MB Terengganu pengundi pertama di SMK Seri Nering


 BESUT: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di Pusat Pembuangan Undi (PPU) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nering di sini, jam 7.50 pagi tadi.

Ahmad Samsuri kemudian beramah mesra dengan orang ramai yang turut datang mengundi di situ sebelum menjadi pengundi pertama mengundi di saluran dua tepat jam 8 pagi.

Beliau meninggalkan PPU kira-kira jam 8.12 pagi untuk melawat pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.

 https://twitter.com/i/status/1690175626479800320 


Post a Comment

0 Comments