Pas kaya dengan ahli ikhlas berjuang - Ahmad Samsuri


 KUALA TERENGGANU - Sokongan padu jentera dan penyokong Pas menjadi tulang belakang utama kejayaan parti itu apabila gabungan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dalam pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu.

Pengerusi PN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, asas kekuatan sesebuah parti sememangnya didorong oleh akar umbi yang kuat.

"Parti ini tidak kaya dengan wang ringgit, tapi kita kaya dengan ahli-ahlinya yang ikhlas berjuang demi matlamat yang sama.

"Jentera parti merupakan antara tulang belakang kepada calon-calon yang bertanding malah kekuatan Pas juga banyak bergantung kepada jentera-jentera yang banyak berkorban untuk menangkan parti ini," katanya yang juga Menteri Besar menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

PRN Terengganu yang berakhir pada Sabtu menyaksikan PN menang di semua kerusi ditandingi, selain turut mendapat majoriti lebih tinggi berbanding pilihan raya sebelum ini.

Keputusan itu juga menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah politik baharu, DUN Terengganu tidak mempunyai pembangkang.

Sementara itu, dalam hantaran sama, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas turut menzahirkan penghargaan kepada semua jentera dan penyokong parti.

"Ungkapan terima kasih mungkin tak mampu balas jasa dan pengorbanan setiap daripada kalian.

Post a Comment

0 Comments