Assalamualaikum wrh brh
(Salutasi)
Muqaddimah
1. Alhamdulillah, kita dapat berada dalam Majlis Berbuka Puasa Anak Terengganu di Perantauan Untuk Tahun 2025 pada kali ini. Terima kasih kepada semua anak-anak Terenggaunu yang hadir.
2. Kita tanya sikit pada hari ini;
Siapa dari Daerah Besut, cuba angat tangan, kita tengok ramai mana gok hok mari.
Orang Setiu ada dok? Ada.
Orang Kuala Nerus? Wane tak ramai orang Kuala Nerus. Ada..
Cuba orang Kuala Terengganu pulak.
Orang Marang mana?
Orang Hulu Terengganu. Wane tak ramai.
Dungun ada?
Dan terakhir, Kemaman. Ada dok? Ramai lagi tak angkat tangan ni. Kuala Lumpur?
Terima kasih kepada semua anak-anak Terengganu dan tentunya kepada urusetia Majlis Berbuka Puasa pada hari ini.
3. Saya ada pantun untuk kita semua. Tahun sebelum ini, kita berpantun mengikut daerah, tahun ini doklah.
Terliur Tengok Nganang Nekbat
Bersusun Sekali Bronok Sagu
Apa Khabar Kawan Sahabat
Semoga Semua Sihat Selalu
Kueh Seraba Kuahnya Pekat
Kunyah Bersama Che Abas Demam
Semoga Ramadan Penuh Berkat
Nilai Taqwa Kita Genggam
Puasa Dibuka Dengan Loklik
Kueh Slemang Bersahur Pula
Hari Raya Pakatlah Balik
Semoga Selamat Perjalanan Sentiasa
4. Saya bagi pihak kepimpinan Kerajaan Negeri bersama dengan seluruh ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan ahli-ahli Yang Berhormat Kepimpinan di seluruh peringkat Negeri Terengganu sehinggalah sampai ke penghulu, JPKK dan lain-lain menggesa agar hubungan yag erat di antara anak-anak perantau yang berada di luar bukan sahaja di Lembah Klang ini bahkan di seluruh negara, Sabah dan Sarawak dapat terus dijalinkan dengan cara yang terbaik dengan Kerajaan Negeri kerana tugas untuk membangunkan negeri ini adalah tugas kita semua bukan sahaja kami yang diamanahkan untuk mengurus tadbir tetapi tanggungjawab kita semua yang sama-sama kita perlu laksanakan.
5. Insya-Allah, apa sahaja yang kita buat itu kita ikhlaskan niat kerana Allah SWT untuk mencapai mardhotillah, kita akan mencapai pahala yang berpanjangan di sisi Allah SWT.
Para hadirin sekalian,
6. Untuk Majlis Berbuka Puasa pada hari ini, dan dengan membaca bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Berbuka Puasa Anak Terengganu di Perantauan 2025. Semoga mendapat keberkatan di sisi Allah SWT. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum wrt brk.
0 Comments