Assalamualaikum wrh brh (Salutasi)
Muqaddimah
Hari ini walaupun saya masih lagi demam tetapi saya masih akan bercakap dengan kadar yang lebih lama daripada ucapan biasa saya di tempat-tempat lain.
1. Alhamdulillah, kita dapat bersama – sama meraikan penghargaan dalam program yang sudah tentu sangat besar erti dan kesaannay kepada semua peneriam, kepada ibu bapa dan kepada Negeri Terengganu. (1)Kita ada Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu Kali ke-44, (2)kita ada Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM & STAM dan (3) kita juga ada Anugerah Sarjana Tahun 2025.
2. Alhamdulillah, secara keseluruhannya Negeri Terengganu kita telah mencatatkan keputusan yang dalam pelbagai peperiksaan dalam negara kita, keputusan yang sangat signifikan, setiap tahun meningkat. Tahniah kepada semua pihak.
3. Khusus kepada semua penerima anugerah yang akan disebut namanya pada hari ini, episode hari ini adalah merupakan suatu permulaan sebuah perjalanan.
4.
Kepada semua yang hadir : tahniah setingginya dari
saya, seikhlasnya dari lubuk hati saya,
from the bottom of my heart with a deepest sincerity of my soul, iaitu kepada
semua penerima anugerah, kepada semua penerima
hadiah kecemerlangan; tahniah
kepada ibu – bapa dan guru – guru yang turut sama berpayah dengan
merasai perjuangan anak - anak, anggota keluarga yang memberikan dorongan,
pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan
Pendidikan yang sentiasa setiap masa mencari jalan, dan
usaha bagi meningkatkan pencapaian anak-anak dalam Negeri dan dalam negara kita,
dan tentunya pihak Kerajaan Negeri Terengganu dan Yayasan Terengganu : yang
berterusan saban hari dan saban tahun menyaksikan keunggulan rakyat negeri
Terengganu dalam bidang Pendidikan –daripada dahulu sampai sekarang terutamanya
dalam suatu perjalanan untuk menjadi insan yang berguna, dan mampu menyumbang
kepada keluarga, kepada negeri, kepada masyarakat, kepada negara dan ummah.
5. Ya benar bahawa kita semua telah menghadapi puluhan peperiksaan atau ujian dalam perjalanan ini sejak diawal usia belajar – di saat mula mengenal huruf dan nombor, sehingga mampu membaca, sehinggalah sampai ke kedudukan hari ini. Puluhan jenis peperiksaan, ujian, lisan, bertulis dan sebagainya.
6. Hari ini semua membuktikan, bahawa ruyung telah dipecahkan untuk mendapat sagunya, … ..usaha telah membuahkan hasilnya. Seperti juga kata kiasan : “Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang”
7. Ruyung yang dipecahkan di zaman persekolahan, tentunya tidak sama dengan ruyung yang mesti dipecahkan di alam baharu – selepas daripada ini kepada semua anak-anak sekalian, iaitu alam pengajian tinggi yang masih luas terbentang di hadapan masing-masing.
8. Di sekolah, semua kita sedia maklum – kita ada rakan taulan yang sama belajar, ada guru yang mampu kita panggil dengan pelbagai nama, ada kita panggil cikgu, ada kita panggil teacher, ada kita panggil sir, ada kita panggil ustaz/ ustazah dan ada yang setengah itu panggil cikgu dia dengan nama ibu, mama pun ada. Macam-macam. Tetapi selepas daripada ini, semua anak-anak yang berhijrah ke alam baharu, di medan pengajian tinggi akan berdepan dengan suasana yang jauh berbeza.
9. Di sekolah anda semua berdepan dengan suasana yang sangat supportive seperti bahan peperiksaan yang bertimbun-timbun, buku bersusun ada di depan mata sama ada di rumah atau di sekolah, dan masa pula telah disusun rapi oleh guru-guru, oleh sekolah, oleh ibu ayah dan mak bapak kita sekalian.
10. Hakikatnya ialah pada zaman kita bersekolah, untuk memecahkan ruyunh itu ada yang mengajar kita dan turut sama bersama dengan kita untuk memecahkan ruyung dan ada pula yang mengajar bagaimana untuk menikmati atau mengambil sagu ini, untuk digunakan atau dimakan. Proses dari awal sampai akhir memecahkan ruyung untuk dapatkan sagu ini dibantu dan bersama dengan semua pihak. Kiri dan kanan, atas dan bawah. Di sana pula “ada pula yang membantu dan membawa kayu siap sebagai pendayung di sampan, tinggal hanya kita naik sampan dan menggunakan tenaga muda untuk mendayungnya”.
11. Kini, forget
about the past. Itu telah berlalu. Apa yang ada sekarang ini ialah kita nak
duduk dan kita lihat di hadapan kita. Ini bukan kepada mak ayah. Kepada
anak-anak, para pelajar yang akan meneruskan pengajian mereka. Bermula dari
hari semalam– minggu lalu – dan bulan kelmarin; semua yang sama seperti di alam
sekolah tidak lagi ada di hadapab mata semua. Ruyung mesti dicari sendiri untuk
dipecahkan, mencari ruyung pula untuk mendapat sagu tentunya tidak mudah,
apatah lagi bagaimana nak memakannya yang menerlukan kemahuan dan cara setiap
di antara kita yang meneruskan perjuangan ini. (9:18)
Hadirin hadirat sekalian terutama dalam kalangan para pelajar-pelajar,
12. Pesanan saya kepada semua anak – anak, ada satu perkara penting yang mesti diingat, bahawa dalam perjalanan di hadapan sepanjang 4-5 tahun yang akan datang ini, jalannya masih berliku dan akan penuh dengan cabaran – ada manis dan pahitnya, ada mudah dan sukar, dan yang paling utama : bahawa perjalanan anda semua adalah masih panjang, dan perjalanan ini bukanlah untuk orang yang lemah iman dan lemah semangatnya.
13. Mungkin ada kata hari ini adalah hari gembira. Fine. Hari ini hari kita meraikan, kita bersa suka hati dan sangat gembira. Kenapa saya perlu sebut perkara yang berada di hadapan? Kerana saya tidak mahu hari kegembiraan pada hari ini apabila bergerak ke hadapan, kita tidak bergerak ke belakanglah. Dalam ‘The History of Time’ dalam masa ini. Perjalanan waktu ia tidak ada undur ke belakang macam filem ‘Back to the Future’ dia mesti ke depan. Nak bergerak ke depan kita tak boleh bergerak begitu saja. Mesti kita atur segala gerak kerja, strategi supaya perjalanan ke depan itu adalah perjalanan y ang boleh kita hadapi dan kita boleh hadapnya dengan mencapai kecemerlangan, sama seperti tuan-tuan anak-anak sekalian hadap pada hari ini. Perjalanan di hadapan ini adalah merupakan suatu survival dan it's not just the survival of the fittest yang selalu disebut oleh orang. Term survival of the fittest ini ialah pandangan daripada Charles Darwin. Pada saya this is not about survival of the fittest. Kepada anak-anak, it is not about the survival built of yourself, bukan mengenai tubuh badan kita, siapa yang paling kuat untuk berdepan dengan cabaran ini. Yang paling penting ialah the fitness of mind and soul. Dalam kita merangka segala gerak kerja untuk bergerak ke hadapan. 4-5 tahun nanti, para anak-anak akan berada di alam yang baru, alam university.
14. Ingatlah bahawa di luar sana ini, dunia ini sangat ganas. Dia tak tunggu kita. Ianya adalah umpama lautan ombak di di musim yang bergelora, di sana selain daripada ombak yang kuat dan ganas ada bahaya pula, pelbagai jenis ikan, ada obor yang menanti, ada ribut mendatang. Kalau tak ada ombak dan rebut, tetapi perahu kita pula dalam perjalanan itu berlubang dan dimasuki air pun sama juga, ada masalah yang perlu kita tangani.
15. Sepanjang
perjalanan ini pula, cuaca tidak senantiasa cerah, kita nak buat A, tak
semestinya jadi A, dia jadi A1, dia jadi B, dia jadi C. Bukan kehendak kita,
kita hanya merangka, merancang, melaksanakan tetapi ketentuannya tidak begitu,
langit tidak selalu cerah dan tidak menyebelahi kita setiap masa. Cabaran akan
terus menekan semua dan perjalanan pembelajaran saudara-saudara, saudari
anak-anak sekalian, bukanlah mengenai berapa banyak tekanan yang kita alami
bukanlah mengenai berapa kuatnya ujian yang terpaksa kita rempuhi ataupun
berapa banyak air mata kita keluar atau berapa banyak duit yang dibelanjakan
ataupun betapa payahnya jalan di depan tetapi ianya adalah mengenai siapa di
kalangan kita yang mampu kekal bangun dan berdiri setelah berdepan dengan pelbagai
cabaran yang mendatang. Cabaran
mendatang kiri, kanan, atas, bawah berbagai cara. At the end of the day, apa
yang dikira ialah boleh atau tidak, kita sustain dengan segala cabaran yang
datang ini. If we still can stand up and walk through all the problem that we
are facing, saya percaya inilah antara resepi kejayaan kepada semua anak-anak
yang menempuh alam baru di universiti nanti atau sedang sekarang ini. Mereka
yang berjaya pada hari ini dan esok adalah mereka yang meneruskan perjalanan
masing-masing dengan dengan penuh keyakinan. You believe in yourself.
Percayakan diri sendiri. Jadilah seperti air yang mengalir di satu terusan.
Orang block air itu, letakkan embarkment, tanah takmo bagi air mengalir. Air ni tetap mengalir
juga dia gi ikut tepi, letak tepi sekat tepi, dia pergi ikut tepi lagi,
macam-macam dia tak last-last tak dia pergi pun dia akan berkumpul banyak dan
dia akan boleh berubah juga. Itulah
nature of yourself, para pengajar, para anak-anak yang cemerlang yang
sepatutnya.
16. Sungguh ramai
orang di luar sana yang berjaya dalam sebahagian perjalanan tetapi tidak ramai
orang yang berjaya saya sampai di keseluruhan perjalanan dan sudah tentunya
sedikit orang yang sampai pula ke destinasi yang dicita-citakan.
17. Dalam perjalanan ini kita akan bertemu dengan berbagai jenis manusia atau pelajar. Saya rasa semua kita sedia maklum ada di antara kita yang early groomers. In fact, mungkin pada hari ini pun, pelajar yang cemerlang mungkin masa zaman sekolah rendah biasa-biasa saja, sekolah menengah baru nampak. That's what we called early bloomers. Ada yang late bloomers iaitu yang cemerlang dekat sekolah rendah, sekolah menengah pun cemerlang, alhamdulillah late bloomers. Sekolah rendah tak ke mana, sekolah menengah pun tak ke mana, di universiti dia boleh cemerlang, yang itu kita boleh katakan late bloomers. Macam-macam kategori manusia. Ada yang cemerlang di sekolah tapi bila pergi universiti kerana berdepan dengan cabaran yang lain, kita tak dapat menghadapi. Ini lepas ni saya akan sebut beberapa perkara bagi ingatan kepada anak-anak yang belajar di universiti.
18. Ada yang
daripada sekolah rendah, sekolah menengah, masuk universiti tak cemerlang tapi
bila dia pergi post-graduate dia buat Masters, dia buat PhD, they learn from
their past and their mistakes. Dia belajar daripada kelemahan, kekurangan, apa
jua perkara yang ada di belakang jadikan sebagai sempadan, jadikan sebagai
motivasi untuk ke depan, dia boleh berjaya. Kalau siapa yang tengok ‘The
teaching of mathematics oleh salah seorang yang paling hebat dalam matematik
yang ada atas dunia sekarang ini ialah satu young professor, kalau tak silap
saya di California Institute of Technology ataupun di Universiti LA ….tak ingat saya, he is a Chinese, the youngest
professor. Profesor Tau asal daripada Australia. Masa di Australia, masa
bersekolah high school, dia fail subjek-subjek yang lain, Matematics se je dia
boleh success. Tapi oleh kerana he believe in herself, keluarga dia, dia
percaya pada diri dia, dia fokus kepada matematik saja sehingga menjadi one of
the top five. Salah seorang di antara top five mathematician yang ada atas
dunia pada waktu ini, Profesor Tau.
19. Apabila saya
katakan bahawa your survival is not about the survival of the fittest. Saya
buat contoh, saya pernah bertemu dengan seorang komando, yang ini cerita lain
tapi maksudnya sama. Seorang komando yang tamat pemilihan dan latihan.
Bayangkan 100 orang, daripada 100 orang berapa sangat yang lepas ujian jadi
komando. (20:02) Saya tengok kepada kawan ni komando. Bila sebut pemandu dalam
kepala masing-masing, dia ingat (20:13) badan sasa…. Orang Terengganu kata kattang. Saya jumpa
dengan mamat ni, seorang komando yang baru terpilih lepas ujian, kurus. Kurus
je orangnya. Saya rasa ramai-ramai ni, tak dop kurus macam dia. Saya pun
confuse dia lepas. Saya tanya dia. Dia kata bermula dengan masuk ujian, dia tengok di kalangan 100 orang yang ada tu,
kecuk perut tengok orang lain badan sado-sado belaka, dia seorang saja yang
takde muscle macam orang lain. Tapi akhirnya terpilih, kerana apa? Ianya bukan
mengenai kekuatan fizikal semata-mata, tetapi minda tetapi mental yang kuat.
Sama dengan anak-anak yang belajar di universiti. Mungkin kita rasa kita mampu
berdepan dengan cabaran tetapi akhirnya kekuatan mental perlu kuat, barulah
kita boleh berdepan dengan apa jua cabaran yang mendatang.
20. Dalam masa yang
sama, ini tadi mesej kepada anak-anak sekalian. Ada juga mesej kepada
rakan-rakan yang lain yang tak dapat bersama dengan saudara saudari pada hari
ini. Termasuklah juga kepada mereka yang tak berjaya mendapat apa-apa A pun
dalam SPM, STPM dan STAM. Tentulah ramai. Episod tidak berjaya, ini mesej
kepada mereka di luar sana. Episod tidak berjaya untuk mendapat apa-apa A
ataupun apa yang yang diimpikan, apa yang tak dapat target sekalipun, ianya
bukan suatu pengakhiran dalam perjalanan.
21. Sekiranya kita
terjatuh dan tercedera, jangan sekali-kali terdetik jika kita gagal di
mana-mana langkah kita, tak kiralah zaman sekolah rendah, menengah ataupun di
universiti sekalipun, jangan sesekali terdetik bahawa ini adalah pengakhiran
sebuah perjalanan. This is the end of me. No. No way. Jangan terdetik
sedemikian dan sekali-kali tidak pantas untuk kita tewas mengundur dalam
perjalanan. Bangkit kembali, kuatkan semangat dan terus berjuang sehingga
mencapai cita-cita masing-masing.
Hadirin dan hadirat sekalian, anak-anak
semua.
22. Kepada yang
akan meneruskan perjuangan di sesi pengajian tinggi sama ada yang berada dalam
dewan ini atau tidak, saya ingin meringkaskan cabaran yang perlu diambil di
alam pengajian tinggi. Sekurang-kurangnya dari kaca mata saya sebagai mantan
pensyarah university, walaupun cerita tu cerita lama dah tapi tak apa.
23. Antara faktor
yang mempengaruhi prestasi di university;
(1) Tabiat belajar dan strategi (Study
habits and strategies)
Setiap subjek yang diambil untuk melengkapkan pengajian, kerja kursusnya,
sama ada tutorial atau assignment adalah lebih mencabar daripada apa yang kita
hadap di sekolah. Tak kiralah sekolah mana, akan lebih mencabar dan memerlukan
cara pelajar yang lebih efektif (study smart) seperti pengurusan masa yang
lebih baik, kaedah mengambil nota kuliah, disiplin belajar yang lebih tersusun.
Di sana ada masa buat assignment yang kita pensyarah kita selalu bagi
assignment ke anak-anak murid kita dan menjadi tanggungjawab para
mahasiswa-mahasiswi sekalian ada masa mencari bahan untuk buat assignment,
perbincangan kumpulan kecil, kalau tak boleh faham dengan seorang, kena
kumpulan kecil dan ada ketika and this is very important, ada ketikanya para
anak-anak jika berdepan dengan apa jua kecelaruan pertimbangan ataupun
ketidakfahaman dalam pembelajaran, jangan malu untuk bertemu dengan pensyarah
untuk mendapatkan panduan dan penjelasan. Walaupun tak ada orang panggil
pensyarah dia mama ke ibu ke, macam di sekolah lagilah. But they are still
human, tanggungjawab masih lagi mendidik. Jumpa dengan pensyarah walaupun
soalan itu mungkin soalan yang agak mudah tak apa, termasuklah cara untuk
menyiapkan assignment. The way forward for your writing for example,
contohnya. Jumpa pensyarah kalau tak
faham, jangan malu-malu. Dan semasa belajar universiti jugalah, perlu masa
untuk membaca bacaan santai yang perlu diamalkan untuk menarik minat positif
terhadap subjek. Subjek ni subjek baru, subjek yang tak pernah saudara saudari
jumpa di alam persekolahan. Dan dari masa ke semasa, oleh kerana sistem
pembelajaran di universiti, dia akan melakukan penambahbaikan. The main
syllabus is still there, tetapi dari segi bahan-bahannya akan berlaku
penambahbaikan. Kalau orang dalam bidang Sains dan Teknologi, dia akan ada
advancement of secience and technology is running so fast, maka berlaku
benda-benda baru sokmo. Jadi, inilah sebagai pelajar juga harus top up dengan
latest development.
(2) Suasana pembelajaran yang berbeza
tentang sekolah dan university, the learning environment.
Belajar di sekolah, kita ada berapa orang di sekolah? 30 orang. 25 orang. Nasib
baik sini. Kalau di Selangor, tuan-tuan yang ada anak-anak sekolah di Selangor
dia tahulah sampai 40 orang satu kelas, di sebelah Pantai Barat. Di universiti
ada dalam kuliah yang kecil, quite extended lecture hall, 50 orang dan ada yang
big lecture hall, 500 orang. Tentulah bila ramai ini lain dengan bila sedikit
macam di sekolah. Dan kadangkala gaya pengajaran pensyarah yang berbeza-beza
ini memberi cabaran kepada semua. Sama jugalah suasana pembelajaran ini,
memerlukan setiap antara mahasiswa mahasisiwi masing-masing ini, membuat
pertimbangan tentang law,
time schedule (27:45) assignment. Saya sebagai pensyarah dulu,
saya selalu jumpa dengan pelajar-pelajar, last minute baru mari jumpa pensyarah
tak boleh nak buat. Last minute, kalau kata kul 10 pagi kena submit assignment,
9.50 tu brpusu-pusu lagi submit assignment. Ini perlu dibuat pertimbangan, you
will have lots of assignment along the way. Kena buat pertimbangan mana dulu
yang perlu disubmit, mana yang mempunyai weightage yang besar. Ada assignment weightage
yang tak besar, maka fokus kita kurangkan sikit, and let’s focus on the
assignment yang ada weightage yang lebih besar. Semua buat belaka, jangan tak
buat.
(3) Tahap cabaran kursus dan subjek
serta bebanan kerja yang datang bertimbun-timbun.
You are going to face it whether you like it or not, masing-masing akan
berdepan dengan kerja, assignment yang bertimbun-timbun. And this is where you
have to manage your time and strategy. Jangan sampai last minute. Saya rasa
kalau saya sebut, saya bagitahu pada anak-anak bahawa kepentingan jangan last
minute, semua orang akan setuju, takde orang tak setuju dengan last minute. The
only problem now is how to execute. Yang inilah yang memerlukan kepercayaan
kepada diri sendiri, ketahanan mental to execute things yang ada di hadapan.
Ada juga kadangkala dalam cabaran subjek ini kita perlu dengar senior-senior,
they are vary in ‘positive and negative’. Kalau jumpa dengan senior tentulah
tanya senior macam mana subjek ini, cara belajar macam mana. Senior akan bagi
pandangan. Ada pandangan yang bagus yang boleh kita ikut, ada juga pandangan
yang kadangkala menyusahkan. Contoh saya ingat lagi, masa zaman saya mengajar dulu, and one the
most the two subject yang popular yang saya mengajar itu ialah Thermodynamics, and
Fluid Mechanics. Subjek
yang berbeza, satu Thermodynamics, satu Fluid Mechanics.
(30:18) Kalau tanya dengan senior dulu-dulu, bila jumpa dengan senior ambil
kursus apa? Dia kata ada satu subjek Thermodynamics. Senior mesti akan kata, itu
killer subject. Macam zaman leninglah, macam Addmath, Addmath killer subject.
Kita masuk dalam 5%, 10% dalam kepala, ‘Susah! Susah! Susah!’, susah
sungguhlah. Be it Thermodynamics ataupun Fluid Mechanics atau ada satu saya mengajar
lagi advanced Neurothermodynamics.
Semua orang kata killer subjects. Sebenarnya, its here (Tunjuk kepala). Killer
or not killer, its here. You put yourself that is a killer subject, yang 10%,
20% dan downgrade your ability. Dengar, boleh. Daripada senior yang kata killer
subject, but you have to believe in yourself, baru boleh hadap semua ini.
(4) Motivasi dan faktor
dorongan diri.
Sebagaian pelajar mempunyai motivasi yang tinggi terutama yang
belajar dalam bidang yang diminati, dan di sini jugalah peranan ibu – bapa dan
guru-guru. Saya ada satu pengalaman bertemu dengan seseorang bila saya pergi ke
satu kedai makan di KL, quite a good restaurant. Lepas tu, yang mari serve saya
itu kebetulan dia tengok saya dia kenal, dia datang sendiri, the manager of the
restaurant. Dia mari bagi kad. Dia bagi kad kepada saya, dan dia tunjuk. Saya
baca kad dia tu, nama dia dan baisa sekarang ada orang letak degree kat
belakang kan? Dia tulis MD – Mediacal Degree. So, if you want to be a doctor, either you have MD or MBBS. Saya tanya eh, Dr
bertugas kat mana? He’s quite diam. Dia
kata, saya tak jadi doktor. Ni yang belajar doktor? Ooh, lets me explain,
katanya. Saya buat degree perubatan sebab mak saya suruh saya jadi doktor. Saya
dapatlah jadi doktor tetapi sebenarnya saya tak nak jadi doktor pun. Dan 32:56 but good restaurant la, bukan
restaurant tepi jalan. Dan inilah kadangkala dilema kita sama ada anak-anak
pelajar ataupun mak ayah. Kadang kala terpaksa atau penekanan yang quite
stressful for them. Nak suruh jadi ini, jadi ini, sedangkan mereka tak
berminat. Jadi, this kind of things yang kita kena balance. Memang susah pada
zaman sekarang ini berbanding pada zaman dulu-dulu. Dulu ikut je, tak kisah,
tapi this quite sensitive dalam waktu sekarang ini.
(5) Faktor sosial dan peribadi berdepan dengan cabaran bukan akademik.
Kehidupan di universiti dan sekolah tentulah berbeza. Cabaran bukan akademik yang tak dapat tidak kena hadap, sama ada parent ataupun anak-anak, ada pelbagai – pergaulan di universiti sama ada di kolej, di asrama ataupun di bilik kuliah. Perasaan anak-anak ini, bila umur dah 21, 22, 23, 24, nak habis dah, next year nak habis, masing-masing pasang angan-angan lake dah, minat orang tu, minat orang ni, hati dan perasaan. How to deal with that? Especially parents and anak-anak. Ada yang frust, bila tak kena cara, frust menonggeng itulah yang menyebabkan demotivated. Motivasi yang begitu pantas bergerak ke hadapan, bila terkacau dengan benda-benda yang meruntun perasaan, (35:04)............. boleh mengganggu anak-anak kita untuk bergerak ke hadapan. So, how to deal with it. Setiap keluarga tak sama, dan setiap orang tidak sama. Saya serahkan kepada ibu bapa bagaimana untuk menguruskan hal ini anak-anak masing-masing. Selain dari akademik yang berkait dengan kursus masing-masing, yang quite straight forward subjek masing-masing, pembinaan soft skills dan kemahiran berkomunikasi serta berorganisasi juga amat penting kepada anak-anak kita. Terlibatlah dalam persatuan atau kelab yang diminati, seperti kelab sukan – anak-anak negeri dan sebagainya. Dan di sinilah, Yayasan Terengganu telah melantik bapa – bapa angkat, ibu dan bapa angkat sebagai penasihat atau rakan untuk membantu para mahasiswa/i di setiap Universiti dalam negara kita, dan di luar negara.
Hadirin dan hadirat sekelian,
24. My final point, sebenarnya, ada satu lagi aspek yang membimbangkan saya.
Hal ini bukanlah spesifik kepada mahasiswa/I di alam pengajian sahaja, tetapi mengenai generasi anak-anak di hadapan kita dan generasi mereka yang akan masuk ke alam pekerjaan
setelah tamat pengajian. Dan mungkin kita berjumpa anak-anak pelajar pada hari
ini, next tak tahu lagi kita akan jumpa. Mungkin para ibu bapa, seperti saya
daripada generasi X (GenX) iaitu yang lahir di antara 1965 sehingga 1980, so we
are that X. Kita akan berdepan dengan GenZ yang lahir 1997 hingga 2010 atau
geng Alpha yang lahir 2010 hingga 2024. Apa masalah dia? Cabaran kita yang
disebut oleh Syarikat Multinasional dan antarabangsa bila mereka bertemu dengan
saya dalam kunjungan hormat dan perbincangan santai, termasuk ada
kedutaan-kedutaan daripada luar negara apabila bertemu dengan saya, this is the
very question they will asked tentang generasi GenZ, Gen Alpha dan Gen Beta.
Bagaimana keadaan mereka? yang saya gelarkan keadaan ini sebagai kita
berdepan dengan krisis ketahanan mental yang semakin pudar, atas
pelbagai perkara.
25. Maka lahirlah generasi yang mudah koyak perasaannya, senang terguris, dan tentunya memberi kesan yang tidak kurang hebatnya kepada negeri dan negara kita. Ada syarikat multinasional yang jumpa saya bagitahu dan this is not just about Malaysia, daripada Korea, Jepun pun sama juga. Dia kata pekerja-pekerja baru, bila marah sikit je, merajuk. This is not about yang pelajar sini tetapi this is something yang kita kena fikir, semua akan masuk alam pekerjaan. Bila marah sikit, merajuk nak berhenti kerja. Hantar whatsapp nak healing dulu hari ni. And this is not just syarikat biasa, syarikat multinasional. Syarikat yang berbilion pun sama juga. Even they are engineers pun sama juga. Accountant pun sama juga. Termasuklah daripada Korea, daripada Jepun. Mereka kata generasi baru yang bekerja di syarikat mereka, ini antara masalah yang melanda mereka. Tak tahan, kena marah sikit, merajuk.
26. Apa...(39:05) Saya rasa bukan medan saya hari ini untuk bercakap perkara ini pada ini, mungkin lain kali ada kesempatan insya-Allah. Ini sekarang untuk sama-sama kita fikir bahawa masing-masing ada tugas dan tanggungjawab untuk memberi ketahanan mental dan ketahanan diri kepada anak masing-masing, sama juga dengan saya. Insya-Allah.
27. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah atas kejayaan yang begitu membanggakan.
28. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Yayasan Terengganu, para ibu – bapa angkat yang dilantik, dan semua pihak atas segala usaha, kesungguhan dan dedikasi yang telah ditunjukkan dalam menjayakan Majlis Penganugerahan Hadiah Kecemerlangan Pelajar pada hari ini.
29. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu Kali ke-44, Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM & STAM Dan Anugerah Sarjana Tahun 2025.
Sekian, Assalamualaikum wrt brk
0 Comments