Teks Ucapan MB Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pelita Raya Terengganu


 Assalamualaikum wrh brh

(Salutasi)

Muqaddimah

1.               Alhamdulillah, kita dapat bersama-sama malam ini hadir dalam Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pelita Raya Terengganu. Sudah tentunya bila bertanding ada yang menang ada yang kalah tapi pada saya semua yang menyertai, yang pasang pelita, yang hadir termasuklah para peniaga semualah pemenang kerana merekalah yang menjayakan majlis sehingga menjadi suatu sejarah lebih daripada 170 ribu orang selama beberapa hari ini.

2.      Tahniah juga buat Yang Berhormat Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Jabatan Pelancongan dan seluruh pihak yang berusaha untuk menjayakan majlis kita pada hari ini.  

Pelancongan di Terengganu

3.      Penganjuran acara-acara seperti ini di Negeri Terengganu adalah merupakan suatu inisiatif Kerajaan Negeri yang bertujuan untuk menarik semaksimum mungkin kehadiran pelancong dan pengunjung ke negeri Terengganu. Ianya mampu untuk menjadi pemangkin untuk meningkatkan kapasiti penjanaan ekonomi dalam negeri yang seterusnya memberikan limpahan ekonomi kepada rakyat di negeri Terengganu khususnya.

4.      Insyaallah, dengan kerjasama semua, Terengganu akan terus diiktiraf sebagai destinasi pelancongan unggul dan penuh dengan keunikan, seterusnya mampu untuk menarik ramai kedatangan pelancongan.

5.      Dengan lafaz yang mulia dan suci, Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan penutupan Pelita Raya Terengganu (PELITER @ KSNT 2025). Semoga sama-sama kita diberkati oleh Allah SWT.

Sekian.

Post a Comment

0 Comments