Teks Ucapan MB Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Raya Kelab Wisma Darul Iman

 

Salutasi


Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua warga Wisma Darul Iman dan tetamu jemputan kita pada hari ini seterusnya hadirin hadirat sekalian.

 

Mari ni pakat nak beraya belaka jadi kita tak berucap panjanglah. Saya nak baca ada beberapa pantun jela untuk hidangan kita sebelum kita menikmati hidangan raya masing-masing.

 

Salam dihulur tanda ingatan,

Moga ukhwah sentiasa berkekalan,

Selamat hari raya diucapkan,

Buat hadirin hadirat sekalian.

 

Dato’ Nara Setia hari-hari beraya,

Orangnya kecil dan hensem pula,

Hari ini adalah majlis raya,

Ucapan saya ringkas serupa sekala.

 

Hokni dengar.

 

Dato’ Mi PKN pula menjaga pitih,

Pitih kita pula orang yang pegang,

Beraya jangan sampai habis pitih,

Nanti berhutang buat susah ke orang.

 

Makan sata di Teluk Moknik,

Di kedai baru hok atap tinggi,

Lepas raya pakatlah kita gi klinik,

Cek kolesterol, gula dan darah tinggi.

 

Hokni hok ngelas. Takdok doh ni. Lepas ni takdok doh. Ngelas ek. Dengor molek hok ngelas ea.

 

Air botol air tin,

Maaf zahir batin.

 

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Hari Raya Wisma Darul Iman. Semoga diberkati oleh Allah SWT. Sekian.


Post a Comment

0 Comments