[Salutasi]
1. Alhamdulillah pada hari ini kita
berada dalam Majlis Perasmian Hari Terbuka UC TATI di samping kita menyaksikan
pelancaran Biasiswa Terengganu Sejahtera dan Maskot UC TATI yang comel itu.
Cuma ada orang tanya pula, “Maskot itu lelaki ke puang? Jantan ke tina? Jadi
waktu itu tak tahulah nak jawab lagu mana itu.
2.
Terima kasih kepada UC Tati atas jemputan pada hari ini. Dan sekali lagi
saya ucapkan taniah kepada Prof Rektor bersama dengan seluruh warga UC Tati.
Nak jadi pada hari ini ni, bukan satu perkara yang mudah, memerlukan persiapan,
terpaksa berfikir dan melaksanakan sehingga kita mampu untuk berada dalam
majlis pada hari ini.
3. Saya juga mengambil kesempatan pada
pagi ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada khidmat
mantan Rektor, Prof. Dr. Anwar Ahmad. Walaupun dia tak dapat bersama
dengan kita pada hari ini, di atas khidmat beliau sepanjang mengemudi UC TATI
selama beberapa tahun.
Para hadirin dan hadirat sekalian,
4. Maskot UC TATI yang sama-sama kita saksikan montaj sebentar tadi adalah rangkuman semangat juang. Walaupun nampak comel tapi dia ada semangat juangnya. Nilai-nilai keunggulan akademik, inovasi -ini yang dikatakan sebagai robotik tadi itu, komitmen sosial yang menjadi teras UC TATI. Kita sama-sama sedia maklum bahawa dalam negara kita ini ada pelbagai kategori institusi pengajian tinggi. Macam-macam, sama juga macam negara-negara di luar termasuk negara-negara maju.
5. Ada research university, universiti yang fokusnya adalah untuk menjalankan penyelidikan. Ada universiti awam lain yang bukan research university dan ada universiti college dan ada universiti yang fokus kepada teknikal sebagaimana Universiti TATI pada hari ini. Semua universiti ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang berbeza-beza dan ada yang lebih kurang sama. Cabaran yang besar bagi setiap institusi pengajian tinggi ini ialah bagaimana untuk melahirkan graduan mahasiswa dan mahasiswi yang pada saya yang paling besar cabarannya ialah melahirkan mereka yang mampu untuk menjadi seorang yang graduan yang independent, berjiwa kental, bersemangat juang yang tinggi dan mempunyai kreativiti yang unggul. Kerana di mana-mana universiti sekalipun, hatta universiti yang bertaraf dunia sekalipun, semua boleh diajar di universiti. Setiap beberapa tahun, setiap institusi pengajian tinggi dan kursus-kursus yang ditawarkan universiti termasuklah kolej universiti akan ada curriculum review, untuk menilai kurikulum dan tambah mana yang patut, kurang mana yang patut. Proses pembelajaran di universiti adalah selama itu saja. Ada 4 tahun, ada 5 tahun, ada 3 tahun, kalau medical pula sampai 6 tahun.
6. Tetapi sebagian besar kehidupan kita, terutama kepada para-para pelajar yang ada di atas sana, sebagian besar daripada kehidupan saudara-saudara dan saudari-saudari adalah di luar daripada universiti. Selepas tamat universiti, itulah medan di luar yang penuh dengan ombak dan ribut dan pelbagai cabaran. Melahirkan mereka yang mampu untuk berdepan dengan cabaran inilah yang menjadi cabaran terbesar kita di universiti.
7. Kita boleh ada kursus yang up to date dengan market, yang akhirnya bila mereka tamat belajar, merekalah yang kena hadap sendiri suasana di luar dengan syarikat, dengan konglomerat, dengan mana-mana institusi ataupun mana-mana syarikat di luar. Bila saya berhubung dengan beberapa syarikat multinasional termasuklah daripada luar negara, mereka selalu sebut bahawa generasi yang bekerja pada waktu ini dengan mereka tidak sama dengan generasi 20 tahun, 30 tahun yang lalu.
8.
Generasi yang lalu, kalau kena marah sikit di tempat kerja itu boleh
tahan. Generasi yang ada yang baru ini, bukan saya kata kepada graduan ataupun
mahasiswa-mahasiswa yang ada di atas ataupun kepada anak-anak sekolah kita.
Tapi inilah yang sedang berlaku. Mereka kata, yang bekerja generasi
baru sekarang ini tidak ada ketahanan. Kena marah sikit nak ambil masa untuk
heal pula, nak healing. Pasal apa tak mari besok? Nak healing sebab kelmarin
kena marah ke bos. Teruk lagi berhenti kerja, cari kerja lain
sebab kena marah. Masuk kerja baru pun sama juga keadaannya. Bagaimana kita nak
berdepan dengan keadaan ini? Ia bukan easy fix solution masa di universiti, ia
boleh selesai. Tidak, daripada zaman sekolah lagi dah kena
ada ditanam sifat-sifat ketahanan yang tinggi kepada generasi ini.
9. Kalau tidak apa dia akan berlaku?
Kalau tidak generasi yang akan datang yang ada dalam negara kita ini, negara
lain itu terpulang daripada merekalah. Kepada negara kita, kita tidak akan ada
generasi yang kuat yang mampu berdepan dengan pelbagai cabaran. Cabaran
yang ada dalam negara kita ini pelbagai-bagai. Oleh kerana suasana dunia tanpa
sempadan yang ada pada hari ini, the global market dan macam-macam ini yang
memerlukan ketahanan yang luar biasa tambah lagi dengan ada AI. Lama-lama orang
dah fikir, nak employ orang atau nak guna AI?. Inilah cabaran. Sebab pada saya
marilah AI setinggi mana pun, the intelligence of AI di masa hadapan, ianya
tidak mampu untuk menukar fungsi manusia. Kerana yang bertugas, bertanggungjawab
menjadi khilafah atas dunia ini sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran
Al-Karim adalah manusia. Bukan Allah Ta'ala tak sebut, the brain of
human ataupun kecerdikan manusia. Tetapi adalah manusia, tubuh badan yang ada
manusia yang ada fizikal. AI tak ada fizikal.
10. Tidak dapat tidak, manusialah yang kena kontrol AI. Jangan sampai AI itu kontrol manusia. Dan this is the balance of thing yang perlu ada di kalangan kita yang berada di universiti dan berada di luar. Kalau AI, Artificial Intelligence itu mengawal kita ataupun sampai peringkat kita bergatur hidup dengan AI. Tak ada AI, kita tak boleh hidup. Mungkin bukan sekarang, mungkin beberapa tahun yang akan datang. Saya rasa ianya akan sampai kepada the force of human civilization. Peradaban manusia itu akan terganggu. This is quite philosophical. Tapi inilah cabaran supaya saya nak bagitahu, AI is AI. Okay fine, fair enough. Kita akan pergi setakat mana yang kita boleh. Tapi kena pastikan bahawa yang kontrolnya ialah kita sebagai manusia. Buatlah macam mana sekalipun, we are the one who handle AI.
11. Sama macam saya selalu sebut bila bertemu dengan para mahasiswa mahasiswi yang selalu komplain tentang stress level di universiti ini- tinggi. Bila nak hadap exam, lagi koho tinggi stressnya. Saya kata, kita tak boleh lari daripada stress. Manusia yang tak ada stress, manusia yang duduk Tanjung Rambutan. Tak tahulah Tanjung Rambutan ada atau tidak lagi lening . Tapi duduk Tanjung Rambutan, he couldn't care about stress. So, apa perlu buat kalau stress itu ada? Biar kita yang kawal stress, bukan stress yang kawal kita. And same goes to Artificial InteIligance, biar kita manusia yang kawal Artificial InteIligance, bukan that Artificial InteIligance yang mengawal kita. Ini kepada para mahasiswa mahasiswi yang berada di atas dan mereka yang berada di alam persekolahan.
12. Hari ini juga kita lancarkan Biasiswa Terengganu Sejahtera sebagai satu langkah kerajaan dalam keadaan keterbatasan kita untuk memastikan tidak ada anak Terengganu yang ada potensinya tetapi terhalang akibat daripada masalah kewangan. Insya-Allah, setakat mana kita boleh, kita bagi dulu. Dan sekiranya ada rezeki lagi, insyaAllah kita akan tambah dan kita akan juga minta kepada GLC-GLC kita untuk turut membantu dari segi kewangan kepada anak-anak yang tidak mampu ini.
13. Dan semua kita tahu
bahasiswa ini bukan sekadar bantuan kewangan per say. Tapi ianya adalah
merupakan satu pelaburan strategik dalam pembangunan modal insan untuk Negeri Tengganu.
Dengan memberikan peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang dari keluarga yang
kurang mampu untuk menimba ilmu, kita akan mempersiapkan generasi pemimpin masa
depan yang akan memacu pembangunan ekonomi, sosial dan intelektual negeri kita
dan seterusnya untuk negara kita.
14. Pada hari ini juga kita akan
menyaksikan enam Memorandum Persefahaman atau MOU dan dua MOA antara Universiti
Tati dan rakan-rakan strategik. Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
strategik yang memberi kepercayaan kepada Universiti Tati. Insya-Allah,
sama-sama kita mendapat the mutual benefit of MOA or MOU dan insya Allah kita
akan explore lagi lah mana-mana ruang yang boleh memberikan kebaikan kepada
rakan strategik dan juga kepada Universiti Tati terutama kepada para
pelajar-pelajar di Universiti Tati.
Hadirin dan hadirat sekalian,
15. Akhir kata dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim. Saya dengan sukacitanya merasmikan hari terbuka
Universiti TATI pada hari ini. Moga-moga mendapat keberkatan dari
sisi Allah SWT. Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
0 Comments