PRN: PAS bukan lagi kerajaan sepenggal - Dr Ahmad Samsuri


Marang: PAS menamatkan 'badi' kerajaan sepenggal apabila terus memerintah kerajaan negeri buat kali kedua selepas memenangi semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, PAS bersama rakan gabungannya, Bersatu berjaya mengekalkan pentadbiran negeri apabila terus diberi mandat daripada pengundi.

Seperti dijangka, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepati ramalan apabila mengekalkan penguasaannya di kerusi DUN Ru Rendang buat kali kedua.

Beliau memperoleh 20,926 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman yang hanya mendapat 3,621 undi dengan majoriti 17,295 undi.

Post a Comment

0 Comments