Majlis Pengumuman Calon PAS PRN Johor


Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana kita dapat berhimpun pada malam ini untuk menyaksikan satu detik yang sangat penting selama berbulan-bulan yang lalu di Malaysia ini sibuk dengan bila-bila nak adakan pilihan raya dan semua orang menjangkakan bahawa pilihan raya yang pertama adalah pilihan raya negeri di Melaka kerana pilihan raya kerana Melaka diadakan lebih awal berbanding Johor sebelum ini. 

Siapa sangka Melaka tidak pun bubar lagi. Tetapi yang paling awal ialah tuan-tuan di negeri Johor yang sangat bertuah ini, untuk memulakan langkah kerana saya percaya bahawa keputusan pilihan raya di negeri Johor dan selepas itu pilihan raya di Negeri Sembilan dan selepas itu saya percaya insya-Allah di Melaka akan menjadi suatu tanda aras apabila sebenarnya pilihan raya umum akan diisytiharkan oleh kerajaan mereka yang memimpin di peringkat kerajaan persekutuan pada hari ini.

Apa yang berlaku di Johor ini oleh kerana ia adalah sangat penting yang akan menghantar mesej yang begitu jelas. Mesej bukan sahaja kepada rakyat bangsa Johor yang menjadi pengundi dan rakyatnya sahaja. Bahkan akan memberikan suatu mesej dan penanda aras kepada apa yang akan berlaku di negeri-negeri lain dan dalam negara kita ini. Penting tuan-tuan ni.

Malam ini bukan sekadar majlis bagi kita untuk saya mengumumkan nama-nama calon. Yang lebih besar daripada itu ialah bahawa malam ini adalah lambang kesediaan PAS bersama dengan rakan-rakan yang lain dalam Perikatan Nasional untuk terus berkhidmat kepada rakyat Johor dengan penuh tanggungjawab.

Walaupun dalam pilihan raya yang lalu kita tidak dapat mencapai objektif yang kita nak capai di negeri Johor ini. Tapi saya percaya insya-Allah kita pada hari ini, pada malam ini, seterusnya sehingga hari pengundian kita akan membawa azam yang baru insha-Allah.

Burung merpati terbang ke kota,
Hinggap sebentar di dahan jati;
Malam ini kita bersatu cita,
 Demi Johor yang terus diberkati.
Seri Tanjung di pesisir pantai,
Angin berhembus membawa harapan;
Calon diumum membawa damai,
Amanah dipikul demi masa hadapan.

Kita yakin bahawa politik ini adalah suatu wadah yang membawa kesejahteraan kepada rakyat, memperkukuh perpaduan rakyat, memacu pembangunan ekonomi negeri serta memastikan pentadbiran negeri yang bersih, telus dan berintegriti. Kerana itu keputusan pilihan raya ini adalah sangat penting.

Pilihan raya pula kita tegaskan bahawa bukanlah satu medan untuk bermusuh-musuhan di antara kita. Tetapi medan bagi rakyat membuat penilaian. Marilah sama-sama tuan-tuan, puan-puan dan para jentera sama ada yang hadir atau yang tidak hadir dan mengikuti secara online pada malam ini, kita jadikan pilihan raya ini dengan pilihan raya yang penuh dengan kematangan, penuh adab, menghormati perbezaan pandangan, menghormati budaya dan adat tempatan terutamanya kepada jentera yang datang daripada jauh daripada negeri-negeri lain dan mengutamakan yang paling penting kerana pilihan raya ini adalah pilihan raya negeri Johor, kita mengutamakan kepentingan negeri Johor mengatasi segala macam kepentingan yang lain.

Kepada seluruh jentera parti, saya menyeru agar kita bekerja dengan penuh disiplin, berhemah dan penuh hikmah. Dekatilah rakyat sama ada yang menjadi pengundi atau yang bukan menjadi pengundi dengan penuh kerendahan hati.

Dengarlah denyut nadi mereka. Fahamilah kehendak dan keperluan mereka dan tawarkanlah penyelesaian yang terbaik untuk menambah baik kehidupan mereka. 

Burung helang terbang tinggi,
hinggap sebentar di pohon sena;
Jawatan bukan untuk dibanggai,
Amanah rakyat wajib dijaga.

Calon-calon yang akan saya bacakan nama dan isytiharkan pada malam ini bukanlah dipilih kerana kemasyhuran dan kedudukan mereka semata-mata.

Mereka dipilih setelah kita meneliti rekod keberadaan mereka dalam masyarakat. sumbangan dan peranan yang telah mereka tunjukkan dalam masyarakat di negeri Johor ini. Semoga keputusan yang terbaik akan dicapai di negeri Johor ini merupakan satu anugerah kepada agama, kepentingan negeri Johor dan seluruh rakyat Malaysia.

Hadirin dan hadirat sekalian, dengan saya mulakan membaca Bismillahirrahmanirrahim, saya akan mulakan membaca nama calon-calon PAS yang bertanding di atas logo Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri Johor yang akan menggalas tugas yang sangat besar dan sangat penting ini.

Saya harap saya tidak tersasul kerana tadi pengerusi pun tersasul nak sebut Perikatan Nasional dekat-dekat nak sebut Barisan Nasional. Tan Sri pun dekat-dekat dah. Kalau Datuk Datuk PJ pun dekat-dekat dah. Jadi harap saya tidak tersasul sebut nama orang lain. Ada 11 kerusi yang akan dipertandingkan yang akan dimasuki oleh Perikatan Nasional daripada PAS dalam pilihan raya di negeri Johor pada kali ini.

Yang pertama DUN Jementah N02 Saifulah bin Abdul Wahab. Ha ni ni gambar dia. Dia kebetulan tidak dapat bersama pada malam ini kerana ada kecemasan keluarga. Semangat calon kita. Muda, muda lagi. 36 tahun boleh lama lagi bertugas.

Yang kedua, N05 tenang. Normala binti Sudirman ni yang ada di hadapan. bukan orang yang tak pernah kita kenal. Umur 53 tahun. Ah tak jadi rahsia dahlah. Pusing pusing. Okey boleh tengok calon N05 tenang. Setenang orangnya.

Yang ketiga, kerusi yang ketiga ialah N13 Simpang Jeram. Calonnya ialah saudara Arsyid bin Yahya. Dia oleh kerana dia semangat dia bangun dulu. Okey. Umur 55 tahun. Arsyed bin Yahya.

Yang keempat N15 Maharani calonnya ialah Muhammad Anwar bin Hayan. Oh. Okey ingat tu siapa orang Maharani? Okey saudara Muhammad Anwar bin Hayan umur 60 tahun. Betul nampak muda lagi macam 40.

Yang kelima N16 Sungai Balang calon berumur 35 tahun. Muhammad Amin bin Sailan Ali Sazali. Muhammad Amin. Saudara Mohammad Amin calon kita di Sungai Balang.

Yang keenam DUN N17 Semerah. Calonnya ialah Halim Elias Ostman bin Kepul. Muda lagi. 61 tahun. 61. Banding dengan Tan Sri 70 lebih. A Datuk PJ 80. Ha mudalah.

Yang ketujuh, N18 DUN Seri Medan. Calonnya ialah Ahmad Rosdi bin Bahari. mana? Okey, pusing sana. 51 tahun.

Yang kelapan N32 andau. Calonnya ialah Hasnul Hakimi bin Hussein. Calon yang paling muda pada malam ini. 30 tahun. Lebih kurang saya juga 30 tahun.

Yang kesembilan, N35 nama DUN Pasir Raja. Calonnya ialah Yuhanita binti Yunan. Calon kedua wanita pada malam ini. Umur 50 tahun. Ha macam 30 juga.

Ke-10 nama DUN adalah Tiram N40. Cnya ialah ada orang bunyi kat atas calon heavyweight. Khairul Mutanazar bin Ismail. Kuat takbir ni. Popular ni. Insya-Allah. 

Yang ke-11 yang terakhir N31 Kahang. Calonnya ialah Haji Mazlan bin Bujang. Yang baru menyertai Parti Islam semesta PAS umur 61 tahun.

Mereka membawa amanah kepada kita semua untuk menjalankan tugas kepada rakyat. Saya percaya jentera kita yang berada di negeri Johor dan seluruh negara akan datang berhempas pulas membantu kemenangan mereka. Bukan kemenangan peribadi mereka semata-mata tetapi kemenangan kita semua. Kita mahu menghantar suatu mesej, suatu isyarat yang sangat jelas kepada kerajaan persekutuan bahawa perubahan di negeri Johor ini akan menjadi suatu tanda awal kepada perubahan di Putrajaya.

Insya-Allah. Boleh atau tidak boleh? Moga-moga apa yang kita buat, kita laksanakan pada malam ini diberkati oleh Allah Subhanahuwataala. Dan moga-moga pilihan raya di negeri Johor ini berjalan dengan lancar dan tenteram serta aman dan membuahkan kemenangan kepada kita insya-Allah. Sekian. Wabillahi taufik wal hiidayah.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Takbir Allahuakbar. Takbir Allahuakbar. Takbir Allahuakbar.


Post a Comment

0 Comments