Dan saya menjangkakan bahawa dalam minggu ini dalam tempoh seminggu, tak sampai seminggu insha-Allah akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka. Hadap lagilah pula berturut-turut Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Majlis yang kita adakan pada malam ini adalah bukan sekadar suatu simbolik kita nak hadap pilihan raya maka kita buat pelancaran jentera tak semestinya.
Yang paling besar ertinya ialah majlis seperti ini adalah merupakan suatu ikrar kita bersama, suatu tekad kita bersama untuk sama-sama kita menggerakkan jentera pilihan raya. Bukan sahaja di DUN Rhu Rendang, bukan sahaja di Negeri Terengganu ini, bahkan untuk kita bergerak ke seluruh negara kita ini. Semua berada dalam keadaan mood pilihan raya walaupun belum lagi disebarkan di peringkat persekutuan kerana setiap bulan dalam tempoh sebulan dua ini kita akan menghadapi pilihan raya. kita akan turun buat kerja, berkempen, pasang poster dan sebagainya.
Dan tentulah banyak ulasan pengulas-pengulas politik yang mengulas perkembangan kempen pilihan raya, keputusan pilihan raya, hok ni ni hok nak kena hadap Negeri Sembilan ni kut mana pulak. Kak kona kut mana pilihan raya ni. Pesen mana? Pesen kerjasama ke pesen dok kerjasama ke lepas tu Melaka pula pesen mana pula?
Tentulah para penceramah dan para penganalisis politik akan memberi komen yang pelbagai-bagai. Yang inilah yang kita kena bezakan di antara kita sebagai pendokong perjuangan PAS berbanding dengan parti-parti politik pendokong parti politik yang lain yang ada puluhan parti politik dalam negara kita ini. Kut-kut mana pun kalau kita bandingkan keberadaan kita dalam PAS, intimak kita dalam Parti Islam Se-Malaysia PAS ini tidak sama dengan intimak ataupun keberadaan mereka dalam parti-parti yang lain yang wujud dalam negara kita ini.
Sebelum ini kita selalu sebut bahawa PAS mengambil jalur tarbiah, dakwah dan politik dan siasah. Yang bezanya kita dengan parti lain yang paling besar ialah ketiga-tiga aspek tarbiah, dakwah, politik ini dan siasah tidak terpisah. Parti lain masuk pilihan raya cerita politik semata-mata. Kita buat kerja pilihan raya sebelum pilihan raya, sebelum undi, selepas undi, keputusan, semua adalah berupa tarbiah kepada kita semua.
Semua berupa dakwah kepada kita semua pendukong parti. Sebab itulah sama ada kita masuk atau tidak masuk dalam pilihan raya di peringkat Dewan Undangan Negeri yang akan kita lihat selepas pada ini di Negeri Sembilan, di Melaka dan baru kita tengok saja kita tengok di Johor semuanya ada maksud tarbiah dan maksud dakwah yang beza dengan parti politik lain.
Kalau parti politik lain dia rasa dia kuat, dia akan bertanding kesemuanya tanpa mengambil kira apa-apa kesan terhadap kemasukan mereka dalam pilihan raya, politik pilihan raya. Inilah antara pertimbangan yang besar yang kita buat kerana kita ada focus. Bagi PAS, kita ada fokus. Kita ada tugas dan tanggungjawab kita sebagai sebuah parti Islam sama ada di negeri Terengganu kita ataupun di negeri-negeri lain ataupun dalam negara kita ini.
Bermula daripada kita mengenal perjuangan sehinggalah sekarang ini, setiap di antara kita ini adalah merupakan duta bagi perjuangan yang akan membawa segala mesej kasih sayang. mesej perpaduan dan mesej khidmat kepada seluruh rakyat. Ya, malam ni kita jentera Rendang tapi jentera yang sama inilah yang akan berkampung di seluruh negara jika berlaku pilihan raya.
Orang PAS ni kalau tak ada pilihan raya dia jadi lemah semangat. Saya pergi minggu lepas. Saya pada hari Sabtu bukan minggu lepas, baru kelmarin saya merasmikan mesyuarat agong PAS kawasan Pendang di Kedah. Penuh dalam dewan. Dia kata tak, dia tak buka luas lagi. Kalau buka kepada yang lain nak hadir memang tak muat. Tempat sempit. Terpaksa banyak tu.
Dia kata kalau dengan hal pilihan raya melimpah-limpah orang mari yang nak masuk sebagai pemerhati perwakilan-perwakilanlah pemerhati tu akan masuk kerana dengar gendang pilihan raya telah dibunyikan. Ini orang PAS ni kalau dia tak ada pilihan raya dia jadi lemah semangat.
Apa yang pentingnya ialah kita tidak membina kemenangan atau gerak kerja pilihan raya kita ini dengan fitnah dan kebencian, tetapi adalah kita bina dengan kerja yang bersungguh-sungguh, dengan hujah yang bernas dan akhlak yang mulia. Soal parti lawan nak buat cara lain dengan perangainya dengan dengan perangai cyber trooper dengan ceplosnya yang menakutkan kita seolah-olah tidak ada perkiraan dosa dan pahala itu soal dia. Yang penting ialah kita beranggapan bahawa tugas kita ini ada dosa dan pahalanya. Ada tugas dan tanggungjawab yang diperkirakan oleh Allah SWTyang menjadi kebaikan yang berpanjangan ataupun yang menjadi bala dosa yang juga berpanjangan kepada kita.
Marilah kita berkempen dalam pilihan raya yang akan kita hadap nanti dengan akhlak yang mulia, bercakap benar, menghormati semua orang dan membawa politik matang dan sejahtera. Politik yang membawa manfaat kepada rakyat.
Burung berkicau menyambut hari;
Rhu Rendang bangkit bersama berjuang,
Rusila memimpin dengan berani.
Bintang berkelipan menghiasi malam,
Ombak beralun dipesisir marang;
Rhu Rendang bangkit menggalas harapan,
Rusila dan Marang terus gemilang.
Para muslimin muslimat sekalian, saya juga ingin mengingatkan bahawa kekuatan kita bukan hanya kepada bilangan kita yang ramai. Ya, bilangan penting tetapi juga yang paling penting ialah ukhuwah. Tuan-tuan, kalau kerja bersama dengan parti lain, kita dah mengadakan kerjasama dengan parti lain ni sejak puluhan tahun dengan nama pelbagai daripada zaman Semangat 46 lagi. Tuan-tuan akan tahulah bahawa gerak kerja dalam bersama dengan orang lain tak sama perasaan hati dan ukhuwah berbanding dengan sesama kita.
Oleh yang demikian, jangan sekali-kali kita memberikan ruang kepada perbezaan pandangan di antara kita ini sebagai suatu elemen yang boleh melemahkan saf perjuangan. Kita bukan nak menang di Rhu Rendang saja. Kita bukan nak menang di Marang sahaja. Bukan di negeri Terengganu sahaja. Bukan di pantai timur sahaja. Tapi sudah sampai waktu dan ketikanya dengan harapan yang diberikan oleh rakyat, pelbagai golongan, pelbagai latar belakang di seluruh negara memberikan harapan yang sangat besar kepada Parti Islam se- Malaysia PAS. Apabila kita bersama bersatu hati, insha-Allah kita akan menjadi suatu pasukan yang tidak boleh digugat oleh sesiapa jua.
Kepada jentera muda, adalah tenaga dan semangat perjuangan. Kepada muslimat, andalah nadi yang menggerakkan masyarakat. Kepada para ulama, andalah yang memandu kami untuk bergerak di landasan. Kepada para veteran, pengalaman tuan-tuan dan puan-puan adalah merupakan kompas yang membimbing generasi baharu. Semua ada peranan dan penting dalam perjuangan ini.
Di masa yang sama, jangan kita sekali-kali merasa terlalu yakin tapi jangan juga kita merasa gentar. Lawan kita mungkin mempunyai pelbagai kelebihan. Kita tengok pun kita rasa gerung dah setengah tu dengan ramainya yang diangkut ke sana ke sini dengan duitnya yang banyak. Dengan persiapan yang kita tengok secara fizikalnya seolah-olah ada. Namun kita harus ingat bahawa kita mempunyai kekuatan yang tidak boleh dibeli dengan wang iaitu kesatuan hati kita, semangat berkhidmat dan kebergantungan kita kepada Allah SWT.
Jangan lupa pohon meranti;
Rhu Rendang kukuh ukhuwah teguh,
Marang berjaya berkat Ilahi.
Ayuh melangkah sepenuh hati,
menyantuni rakyat sepanjang zaman jalan;
Insya-Allah dengan izin Ilahi,
kita terus kita terus mara menuju kemenangan.
Akhir sekali para hadirin hadirat jentera Rendang Marang dan Negeri Terengganu yang ikut bersama pada malam ini.
Marilah sama-sama kita memperbanyakkan doa kebergantungan kita kepada Allah SWT. Kita bekerja sebaik mungkin. Kita merangka, kita mengatur, kita berunding, kita susun gerak kerja sebaik mungkin dengan penuh semangat. Petugas pergi bersilih ganti, pergi hak lain, balik orang lain pula. Kita susun. Tentulah akan ada pelbagai cabaran yang tak sama dengan tempat kita terutama apabila kita dapati rakan-rakan yang menjadi tuan rumah umpamanya tidak ada rakan tuan rumah sebagaimana yang kita harapkan. Tidak ada orang tempatan yang boleh nak guide kita nak kena pergi rumah mana sampai kita sendiri kena kena buat kerja.
Kadang-kala kita nak buat program kempen yang sudah biasa di tempat kita di negeri Terengganu ini pergi ke tempat negeri lain tiba-tiba dia kata tak sesuai kempen cara itu. Dan pelbagai perkara yang mungkin akan melemahkan semangat kita. Semua ini perlu kita tangani. Walaupun mungkin perbezaan negeri ada tetapi apabila kita ingat bahawa PAS ini sama ada PAS di Johor, PAS di Terengganu, PAS di Kelantan, di Perak, di Pulau Pinang, di Sabah dan Sarawak, kut-kut mana pun kita adalah tetap Parti Islam Se-Malaysia PAS. Perbezaan boleh ada tetapi semangat kita tidak boleh berbeza sedikit pun.
Hadirin hadirat muslimin muslimat yang saya hormati sekalian. Moga-moga majlis kita pada malam ini menjadi suatu titik semangat. Sebab walaupun kita lancarkan pada malam ini, saya percaya bahawa jentera pilihan raya telah bergerak di hari yang pertama selepas keputusan pilihan raya.
Malam ini adalah suatu perkara yang rasmi sahaja. Inilah beza kekuatan kita dengan orang lain. Orang lain bila dah bubar baru start buat kerja. Tapi kita hari malam ini keputusan pilihan raya, esok program ziarah daripada para muslimat sudah berjalan. Inilah kehebatan muslimat yang tak dapat ditandingi. Bukan puji, sungguh. Cerita sungguh.nPuji ni kalau kadang betul tak sungguh ni cerita sungguh. Muslimin pun tak lawan kalau bab ziarah-ziarah ni.
Sebab kita percaya bahawa apa yang kita buat diperkirakan sebagai dosa dan pahala di sisi Allah SWT. Lama mana manusia nak tongkat langit nak jadi Perdana Menteri Malaysia umpamanya sekarang ini lama mana dengan keadaan berleluasa apa yang dibuat dan berleluasanya benda yang dia tak buat dia cakap dia tak buat lama mana dia boleh bertahan. Kita percaya dengan janji Allah sekiranya kita berada di landasan yang sebenar sekiranya kita ikhlas kepada Allah Subhanahuwataala waktu dan ketikanya bagi perjuangan Parti Islam Semalaysia PAS akan menjadi pemain utama dalam negara akan sampai satu masa nanti insya-Allah.
Hadirin hadirat sekalian, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan pelancaran jentera pilihan raya PAS DUN Rhu Rendang. Semoga mendapat keberkatan di sisi Allah Subhanahuwataala sekian. Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Takbir. Takbir. Takbir.

0 Comments