Teks Ucapan MB Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Majlis Perasmian Karnival Minggu Sains Negara 2025 Zon Timur



1. Alhamdulillah pada pagi yang berbahagia ini kita dapat sama-sama berada dalam majlis perasmian Karnival Minggu Sains Negara 2025 Zon Timur yang dibawakan khusus oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Saya mengambil kesempatan pada pagi ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sahabat saya di Dewan Rakyat, Yang Berhormat Yang Berhormat Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kerana dapat datang ke Negeri Terengganu bagi sama-sama melaksanakan Karnival Minggu Sains Negara 2025 bagi zon timur.

2. Terima kasih juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, semua agensi di bawah MOSTI dan agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini. 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

3. Kesedaran dan pengetahuan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) bukan sahaja menjadi pemacu kemajuan negara malah menjadi asas utama dalam pembentukan masyarakat yang berdaya tahan dan berdaya cipta.

4. Kerajaan Negeri Terengganu menyambut baik inisiatif program Minggu Sains Negara oleh MOSTI sebagai salah satu inisiatif di dalam Payung Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI. Terima kasih kerana memilih Terengganu sebagai tuan rumah bagi lokasi Karnival Minggu Sains Negara 2025 bagi zon timur.

5. Komitmen kita di Terengganu adalah jelas bahawa program yang kita laksanakan di Terengganu berkait dengan pembudayaan kefahaman terhadap sains ini antaranya adalah kita melaksanakan di bawah Kerajaan Negeri yang kita sebut sebagai Rehlah sains yang merupakan kerjasama antara Pusat Sains Negara Yayasan Terengganu dan institusi tahfiz di Negeri Terengganu seperti Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu dan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman yang telah berjaya dianjurkan pada tahun 2024 yang lalu dengan penglibatan lebih daripada 1700 orang pelajar. 

6. Ini adalah salah satu usaha kami di Terengganu yang bertujuan untuk mendekatkan semua pelajar termasuk pelajar daripada sekolah agama dan tahfiz dengan STEM secara khususnya yang menjadi asas kepada sains, teknologi dan inovasi sekaligus membawa pengaturan sains, teknologi ataupun dan kejuteraan dan matematik ke dalam masyarakat.

7. Saya dengan sains dan teknologi ni saya sangat obses sekali masa saya Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Pusat Jertih, Besut. Darjah 1. Biasa Darjah 1 daripada zaman tu cikgu tanya cita-cita nak jadi apa? Jadi, saya jawab pada waktu itu cita-cita nak jadi jurutera (engineer). Saya tak tahu saya faham ke tidak jurutera pada darjah 1 sebab sebab darjah satu pada zaman itu mungkin yang sezaman dengan saya boleh betulkan, zaman itu kita masuk darjah 1 baru belajar membaca dan menulis.

8. Bukan macam zaman sekarang ni. Sekarang ni semua pergi masuk pre-school dulu masuk darjah 1 semua dah pandai baca. Saya dulu masuk darjah 1 baru belajar membaca sebab tak pergi tadika. Tadika di pada waktu itu very rare. Tak tahu takut Yang Berhormat masuk tadika tapi saya tak masuk tadika. Tak ada zaman tu.

9. Bila dia tanya, saya kata nak jadi engineer. Alhamdulillah. Finally, jadi engineer lah. Dan saya ingat lagi masa saya darjah 3 bila dah pandai membaca dan sebagainya, arwah ayah saya menghadiahkan buku Children's Sains Ensyclopedia yang ada 16 jilid. Dan sejak daripada darjah 3, saya balik sekolah petang. Saya bila petang, saya akan duduk, saya akan baca buku itu page to page. Jarang orang baca ensiklopedia page to page ni. Dan saya ingat lagi masa darjah 5 bermula darjah 5 ni cerita ni untuk anak-anak sekolah yang adalah pada waktu tu. Tak ada TikTok handphone, handphone tak ada. Jadi, tak ada benda lain yang boleh nak buat main. Dan saya ingat lagi masa bermula darjah 5, curiosity terhadap sains dan teknologi ni menyebabkan saya ambil radio-radio lama kat rumah tu yang rosak, saya akan buka dan tengok apa yang kat apa kat dalam. Dan one of the thing yang saya ingat lagi saya buka lampu Kalimantan. Sekarang ni kat rumah-rumah mungkin ada lagilah lampu Kalimantan. Tapi lampu Kalimantan, the fluorescent lamp yang ada sekarang ni komponennya tak sama macam 30-40 tahun dulu. Sekarang ni banyak LED. Pada zaman tu, lampu the fluorescent lamp ni dia ada starter dan ada balas. Jadi, saya ingat lagi saya akan buka fluorescent lamp ini. Saya akan ambil balance. Saya akan buka balance itu. Saya akan leraikan satu-satu. ambil magnet dalam balas tu dan daripada magnet tulah buat bermacam-macam sains exploration. Itu saya cerita darjah 5. Selain daripada pergi main di tali parit, tali air di sungai tu macam biasalah anak-anak yang lain. Tapi, my curiosity to sains bermula sangat awal begitu dan alhamdulillah finally dapat apa yang kita naklah dalam sains and teknologi.

10. Secara umumnya ini adalah antara usaha bersama Kerajaan Negeri dengan MOSTI untuk mengubah persepsi bahawa sains, teknologi dan inovasi ini adalah sukar difahami dan eksklusif kepada golongan tertentu sahaja. Kita perlu satu naratif baru untuk memberi kefahaman bahawa sains dan teknologi ini adalah satu benda yang tidak susah. Walaupun ada term disebut bila nak menggambarkan satu perkara yang susah tu orang akan kata this is rocket sign. This is not rocket sign. Pada saya yang dalam bidang rocket sains ini, saya kata it's not that difficult.

11. Bukan susah sangat pun, memerlukan komitmen dan kesungguhan. Dan saya percaya anak-anak yang berada di bangku sekolah ini mempunyai kesungguhan komitmen masing-masing untuk terus belajar dalam bidang yang berkenaan. Bidang STI ini amat diperlukan bagi membolehkan semua baharu diteroka dan untuk negara dan khususnya untuk Negeri Terengganu melalui universiti-universiti di Terengganu, bakat-bakat baharu penyelidikan yang terlibat dalam membangunkan drone, pemantau penyu contohnya, teknologi penternakan ikan berasaskan IoT atau internet of things dan sistem ramalan ombak dan macam-macam perkaralah yang boleh kita buat. Dan Kerajaan Negeri sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk meneroka sains dan teknologi ini.

12. Saya percaya bahawa sains STI ini mampu memacu Terengganu menjadi negeri yang bukan sahaja maju, berkat dan sejahtera tetapi juga berinovasi, lestari dan berdaya saing. Dan di masa yang sama tentulah juga menyokong usaha yang sama di peringkat negara kita di peringkat Malaysia yang tercinta. Sekali lagi, terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang dapat bersama hari ini di Negeri Terengganu. 

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,  

13. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Karnival Minggu Sains Negara 2025 Zon Timur. Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Post a Comment

0 Comments