Teks Ucapan MB Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Program TDM Bersama Masyarakat Rhu Rendang

 

Salutasi

Hadirin hadirat sekalian,  

Alhamdulillah kita dapat bersama pada hari ini, cuaca pun bagus, dan hari ini tuan-tuan, para penerima akan menerima sumbangan asnaf hasil daripada wakalah daripada TDM Berhad, dan inilah antara perkara yang kita usahakan supaya semua anak-anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri berjaya untuk menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing dengan begitu baik dan terbaik.

Jika kita bandingkan suasana lima tahun yang lalu dengan sebelum daripada ini, daripada lima tahun kebelakang sampai sekarang, berbanding dengan sepuluh tahun yang lalu, Alhamdulillah semua anak-anak syarikat kita telah menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan dan pencapaian yang terbaik. Kenapa kita pentingkan anak-anak syarikat ini untuk mencapai perkhidmatan dan juga menunjukkan perkhidmatan aktiviti bisnes mereka yang terbaik? Kerana akhirnya keuntungan yang diperolehi, hasil sebahagiannya akan dikembalikan juga kepada rakyat Negeri Tengganu. Jadi kalau syarikat rugi, dia tak boleh nak bantu anggota masyarakat dan kalangan rakyat yang memerlukan.

Jadi anak-anak syarikat kerajaan negeri ini, kita perlu usahakan supaya mereka dapat mencapai keuntungan yang semaksimal mungkin. Dan Alhamdulillah setelah kita mengambil alih daripada 2018, kita telah menunjukkan prestasi yang terbaik sejak penubuhan syarikat-syarikat yang di bawah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada TDM kerana nampak juga mari ke Rhu Rendang ini memberikan sumbangan dan saya percaya hari ini mungkin Rhu Rendang dan lain-lain kesempatan di DUN-DUN lain yang memerlukan.

Kerana yang penting ialah penerimanya ialah anak-anak, keluarga dan anggota masyarakat dari Negeri Terengganu. Itu yang pentingnya. Hadirin dan hadirat sekalian, moga-moga aktiviti yang kita jalankan pada hari ini mendapat keberkatan di sisi Allah SWT. Dan dengan baca


Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan program kita pada hari ini, moga-moga diberkati oleh Allah.

Sekian wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Post a Comment

0 Comments