Program Muafakat Nasional PRN Negeri Sembilan 2026


Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana diberikan peluang untuk kita bertemu dan berkumpul. Kalau tidak kerana pilihan raya Negeri Sembilan ni kalau saya rasa buat pertemuan nak kumpul sebegini ramai yang penuh dengan semangat tidak mudah sebenarnya tapi alhamdulillah dengan semangat apa yang berlaku di Negeri Sembilan telah memberikan suatu motivasi kepada kita semua bahawa perubahan yang berlaku dalam negeri terutama di Negeri Sembilan ini boleh menjadi suatu pencetus yang sangat penting dalam nota sejarah yang mana semua ini adalah merupakan impian kita. sama ada orang Melayu ataupun orang bumiputera ataupun sesiapa sahaja yang ingin melihat kestabilan wujud dalam negeri dan dalam dan dalam negara kita ini.

Saya ucapkan tahniah kepada Muafakat Nasional yang mengambil inisiatif pada petang ini. Perasaan yang disampaikan oleh yang disebut oleh Cikgu Bad tadi bahawa ucapan terima kasih daripada Muafakat Nasional kepada Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, saya percaya kami dengan hati yang terbuka mengucapkan sama-sama dan sangat berterima kasih juga kepada Muafakat Nasional yang telah menjadi pencetus, yang telah memainkan peranan mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk memastikan apa yang berlaku di Negeri Sembilan pada hari ini berterusan bukan sekadar di Negeri Sembilan bahkan di negeri-negeri yang lain dan yang paling besar sekali ialah untuk berlaku di peringkat nasional.

Hadirin dan hadirat sekalian, 

Suasana politik dalam negara kita ini melalui pelbagai fasa selepas merdeka. Kalau kita lihat pelbagai konfigurasi politik, political configuration wujud dalam negara kita. Suatu masa dahulu wujud perikatan di mana PAS bersama dengan UMNO dalam Perikatan. Suatu masa dahulu parti politik bergabung. Pakatan kita ada pada waktu itu sebelum timbul Pakatan Rakyat, kita ada Angkatan Perpadan Ummah, kita ada Barisan Alternatif, pelbagai configuration. Umpama kita enam yang di hadapan ini sekejap yang ini dengan ini, lepas tu dengan ini dengan ini. Lepas tu tukar yang ni dengan ini, lepas tu tukar ni yang ni, semua ada pelbagai configuration.

Berlaku pembubaran parti politik Semangat 46, berlaku gabungan parti politik di antara Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia sehingga melahirkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ada pada hari ini. Berlaku pembentukan kerajaan di peringkat persekutuan secara gabungan kerjasama antara UMNO, antara Barisan Nasional dan juga PAS selepas jatuhnya kerajaan 18 bulan yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir 2.0. 22 bulan. Kak Zu ingat sebab dia itu adalah episod yang sangat mendebarkan bagi beliau.

Kita try configuration itu. Kita try ini. Dan PAS sendiri mempunyai pelbagai pengalaman yang panjang. Saya sebut tadi dalam Angkatan Perbadan Ummah, kita juga ada dalam Barisan Alternatif. Kerana apa? Kerana kami tidak boleh bekerjasama dengan DAP. Semangat 46 boleh bekerjasama dengan DAP. Dia buat Barisan Alternatif dalam masa yang sama. Kerjasama PAS dengan Semangat 46 dalam Perpaduan Ummah.

Political configuration ini menyebabkan setiap parti mempunyai pengalaman masing-masing. Kami dalam Pakatan Rakyat dahulu bekerjasama bersama dengan PKR dan DAP sehingga menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di Selangor, ni episod hitam kepada Tan Sri Nor. 2008 kita berada bersama-sama dalam muafakat politik yang tidak didaftarkan sebagai suatu gabungan Pakatan Rakyat, tak didaftarkan tapi muafakat politik. Electoral pact. Sebutlah apa jua nama akhirnya bentuklah kerajaan 2008.

Tidak lama selepas daripada itu, pelbagai episod berlaku dalam parti masing-masing sehingga kita akhirnya kenal bila duduk bersama kenal di antara parti yang dalam gabungan, dalam kerjasama. Kita kenal DAP sebagaimana UMNO, Barisan Nasional kenal DAP setelah melalui satu tempoh bersama dalam kerajaan sebelum ini. 

Proses ini adalah proses mematangkan semua parti politik supaya kita sedar bahawa sekiranya kita atur dan kita we lay down everything on the table tentang bentuk-bentuk konfigurasi yang ada, apakah bentuk konfigurasi yang paling terbaik? Mungkin ada orang kata, "Yalah, orang selalu digambarkan terutama di sebelah sana memberi gambaran konfigurasi PAS - UMNO dalam bentuk yang kukuh seperti muafakat seperti Perikatan Nasional dan Barisan Nasional khususnya seolah-olah adalah sebuah kerajaan yang hanya memberi untung atau kepentingan menjaga kepentingan orang Melayu, orang Islam semata-mata.

Sedangkan kalau kita tengok secara lebih luas, yang ini yang perkara yang perlu kita sampaikan kepada masyarakat di luar sana terutama yang masih rasa skeptic bahawa konfigurasi ini, muafakat electoral pact ini yang dimulakan di Negeri Sembilan ini adalah suatu bentuk kestabilan baru yang diperlukan dalam negara, negeri bermula Negeri Sembilan dan dalam negara kita kerana kestabilanlah yang boleh memberi jaminan bahawa kedudukan ekonomi, kedudukan sosial, pendidikan dan sebagainya termasuklah FDI daripada luar ingin melihat kestabilan yang akhirnya akan memberi kepentingan yang sangat positif kepada semua kaum yang ada dalam negara kita ini yang akan mendapat manfaat daripada kestabilan ini termasuklah kalangan kaum Tionghoa, kaum Cina, kaum India, kaum Iban, Kadazan dan pelbagai kaum yang ada dalam negara kita ini. Punca kenapa jatuh, kenapa dibubarkan awal, luar daripada tempoh matang sesebuah kerajaan sehingga pencen pun tak dapat dah, Negeri Sembilan kerana tidak stabil.

Apa yang ingin kita capai sekarang ini ialah kestabilan supaya kita boleh menjaga rakyat Malaysia bukan sahaja daripada orang Melayu, orang Islam tetapi juga seluruh rakyat. Sebab kalau kita tanya pelbagai kaum yang ada dalam negara kita, this is a very honest and often question yang kita boleh tanya kepada seluruh rakyat, pelbagai kaum. Dia nak apa sebenarnya? Dia nak hidup kita hidup dalam keadaan terpinga-pinga ataupun dalam keadaan kita stabil. Tentu jawapan yang paling sahih kepada semua termasuklah orang Cina, orang India, orang Iban, Kadazan, mereka nak sebuah kerajaan yang stabil.

Dan oleh kerana kita telah cuba pelbagai configuration in politics, kita dapati bahawa yang ini tak stabil, yang tak stabil. Kita dah cuba ni, kita dah cuba tu, political experiment tanpa kita sedar. Quote and quote “political experiment”. Saya yakin dan percaya bahawa latest configuration yang dimulai dengan di Negeri Sembilan ini akan memberi lebih kestabilan yang diperlukan oleh negara Malaysia secara khususnya.

Mungkin ada juga yang bertanya, why not di Johor? Kita ada masa yang sangat singkat pembubaran lepas itu dengan tempoh yang diberikan oleh SPR dan pelbagai perkara yang berlaku di Negeri Sembilan yang menyebabkan political actors pelbagai parti berada dalam keadaan yang sedikit huru-hara untuk fokus kepada suatu perbincangan yang boleh membuahkan hasil. Tak sempat tapi kita percaya bahawa kepimpinan mempunyai komitmen yang serius sangat serius.

Mana mungkin perkara yang begitu kompleks pada pandangan mata kasar kerana perbalahan politik di kalangan rakyat dalam negara kita, dua parti yang besar ini bukan perkara setahun dua. Sama ada nak kategori sebagai perbalahann politik, persengketaan ataupun perselisahan faham. Puluhan tahun. Sekejap kita bersama dalam di dalam kerajaan selepas tumbang kerajaan Tun Dr. Mahathir 2.0. 

Ia memerlukan political will yang sangat tinggi di kalangan kepimpinan dan saya sangat berterima kasih kepada kepimpinan UMNO Barisan Nasional untuk terutamanya dan daripada PAS yang sanggup untuk melihat the bigger agenda. Agenda yang lebih besar bukan semata-mata agenda politik kepartian. Kita kalau jadi board of directors’ mana-mana syarikat, our federal duty adalah memastikan we serve well kepentingan syarikat. (12:55) Kita menjaga kepentingan syarikat dan lebih daripada kepentingan lain. 

Kalau setiap pemimpin parti politik memang secara naturalnya mereka melihat kepentingan parti masing-masing adalah kepentingan yang paling utama. Tetapi dalam konteks ini, apa yang berlaku di Negeri Sembilan dan kita berharap, kita berdoa supaya diteruskan di negeri lain, di Melaka, di Sarawak ke dan yang paling besar di peringkat nasional adalah melihat the bigger agenda yang menjangkaui kepentingan parti politik.

Dan ini memerlukan pemimpin kepimpinan yang berjiwa besar nak kena hadap dengan ahli-ahli pelbagai peringkat, satu bab. Tak mudah tetapi dalam masa yang singkat masing-masing mengambil tanggungjawab kita dapat meredakan sebarang perkara yang luar jangka within a very short period of time. Tak sampai dua minggu. Dua minggu lebih kurang begitu. Dan saya tak sangka saya bila saya berunding bertemu dengan Datuk Seri Jalal kebetulan masa tu masih lagi hujung-hujung sesi parlimen baru ni.

Tak perlu kita duduk sampai berjam-jam. Kita duduk dalam 20 minit je. Tapi apabila kita meletakkan kepentingan yang lebih besar itu di hadapan, lebih besar daripada kepentingan peribadi kita, kita boleh selesai. Dan inilah yang ingin dilihat oleh masyarakat dan rakyat. Kerana pada mereka political configuration, political cooperation boleh berubah. Tetapi serving the people tak boleh berubah. Akhirnya kita akan menjalankan amanah ini secara bersama. Insha-Allah.

Dalam satu perjalanan kita nak pergi ke pulau, naik bot. Maka tentu masa kita nak naik bot dekat jeti tu berombak sikit agak payah nak naik tapi akhirnya we manage naik atas bot, bergerak bot. Biasa bergerak bot ni semua orang okey. bila bot berhenti je, apa masalah dia? Masa tulah akan kenal langit tinggi dan rendah. Bila berhenti. Bergerak Okey. Sampai dia kata, akan bagitahu tekong kalau dia rasa pening-pening, biar bergerak pun tak apa. Macam mana kalau bergerak, tak boleh mancing. Kena berhenti.

Perjalanan ini kita akan berdepan dengan fasa itu. Fasa di mana kita memerlukan adjustment. Give and take. Give and take here and there. Tidak menghilangkan keegoan, merendahkan keegoan kita supaya setiap apa yang ingin kita capai dan nasihat ini ialah kepada seluruh kepimpinan kita bersama. Barulah kita boleh pergi ke objektif yang kita nak capai. Pening mula-mula bila bergerak balik insha-Allah kita boleh sampai ke pulau atau ke tempat destinasi yang kita nak pergi.

It's a long quite a long process. Dan tentunya macam kita nak kita hiking naik bukit. Kalau orang dengki dengan kita, sama ada dia tolak kita daripada naik atas bukit tu jatuh ke gaung. Kalau dia tak boleh tolak kita, dia akan tarik kita supaya jatuh dalam gaung. Either way, komitmen, iltizam, kepimpinan pelbagai parti yang ada dalam kerjasama ini, electoral pact ini mestilah kemas dan tentunya kita akan berdepan dengan pelbagai bisikan kiri dan kanan, atas dan bawah.

Peganglah muafakat kerjasama yang kita terokai pada hari ini. Insha-Allah kita akan mampu untuk mewujudkan suatu kestabilan bentuk baru di Negeri Sembilan dan tentunya objektif yang paling besar ialah kestabilan dalam negara kita supaya Malaysia sekali lagi boleh bangkit menjadi sebuah negara yang dihormati.

Saya rasa itu sajalah apa yang nak saya nak sampaikan. Terima kasih kepada seluruh kepimpinan Muafakat Nasional dan Barisan Nasional. Moga-moga usaha kita ini diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Sekian. Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Post a Comment

0 Comments