Dr Sam Terima Kunjungan Hormat MB Kedah


 KUALA TERENGGANU, 28 Mei - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kedah, Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua belah pihak untuk mengukuhkan lagi hubungan dan meneroka lebih banyak peluang kerjasama antara dua negeri.

Muhammad Sanusi turut meluangkan masa hampir setengah jam mendengar taklimat pembangunan negeri yang disampaikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

Beliau bersama delegasi kerajaan negeri Kedah yang sedang berada di Terengganu untuk lawatan kerja turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Yayasan Terengganu dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Post a Comment

0 Comments