Maka semua Exco, ketua jabatan, pegawai-pegawai terlibat urus tadbir should have shorter learning curve.
Selepas hampir sebulan masa pembentukan kerajaan, kita tak mempunyai masa yang panjang untuk 5 tahun akan datang yang dijangka lebih pendek dari itu.
Peranan Menteri Besar sahaja tidak cukup. Exco, TCS, ketua jabatan dan kakitangan diperlukan secara kolektif, barulah boleh mencapai objektif. Sekiranya masalah timbul di peringkat agensi atau PBT, rakyat tidak nampak masalah PBT, sebaliknya dikatakan masalah kerajaan.
Fokus sesi ini juga ialah bagaimana untuk memastikan kecekapan kelulusan projek dapat dilaksanakan dengan pantas. Sentiasalah berlapang dada, memberi jawapan yang cermat dan mempermudahkan urusan pelabur.
Cabaran yang kita hadapi juga ialah cabaran internal yang melibatkan rakyat dan pemegang taruh selain external. Jika tidak menukar mindset rakyat dan tidak menggunakan peluang, pergerakan kita akan lambat.
Semoga dengan Bengkel Hala Tuju Exco Kerajaan Negeri Terengganu kali ini, akan membina satu gerak kerja yang terbaik buat semua pasukan insya-Allah.
0 Comments