Dr Sam Jumpa Mantan Menteri Ekonomi Bincang Hala Tuju Pembangunan

 

KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengadakan perjumpaan dengan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato' Seri Mustapa Mohamed bagi membincangkan kesenjangan pembangunan di empat negeri 'Malay Belt' .

Menurut Ahmad Samsuri, antara perkara yang turut dibincangkan dalam satu pertemuan khas bersama dengan tokoh negara tersebut yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Pa adalah membabitkan isu-isu mikro di negeri turut fokus mengenai pembangunan aset negeri.

"Bagi meningkatkan hasil, peningkatan tahap ekonomi negeri, peningkatan pelaburan, dan bagaimana empat negeri di bawah PAS/PN dapat mengadakan kerjasama bagi menanganinya.

"Dalam kerangka kuasa Kerajaan Negeri di bawah Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan," ujarnya melalui satu kenyataan di facebook rasminya, di sini, semalam.

Mengulas lanjut katanya, pengalaman bekas Menteri kewangan Kedua pada tahun 1998 itu mahu dimanfaatkan bagi membantu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

"Pengalaman luas Tok Pa sejak sekian lama dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan pelbagai kementerian seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan, Pengajian Tinggi dan sebagainya diharap dapat membantu kami di empat negeri.

"Insya-Allah perbincangan lanjut akan diadakan sesama pimpinan negeri," ujarnya.

Untuk rekod, Mustapa berkecimpung dalam dunia politik lebih 25 tahun dan pernah menyaksikan ketika beliau menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, pelaburan asing pernah mencapai tahap memberasangkan.

Post a Comment

0 Comments