Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional PRN Negeri Sembilan 2026


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Apa khabar orang Negeri Sembilan? Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nastain walqibatul lil muttaqin wala udwana illa alazzalimin. Terima kasih kepada pengacara majlis. 

Yang saya hormati rakan-rakan kepimpinan Parti Komponen dalam Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Seri Datuk Tuan Ibrahim, Datuk Dominik Punitan, Datuk Seri Mukhris dan rakan-rakan pimpinan sekalian serta seluruh hadirin hadirat rakyat Negeri Sembilan yang menanti dengan penuh bersemangat untuk menghadapi pilihan raya di Negeri Sembilan ini. 

Betul atau tidak?

Betul!

Malam ini adalah malam yang cukup bersejarah kerana di Negeri Sembilanlah kita akan memulakan sejarah, langkah untuk menawan Malaysia insha-Allah. Sebab itulah pada malam ini selain daripada para pimpinan komponen daripada Perikatan Nasional, para pencinta-pencinta Perikatan Nasional, kita ada bersama kita malam ini puluhan ahli-ahli parlimen yang turut datang untuk menyaksikan di sinilah bermulanya titik untuk kita melakukan perubahan dalam negara kita ini. 

Cuba angkat tangan ahli parlimen yang dapat bersama yang hadir pada malam ini, ni kat depan ni ramai. 

Hadirin dan hadirat sekalian, 

Malam tadi kita sama-sama menyaksikan Tok Mat selaku pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan yang menyebut dalam pengisytiharan calon Barisan Nasional bahawa Barisan Nasional akan ada suatu persefahaman dengan rakan untuk berdepan dalam pilihan raya di Negeri Sembilan ini.

Malam ini rakan itu akan mengisytiharkan calon. Malam ini rakan yang disebut sebagai rakan yang baik akan mengisytiharkan calon memulakan langkah ini. Tadi telah disebut oleh Datuk Dominic, Presiden Gerakan. Saya ulang lagi, kita akan melengkapkan 11 campur dengan yang diisytiharkan malam tadi 25 menjadikan 36 calon yang akan bertanding dalam pilihan raya Negeri Sembilan kali ini.

Calon-calon yang bertanding pada kali ini, kita tidak panggil calon daripada PAS, daripada Wawasan, daripada MIPP, daripada Gerakan. Tapi kita panggil mereka sebagai calon Perikatan Nasional, calon calon kita bersama. 

Saya akan mulakan untuk mengisytiharkan calon yang akan membawa panji Perikatan Nasional. Nama ada kat sini. Kalau siapa nak masuk nama sempat lagi.

Cuba check mana tahu nama sendiri pun ada. 

Calon yang pertama daripada 11. Calon Perikatan Nasional untuk N05 Serting ; Ustaz Mohamad Fairuz bin Mohamad Isa. Orang muda lagi 50 tahun. Mantan ADUN Serting telah berkhidmat dengan begitu baik di Serting. N05 Serting.

N14 Ampangan ; Datuk Dr. Mohamad Rafie bin Abdul Malik, ni yang di depan ni angkat tangan. Mantan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, daripada Mei 2018 sehingga Ogos 2023.

Calon yang nombor tiga, N11 Lobak ; Saudara Kumar anak lelaki S Paramasiam. Umur 57 tahun. 

Calon yang keempat N25 Paroi ; Calonnya ialah Haji Kamarol Ridzuan Mohd Zain. Mantan Adun Paroi, tahun 2023 hingga 2026. 

Calon yang kelima N31 Bagan Pinang ; Ustaz Haji Abdul Fattah bin Zakaria.

Mantan ADUN Bagan Pinang 2023 hingga 2026. Tak apa, lepas ni kita akan panggil ke atas pentas. 

Calon nombor enam N04 Kelawang ; Calonnya ialah Danni Rais. 

Orang yang muda, 39 tahun, sama macam umur saya. Ni ramai peminat. Kelayakan macam-macam, saya tak perlu baca, lepas ni masing-masing akan tahu.

Calon nombor tujuh N13 Cikamat ; Datuk Razali bin Abu Samah. Mantan Timbalan Ketua Polis Negeri Melaka. 

Calon nombor lapan N23 Mambau ; Erik Michael. 

Calon nombor 9 N34 Gemas ; Haji Ridzuan bin Ahmad . Mantan Exco Persatuan Bola Sepak.

Calon yang ke-10 N21 Bukit Kepayang ; Lee Boon Shian. Orang muda, 41 tahun, seorang peguam.

Polis ada, peguam pun ada. 

Calon yang terakhir untuk diperkenalkan, diisytiharkan pada malam ini. 

Calon yang ke-11 untuk N30 Lukut ; Satesh Kumar Nila Miham. 

Kesemua mereka ini akan membawa panji Perikatan Nasional, memulakan langkah yang sangat penting dan besar di Negeri Sembilan ini. Insha-Allah akan memulakan suatu perjuangan kita untuk kita menang nanti dalam pilihan raya umum di Malaysia. Insha-Allah.

Boleh atau tidak?

Kita terus tak panggil nak bagi juga eh. Okey. Okey. Belum habis lagi. 

Saya akan menyerahkan majlis ini kepada pengerusi untuk acara yang seterusnya. Kita siap dengan watikah calon yang telah bertandatangan. Jaga calon kita elok-elok. Insha-Allah, pada hari Sabtu ini kita akan sama-sama turun ke Negeri Sembilan di pelbagai daerah untuk sama-sama membawa panji calon-calon kita, Perikatan Nasional dengan suatu muafakat dan jajaran baru dalam pilihan raya di Negeri Sembilan.

Dan insha-Allah, pada 1 hari bulan ini sama-sama kita meraikan kemenangan dan kebersamaan kita dalam kerajaan di Negeri Sembilan insha-Allah. 

Boleh atau tidak. 

Sekian. Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Post a Comment

0 Comments