Empat Negeri PN Bersetuju Wujudkan SG4


KUALA TERENGGANU, 11 September - Empat buah negeri di bawah Perikatan Nasional bersetuju untuk mewujudkan kerjasama antara negeri dikenali sebagai 'State-Government 4' atau SG4.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerjasama yang melibatkan Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis telah dipersetujui untuk diwujudkan pada 2 September yang lalu.

"Kerjasama strategik mengikut bidang kuasa (empat) negeri ini akan memfokuskan kepada pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf (kehidupan) rakyat di negeri terbabit.

"Dengan mengenalpasti aset, kekuatan, kerjasama strategik dan sebagainya yang boleh dilaksanakan," ujarnya melalui satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Samsuri mendoakan agar agenda kebaikan rakyat di empat negeri ini dapat dijayakan dengan baik.

Post a Comment

0 Comments