Siapa VIP Sebenar? - Dr Sam


 KUALA TERENGGANU, 18 April – Dalam suasana politik yang sering sarat dengan keangkuhan kuasa, Menteri Besar Terengganu tampil dengan kisah sederhana tetapi menyentuh hati, tentang bagaimana beliau mendidik anak-anaknya tentang makna sebenar kepimpinan dan nilai rendah diri.

Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menceritakan bagaimana beliau tidak pernah meletakkan keretanya di parkir khas VIP setiap kali mengunjungi pusat beli-belah KTCC, walaupun beliau adalah Ketua Kerajaan Negeri.

"Anak saya pernah tanya, kenapa saya tak letak kereta di tempat parking VIP?. 

"Jawapan saya, saya ke sana atas urusan peribadi, bukan rasmi," katanya dalam sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, semalam. 

Menurut beliau, walaupun ada keistimewaan yang boleh digunakan, seorang pemimpin harus tahu batas antara tanggungjawab rasmi dan urusan peribadi.

"Sudah tentu ada 'Very Important Person' lain yang lebih memerlukan tempat itu berbanding saya,” ujarnya. 

Kisah ini dikongsikan beliau ketika menyentuh tentang istilah VIP yang menurutnya sering disalahertikan oleh masyarakat dan segelintir pemimpin.

"Saya agak segan untuk menyebut terma VIP ini, tapi saya gagahkan juga, supaya masing-masing tahu pandangan saya berbeza dari pandangan mainstream," katanya. - TRDI

Post a Comment

0 Comments