PRK Sungai Bakap: Calon PN lepasi syarat, kriteria


 KUALA TERENGGANU: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai ini merupakan yang terbaik dipilih pucuk pimpinan parti.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, calon dipilih itu mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan terbaik kepada rakyat di Sungai Bakap.

Menurutnya, individu itu telah melepasi semua syarat dan kriteria ditetapkan oleh pimpinan parti seperti mana calon-calon di PRK yang lain sebelum ini.

“Kita akan umumkan calon PRK DUN Sungai Bakap, Sabtu nanti.

“Insya-Allah, kita ada peluang untuk menang dan kita doakan agar peratus yang keluar mengundi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Jabatan Akademik (CHAD) 2024 di sini, hari ini. 

Post a Comment

0 Comments