tidak adil jika saya tidak sebut, bahawa pada masa ini dan lepas, kerjasama antara Negeri dan Pusat menerusi berbagai rpojek dan program pembangunan fizikal dan sosio-ekonomi perlbagai Kementerian dan Agensi, sedang berjalan dalam keadaan baik walaupun masih terlalu banyak ruang penambahbaikan yang mesti dilakukan, jika kita ingin bercakap mengenai Malaysia yang lebih competitive. Terima kasih pada yang masih mempunyai nilai ihsan dan jiwa yang besar.
27. Tidak sempurna ucapan saya, tanpa saya menyampaikan permintaan 1.2 Juta Rakyat Terengganu, yang mengharapkan penyaluran royalti petroleum (atau disebut oleh Kerajaan Persekutuan sebagai Wang Ehsan dan Dana Khas), yang kita terima sejak sekelian lama, agar diteruskan tanpa sebarang kelewatan mengikut jadualnya yang diamalkan sejak puluhan tahun.
28. Untuk rekod, perlu diingatkan bahawa penerimaan dana oleh Kerajaan negeri Terengganu atas nama “royalti pertroleum” dari tahun 1978 - 1999 adalah secara terus dari PETRONAS tanpa melalui pihak ketiga.
29. Sudah tentu, Kerajaan Madani yang ada pada waktu ini tidak mahu dibaca dalam buku sejarah oleh generasi yang akan datang, sebagai pihak yang tidak membayar wang royalti berkenaan, yang masih berbaki untuk tahun 2023.
30. Sehubungan dengan itu, saya meminta penjelasan dari Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, sila jelaskan kepada kami (1) apa kebaikan dan objektif yang ingin dicapai oleh Kerajaan Pusat dengan memberikan
1978 – 1999 Royalti Petroleum
2000 – 2003 Wang Ehsan
2004 – 2018 Dana Khas Kerajaan Persekutuan
2019 – 2021 Bayaran Tunai Petroleum
2022 – sekarang Wang Ehsan
kesukaran kepada Negeri Terengganu sedemikian rupa,
dan (2) adakah langkah menekan Terengganu ini adalah tidak berlawanan dengan sifat IIHSAN dan HORMAT yang merupakan duadari enam Rukun Malaysia Madani ?
Tan Sri Yang Dipertua,
31. Mengakhiri ucapan, sebagai bekas pensyarah dan ahli pengurusan Fakulti, saya tertarik untuk menyentuh beberapa perkara, yang berkaitan dengan keberadaan Universiti Awam dalam Negara kita ini, iaitu berkait dengan isu ranking universiti yang viral baru-baru ini.
32. Keberadaan dan peranan besar Universiti Awam dalam Negara kita ini, tentulah tidak sama dengan universiti atau institusi pendidikan swasta, yang mempunyai orientasi dan tanggungjawab berbeza.
33. Penekanan yang terlalu serius mengejar “ranking”, sehinggakan melibatkan penggunaan konsultant atau syarikat luar adalah pendekatan counter-productive (dengan izin), di mana pemberat yang tidak adil digunakan dalam membuat penilaian dan tidak sedikit mengorbankan masa dan wang ringgit untuk penyediaan laporan dan survey reputasi.
34. Apa yang sepatutnya dilaksanakan ialah, kaedah penilaian perlu mengambil kira, keadaan sosio ekonomi dan struktur masyarakat sebebuah Negara, di mana proses “ranking” itu dilaksanakan. Selain dari itu, penunjuk prestasi (performance indicator) yang digunakan pula sudah tentu tidak sama pemberatnya, di antara negara maju dan negara yang sedang membangun, disamping falsafah pengajian tinggi dan penumpuan yang berbeza-beza.
35. Suatu alternatif kepada pendekatan “ranking” ini boleh dilaksanakan, dengan pendekatan penarafan (rating) melalui parameter yang ditentukan oleh Kerajaan, dengan menjadikan agenda nasional sebagai paksi utama, dalam meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi di Malaysia.
36. Cadangan ini boleh dilaksanakan, melalui penambahbaikan kaedah sedia ada, ataupun mewujudkan suatu indeks yang perlu dipatuhi dan diikuti, oleh semua institusi pengajian tinggi di dalam negara, secara lebih mudah dan mesra pengguna iaitu pihak universiti, tanpa melibatkan masa dan implikasi kewangan yang besar.
37. Perlaksanaan indeks seperti ini telah pun diamalkan di Malaysia, seperti Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM), Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) dan Indeks Syariah Malaysia (ISM). Bahkan di peringkat global juga, pendekatan yang sama digunakan, seperti Human Development Index, Global Piece Index dan Social Protection Index.
PENUTUP
Tan Sri Yang Dipertua,
0 Comments