Teks Ucapan MB Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan Ketiga TNB

Assalamualaikum Wrh Brh

(Salutasi)

Muqaddimah

1. Alhamdulillah, kita dapat hadir pada hari ini untuk tujuan yang sama-sama kita maklumi, ini antara istilah yang disebut ‘better late than never’. Walaupun lambat kita tengok tarikh tu memang  jauh ke belakang tapi better late, takpelah lewat asal ianya berlaku.

2. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini yang saya percaya melibatkan back-and-forth of negotiation and we try to understand each other dalam keadaan TNB Genco sendiri mempunyai kepentingan yang perlu dipertahankan dan Kerajaan Negeri juga ada kepentingan yang perlu dipertahankan.

3. Sebagaimana yang sama-sama kita maklum, bahawa Empangan Kenyir yang mempunya pelbagai guna ini telah beroperasi selama 38 tahun bermula pada tahun 1987  sehingga ke hari ini.

4. Saya masih ingat probably around 1986 or 1987, saya ikut rombongan sekolah masa tu Form 4 pergi ke Empangan Kenyir, di tempat yang paling tinggi tu, tempat damp sama dengan rombongan sekolah dan ada wakil daripada Tenaga Nasional, masa tu kalau tak silap saya Lembaga Letrik Negara yang menjelaskan tentang the operation of Kenyir. 

5. Pada 24 Ogos 1987, Kerajaan Negeri Terengganu dan yang dahulunya Lembaga Letrik Negara Tanah Melayu telah menandatangani suatu perjanjian bagi Projek Hidroeletrik Terengganu (Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud) (SJSM). 

6. Lanjutan daripada perjanjian tersebut, dua perjanjian tambahan telah ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Tenaga Nasional Berhad dengan yang pertama bermula pada 24 Ogos 1997 sehingga 23 Ogos 2007. Kedua bermula pada 24 Ogos 2007 sehingga 23 Ogos 2017, ini yang ketigalah. 

7. Perjanjian Tambahan ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Pengarah Urusan TNB Power Generation tadi adalah berperanan untuk memperjelaskan serta memperkukuhkan mekanisme pembayaran royalti, agar ia selaras dengan undang-undang semasa serta hak dan  kepentingan negeri. Terima kasih kepad pihak TNB yang responsive terhadap keperluan perjanjian ini dilaksanakan.

Hadirin hadirat sekalian, 

8. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan Ketiga Dan Penyerahan Bayaran Tahunan Antara Kerajaan Negeri Dan TNB Power Generation Sdn. Bhd Bagi Skim Hidroelektrik Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM, Kenyir.

Semoga sama-sama kita mendapat keberkatan di sisi Allah SWT pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. 

Sekian, terima kasih.  

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


 

Post a Comment

0 Comments