Assalamualaikum wbt.
[ Salutasi ]
1. Alhamdulillah. Kita mengucapkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita bersama-sama dapat berkumpul bersempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri untuk Hari Kemerdekaan yang ke-68 hari ini.
2. Sebagaimana yang kita sedia maklum tarikh 31 Ogos 1957 telah menyaksikan detik bersejarah kepada negara kita apabila Jalur Gemilang dikibarkan buat pertama kali di negara tercinta ini sebagai suatu lambang kemerdekaan. Di sebalik kibaran tersebut, tersemat pengorbanan dan usaha gigih wira-wira tanah air yang mempertaruhkan segala yang mereka miliki untuk mempertahan kedaulatan negara kita.
3. Jalur Gemilang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian iaitu Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik lain yang berada dalam negara kita ini yang sentiasa berganding bahu di bawah satu kibaran.
4. Patriotisme pula bukan hanya wujud pada bulan Ogos, namun seharusnya berakar umbi dalam setiap tindakan harian kita seumpama menghormati undang-undang, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai identiti dan jati diri.
5. Akhir sekali, saya mengajak semua untuk sama-sama kita mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kebanggaan dan menolak segala bentuk diskriminasi serta memperkukuh perpaduan demi kesejahteraan bersama.
Buat Santapan Orang Berkelana,
Laungan Merdeka Menjadi Kebanggaan,
31 Ogos Peristiwa Bermakna.
Sungguh Cantik Pulau Perhentian,
Khazanah Indah Kurniaan Tuhan,
Salam Kemerdekaan Saya Ucapkan,
Terengganu Maju Bergerak ke Hadapan.
6. Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya merasmikan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 2025 pada hari ini.
Sekian, terima kasih.
0 Comments