Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Mengadap
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Muda Terengganu,
Ampun Tuanku,
Patik dengan penuh takzim menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu berangkat ke Majlis Perasmian Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 1447 Hijriah. Sesungguhnya dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku akan menambahkan lagi seri majlis ini.
Patik bagi pihak Jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman dan semua yang hadir pada hari ini menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku berangkat bagi menyempurnakan majlis dan seterusnya mengurniakan hadiah dan anugerah kepada pemenang-pemenang dan tokoh-tokoh sempena Maal Hijrah pada tahun ini.
Sesungguhnya keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku amatlah bererti dan ini menzahirkan betapa Duli Yang Teramat Mulia Tuanku amat memberi perhatian kepada kemajuan hal ehwal Islam di Negeri Terengganu Darul Iman ini.
Ampun Tuanku,
Patik memohon limpah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku untuk patik menyampaikan ucapan kepada para hadirin sekalian.
Ampun Tuanku,
(Salutasi)
1. Alhamdulillah, kita berada dalam satu majlis bersempena Sambutan Tahun Baharu 1447 Hijrah.
2. Peristiwa hijrah Rasulullah SAW adalah satu episod yang memberi makna yang besar kepada syiar Islam khususnya dalam menghayati detik perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat R.A yang berhijrah dari Mekah ke Madinah.
3. Peristiwa hijrah mengajar kita bahawa perubahan besar tidak berlaku dengan kekuatan fizikal semata-mata, tetapi memerlukan kesabaran, strategi, kebijaksanaan dan keimanan yang mendalam. Rasulullah SAW dan para sahabat berhijrah bukan kerana kelemahan, tetapi kerana visi membina tamadun yang berasaskan tauhid dan keadilan.
4. Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan dititipkan kepada Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1447 Hijrah bersamaan 2025 Masihi, dan semua yang terlibat serta tuan-tuan dan puan-puan yang hadir menjayakan penganjuran Program Pelancaran Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini.
Ampun Tuanku,
Sekianlah sahaja persembahan ucapan patik. Patik sekali lagi menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 1447 Hijrah bersamaan 2025 Masihi pagi yang berbahagia ini.
Ampun Tuanku,
Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamulaikum Warahmatulallahi Wabarakatuh
0 Comments