Ahmad Samsuri pertahan kerusi Ru Rendang

 

MARANG: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepati ramalan apabila berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang untuk penggal kedua.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS memperoleh 20,926 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman yang mendapat 3,621 undi dengan majoriti 17,295 undi.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu bertanding buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memenangi kerusi DUN Ru Rendang selepas menewaskan dua calon lain dengan majoriti 6,028 undi.

Pada PRU14, Ahmad Samsuri memenangi kerusi DUN Ru Rendang selepas memperoleh 13,851 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (7,823 undi) dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawi Sulong (729 undi).


Post a Comment

0 Comments