Majlis Perasmian Pembukaan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman bagi tahun 1448 Hijrah bersamaan 2026 Masihi

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salutasi

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah SWT, kita dapat sama-sama berhimpun dalam Majlis Perasmian Pembukaan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman bagi tahun 1448 Hijrah bersamaan 2026 Masihi pada malam ini.

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran mempunyai sejarah dan kedudukan yang tersendiri dalam penganjuran program keagamaan negeri.

Tokoh pemikir Islam, Dr. Mustafa As-Siba’i, pernah menjelaskan bahawa pengaruh Al-Quran terhadap jiwa orang beriman bukan sekadar pada keindahan alunan bacaan, tetapi pada makna yang difahami dan ajaran yang diamalkan.

Penganjuran ini juga adalah untuk menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quranul Karim serta membentuk generasi yang bukan sahaja baik bacaan dan hafazannya, malah memahami, menghayati dan mengamalkan tuntutannya.

Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih setingginya kepada semua pihak yang telah sama-sama berusaha dengan begitu gigih untuk menjayakan penganjuran majlis ini.

Dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman tahun 1448 Hijrah bersamaan 2026 Masihi.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Post a Comment

0 Comments