Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
SALUTASI
Ampun Tuanku,
Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu.
Ampun Tuanku,
Patik mewakili seluruh hadirin merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat untuk bertitah dan seterusnya merasmikan Masjid Kampung Mak Lagam, Kemaman pada hari ini.
Sesungguhnya dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku amat besar maknanya terutamanya kepada penduduk-penduduk Kampung Mak Lagam, Kemaman dan mencerminkan keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap kesejahteraan rakyat serta hal ehwal Islam di negeri ini.
Ampun Tuanku,
Dengan penuh hormat dan takzim, patik memohon limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk patik menyampaikan sepatah dua kata kepada hadirin sekalian.
Ampun Tuanku,
(Salutasi)
Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama menghadiri Majlis Perasmian Masjid Kampung Mak Lagam, Kemaman, Terengganu pada hari ini.
Para hadirin yang dihormati,
Masjid Kampung Mak Lagam terletak di Mukim Banggul dan merupakan salah sebuah daripada 50 buah masjid di daerah Kemaman.
Masjid ini siap dibina pada 25 November 2025 dan mula beroperasi pada 19 Disember 2025.
Alhamdulillah, solat Jumaat pertama telah didirikan pada 26 Disember 2025. Masjid ini dapat menampung kira-kira 2,000 orang jemaah pada satu-satu masa.
Muslimin yang dihormati sekalian,
Marilah kita menghayati pesanan hadis Nabi SAW tentang kepentingan mengimarahkan masjid: “Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid, maka saksikanlah yang ia adalah seorang yang beriman.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)
Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan menjayakan majlis perasmian pada hari ini.
Semoga majlis ini membawa manfaat kepada kita semua dan mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.
Ampun Tuanku,
Patik sekali lagi merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Kampung Mak Lagam, Kemaman pada hari ini.
Sekian,
Wabillahi Taufiq, Wal Hidayah.
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ampun Tuanku.
0 Comments